Sunday, March 28, 2010

PESTA BUKU LAGI! DEMO KEK LAPIS



Puan Nomie Aziz yang membuat demo kek lapis di gerai Berita Publishing. Walaupun bukan orang Sarawak, tetapi beliau dapat menguasai cara pembuatan kek lapis. Bestnya haritu, sebab Puan Nomie dah sediakan hadiah untuk sesiapa yang jawab soalan.
Bunga matahari ni. Bukan sahaja boleh buat bunga. Tulis pun boleh. Kena kreatif la ni. Istimewanya kek lapis kerana begitu unik dan berseni. Sebelum nak mencantum-cantumkan warna tu kita kena fikir hasilnya nanti macam mana.
Tak sia-sia datang. Dapat bawa balik kek ni satu kotak sebab jawab soalan. Bukan senang orang nak bagi free. Suka suka suka..hehehe

Masa sekolah menengah dulu pernah buat kek lapis dengan mak Dekat nak raya rasanya. Penatnya buat. Renyahnya nak bakar selapis selapis. Lapis biasa je ... takde la buat corak-corak macam ni. Itu yang pertama dan terakhir sebab payahnya. Dah tengok demo ni dan baca buku insya-Allah boleh cuba tapi ... kena beli loyang dulu dan pengukur tu, mahu terkubur je niatku ini:)


video





No comments:

Related Posts with Thumbnails