Wednesday, May 5, 2010

Guat Long Bao Long

Ha..hari ni belajar bahasa Cina sikit. Dulu-dulu saya memang pernah belajar Mandarin. Tak praktis, dah lupa terus. Lastnya bahasa Kantonis gak yang faham sebab dari sekolah rendah sampai dah besar ni asyik tengok cerita Hong Kong je..ahaks sapa kata tengok TV banyak tak bagus..hehe.

Alkisahnya kat opis ni ada budak stor tu menanya akauntan yang Chinese ni. Dia nak beli kereta, macam mana personal loan ngan car loan tu. Dalam dok terangkan macam mana proses tu…ada la unsur-unsur nasihat sikit, "Tau tak kalau pinjam personal loan tu lebih tinggi bayar...lepas tu nak bayar car loan pula so hutang lagi." Actually dia macam nak nasihat lagi...

Seperti biasa saya jadi translator cum counselor. "Macam gali lubang tutup lubang la, pinjam yang ni bayar yang tu. Sudahnya bila nak habis hutang tu? Ko tu dah la baru kahwin." Tiba-tiba Chinese tu happy sebab dia pun nak cakap macam tu sebenarnya dan tak sangka peribahasanya sama (peribahasa ke??? Bolehlah kot)

Guat Long Bao Long tu …gali lubang tutup lubang la (ejaan ruminya mungkin salah sikit sebab kawan tu tau bunyikan je) .Actually ada banyak lagi yang sama yang kita tak akan sangka. So sepatutnya kita mencari persamaan barulah nampak keindahan perpaduan tu bukannya mencari perbezaan. Betul tak?

No comments:

Related Posts with Thumbnails