Saturday, April 24, 2010

Universal Studios Singapore

Kalau diikutkan dari segi umur, dah melepasi zaman remaja. Tapi hati kena muda hehe. Lagipun setiap orang mesti ada sisi keanak-anakan dalam diri. Jadi memang enjoy la pergi ke taman-taman tema sebegini. Walaupun masa pergi tu hari bekerja, ramai orang juga. Masih tak siap sepenuhnya. Lagipun masa ni soft opening belum rasmi lagi. Sepatutnya roller coaster Battlestar Galactica jadi tarikan tapi ditutup kerana masalah teknikal. Rugi, tak dapat naik. Kalau tengok gambar memang menakutkan.

Mula-masuk kita ke bahagian Hollywood. Kalau bernasib baik boleh jumpa Marilyn Monroe kat sini. Seterusnya ke Sci-Fi City. Ancient Egpyt pun tak kurang hebatnya, ada roller coaster Revenge Of The Mummy. Kalau nak tengok anak dinasaur yang comel. Kat sinilah tempatnya, The Lost World. Minat Shrek...ya jalan-jalan ke bahagian Far Far Away. Last stop kat Madagascar, makan tengah hari di sini. Enak juga satenya.




Ke mana arah kita?? Casino tu nampak terang je arahnya. Haram!!
New York. Antara yang menarik; Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Boleh tengok macam mana special effects yang dibuat.




Siapa nak bergambar dengan Shrek & Princess Fiona??
Far Far Away Castle. Dalam ni ada pertunjukan 4D. Intronya lama sangat kitaorang penat tunggu. Akhirnya, enjoy. Semua tempat boleh beli sourvenir. Beli jangan tak beli. Benda-benda kecil ginilah yang menghabiskan duit..huhu.
Kiut miut Puss In The Boot ni. Sesiapa nak bergambar boleh tapi 2 take je ek... kalau nak lebih beratur lagi.


I like to move it move it (Madagascar) tak sempat tangkap penuh diaorang berehat.

video

No comments:

Related Posts with Thumbnails