Wednesday, March 31, 2010

Lollichoc & Praline












Alkisahnya, nak pergi makan kenduri kat Pantai Dalam. Teringat pula nak tengok kawan yang baru lepas bersalin. Memang kat situ jugalah rumahnya. Hadiah tak beli, nak bagi duit macam biasa sangat la pula, kan. Fikir-fikir, bagi coklat sajalah. Familinya ramai juga, adalah buah tangan untuk diaorang gak. Stok coklat pun ada, apalagi subuh sepei dah prepare nak buat.Buat lollichoc macam-macam fesyen bagi diaorang teruja sikit nak makan...hehehe. Mula-mula relax je buat tiba-tiba tengok jam dah pukul 9.30. Janji ngan kawan seorang lagi pukul 11.30 dah sampai sana. Alamak tak sempat ni baju pun tak iron lagi. Nak bersiap lagi. Nak tunggu coklat beku lagi. Nak pack coklat lagi. Nak tangkap gambar coklat lagi (wajib ni). Sudahnya kelam-kabut juga menyiapkan coklat. Lain kali prepare awal sikit. Yup remember!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails