Friday, May 14, 2010

Aneka Nasi Goreng

Saya suka makan nasi goreng. Setiap kali ada nasi putih lebih mesti kemudiannya buat nasi goreng. Tapi kalau kat kampung, mak masak nasi goreng kalau tengah hari tu pergi makan kenduri atau pergi jalan jauh. Masak lauk leceh, kan jadi buatlah nasi goreng sebab tak payah buat lauk lain. Campur saja segala macam udang, kubis atau kacang panjang dalam tu. Pastu bahan sampingannya telur mata kerbau atau keropok.

Tapi nasi goreng yang paling ringkas pernah saya tengok kawan saya buat, Kak Anis dari Kedah. Masa tu kitaorang duduk rumah sewa, kawan tu goreng nasi dengan minyak sapi dan tambah cili kering 4-5 tangkai dan pecah telur. Sedap betul…sekarang pun saya still buat kalau ada minyak sapi kat rumah. Kalau semua orang buat resepi ringkas ni tak laku la buku resepi ya tak?


Tajuk: Aneka Nasi Goreng
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, Shah Alam
Pengarang: Chef Nor Asmawati Nor Din
Bilangan halaman: 44 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1 - 2010
Harga: RM 5.50


Sinopsis:
Buku Aneka Nasi Goreng ini terdapat 44 resepi nasi goreng yang digayakan dengan bermacam-macam bahan bagi menimbulkan kelainan cita rasa. Namun, ia masih mengekalkan tradisinya sebagai masakan yang boleh dinikmati sama ada pada waktu pagi, tengah hari, petang atau malam. Yang pasti, bahan yang digunakan mestilah menyumbangkan keenakan rasanya.

Komen:
Seperti biasa, harganya berpatutan dan gambarnya ‘menyelerakan’. Memang resepinya beraneka dari ala kampung ke ala Thai, ke barat, ke Cina ke ala Korea. Bahan-bahan pun tak susah nak cari. Cuma malas dengan rajin je nak masak ke tak. Antara yang menarik perhatian saya, Nasi Goreng Keju, Nasi Goreng Ayam BBQ, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng Sardin dan Nasi Goreng Kerabu Mangga.

Nor Asmawati Nor Din, Chef
Aneka Nasi Goreng / Chef Nor Asmawati Nor Din
ISBN: 978-983-124-520-0
1.Cookery (Rice) 2.Recipes. I. Judul.
641.6318

2 comments:

noorma7857 said...

aku pun slalu buat nasi goreng macam kawan ko tu, tp takde lah guna minyak sapi, sbb banyak kolestrol...aku gantikan dengan butter..kengkadang pakai minyak masak pun boleh..mmg sedap pun, kalo ada ikan goreng lagi best...teringat zaman kecik2 dulu, inilah menu pagi2 sblm pegi sekolah...

zarina said...

sesekali lupakan pasal kolestrol tuh..hehe..mak aku masak nasi goreng memang pakai butter campur sikit minyak masak

Related Posts with Thumbnails