Thursday, May 6, 2010

Tat & Brownies

Dah lama tak membelek buku nampaknya. Hari tu dah belajar tat teringat pula buku tat yang pernah beli kat Pesta Buku Antarabangsa 2010.

Tajuk: Kompilasi Tat & Brownies
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, Shah Alam
Selenggaraan: Salhah Bujang
Bilangan halaman: 60 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1-2010
Harga: RM 7

Sinopsis:
Bagi yang meminati hidangan tat dan brownies, buku ini menyediakan 60 resepi yang menarik. Pelbagai bentuk tat dan brownies yang disediakan. Malah rasanya juga manis bercoklat, manis jem buah-buahan dan dihiasi dengan coklat masakan, coklat putih serta gula aising. Selain daripada sajian di rumah, tat dan brownies yang cantik juga boleh dijadikan hadiah dan hantaran pertunangan atau perkahwinan.

Komen:
Harganya berpatutan. Lagipun beli kat Pesta Buku memang dapat murah lagi. Kalau Alaf 21 punya buku resepi memang gambarnya besar dan seronok sebab dapat tengok pelbagai jenis yang pelik dan macam-macam. Tak pasti kesedapan dan ketepatan resepinya sebab tak buat lagi..hehehe. Mungkin akan cuba brownies dulu sebab masih teringat-teringat brownies Warung Kek Jaya kat Kuala Kangsar. Jual kecil-kecil je dan tabur badam atas dia. Lama tak makan dah. Zaman sekolah tu.

Antara yang menarik dalam buku ni, Tat Keju, Tat Buah Mangga, Tat Buah Oren, Tat Bunga Strawberi, Tat Raga, Brownies Walnut Coklat, Brownies Keju Marble dan Brownies Kek Cawan.


Salhah Bujang
Kompilasi tat dan brownies / Salhah Bujang
ISBN: 978-983-124-466-1
1.Pastry. 2.Cake. I.Judul.
641.8652

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts with Thumbnails