Saturday, March 27, 2010

"THE JOY OF WORKING WITH CHOCOLATES"(Demonstration by BERYL'S Gourmet)

Saya memang suka jadi ahli macam-macam tempat. Ahli, kan boleh dapat keistimewaan seperti ganjaran atau beli pada harga yang murah. Jadi ahli Popular, MPH, Petronas dan Jusco. Sejak dua tiga menjak ni pula jadi ahli kedai jual barangan kuih. Sampai penuh la purse dengan kad. BAGUS hantar e-mel pasal kursus ni dan hanya RM15 je untuk ahli. Kira murahlah tu. So join saja untuk tambahkan pengetahuan.

Sorry, gambar gelap. Malas nak bangkit tukar tempat. Tengah menumpukan fikiran. Ingatkan Chef Malaysia rupanya omputih, Chef Joy Pelo, Filipina-Australia. Memang speaking saja la. Kenalah menumpukan perhatian. Bukannya tak faham tapi fikiran selalu terawang-awangan bila bahasa Inggeris..hehe.. Tapi Chef ni kelakar suka buat lawak memang kenalah dengan nama Joy tu. Hari tu cuaca panas, susah sikit nak buat coklat. Memang cabaranlah bagi dia. Dia katalah.

Pertama kali Beryl's buat demo ni. Ada ura-ura akan buat kursus di masa akan datang. Mula-mula ada yang tanya chef ada bagi resepi tak? Dia kata tak. Ish cam sombong je chef ni...rupa-rupanya dia kata akan ajar kita macam mana nak buat resepi sendiri supaya kita boleh berbangga dengan hasil kerja kita. Ohh itu maksudnya..heheSedap coklat ni. Memang best chef ni patutnya habis pukul satu tapi dia teruskan juga sampai siap. Bila tengok kitaorang dah tak semangat je... lapar, kan. So dia bagi lagi coklat ni. Coklat kan, baik untuk energy. Memang sedap.

The difference between Real Chocolate (Couverture) and Compound Chocolates:

CHOCOLATE OR REAL CHOCOLATE, and or in European and Chef Terms called Couverture is a type of Chocolate made with the addition of COCOA BUTTER when it comes to fat requirement.

COMPOUND or COOKING CHOCOLATES or sometimes called BAKING CHOCOLATES is a type of Chocolates made with the addition of VEGETABLE FAT or COCOA BUTTER SUBTITUTE when it comes to fat requirement.


Sebelum ni saya tak berapa faham kenapa couverture kena temper. Pastu cakap kena ada satu crystal je yang diperlukan. Masa kat kelas ni lah baru faham bila tak temper coklat tu warna tak akan cantik, ada fat bloom. Ada macam perang-perang kat atas coklat tu. Nasib baik chef ada bawa contoh coklat tu.

Satu lagi, coklat ada 6 crystal cuma nak 1 crystal saja. So kena buang 5 lagi. Contohnya: lambang-lambang ni maksudnya crystal la # + ^ ~ * %. So kita cuma perlu crystal bentuk ni saja + + + + + + yang lain tu kita buang. Ni Sean dari Beryl's yang terangkan. Siap ada gambar rajah lagi. So faham dah. Berbaloi gak la ikut kelas ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails