Tuesday, June 29, 2010

Brunei Darussalam 12 Jun -14 Jun 2010

Brunei yang menenangkan. Disambut dengan seruan azan asar di lapangan terbang, tulisan jawi yang diutamakan, dan kelihatan kebanyakan imigresen perempuannya memakai tudung termasuklah papan tanda perempuan dekat tandas. Sejuk je hati.

Ada apa di Brunei?? Memang tak ada apa-apa pun. Kalau sesiapa yang minat membeli-belah, di sini bukanlah tempatnya, duitnya mahal dari kita, majalah dan buku kebanyakan ada kat tempat kita juga termasuklah makanan-makanannya. Bagi yang berminat untuk ke taman tema juga, di sini bukan tempatnya, Jerudong Park pun tak popular lagi. Bagi penggemar tempat bersejarah, bukan juga nampaknya. Tapi ada yang menarik perhatian di sini. Mengagumkan juga!!

Brunei dikenali dengan kekayaan minyaknya, sultan terkaya di dunia. Kalau tengok binaan masjid dan istananya memang emas je semuanya.


Masjid Jame Asr Hasanil Bolkiah di waktu malam cantik lebih-lebih lagi nampak kubah emas tulen yang terang-benderang tu. 24 jam buka. Penghawa dinginnya tak pernah tutup. Segala penyelenggaraan dibiayai oleh Sultan. Masjid ni kepunyaan DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Anak tangga nak naik ke dewan solat ada 29 dan tiangnya pun 29 sebab baginda merupakan Sultan ke-29



Semasa hayatnya Sultan Omar Ali Saifuddin  membina Masjid Begawan di Bandar Seri Begawan, baginda telah berpesan supaya bangunan-bangunan yang dibina berdekatan masjid baginda, diminta supaya ketinggiannya tidak melebihi menara sedia ada demi menghormati masjid.


Majid Jame' di waktu siang. Dapat bersolat sunat tahiyatul masjid di sini. Biasanya dewan solat untuk lelaki dan perempuan dipisahkan dengan tirai. Tetapi kat sini dewan solat perempuan memang terasing jauh dari dewan solat lelaki. Ada tvlah untuk tahu apa yang berlaku di dewan solat lelaki.

Kalau dah nama negara minyak mestilah kita melawat minyak kan! Ni kat Seria, Oil & Gas Discovery Center. Pusat Pembelajaran Shell Asia Pasifik Brunei. Kat sini kita dapat belajar macam mana minyak ni diproses, pembelajaran sains dan angkasa serta ilusi. Kita yang dewasa ni pun boleh belajar banyak perkara di sini. Kalau budak-budak lagi la seronok datang ke sini.

Monumen ni dibina bagi melambangkan sumber minyak yang datang dari pelbagai lokasi dan arah di Seria ni. Dalam masa 60 tahun, Brunei telah menjelajah dan menghasilkan minyak untuk mencapai sebilion tong. Sehari purata 200 ribu tong yang dihasilkan. Bayangkan satu tong berapa US$. Memang nampak pam minyak je kat sekitar ni. Di darat juga di laut.


The Royal Regalia Building.

Kat sini kita dapat tengok Alat-alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun temurun. Wah kebanyakannya memang emas je. Ada ruang pameran bagi cenderahati yang Sultan terima dari pelbagai negara. Setiap cenderahati yang diberi melambangkan negara itu sendiri misalnya kalau Vietnam, gambar sulaman. Thailand, replika gajah/gading. Malaysia, keris. Paling ingat, Sultan Selangor bagi replika Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah. Kenal, sebab dari jauh dah nampak masjid warna biru.



Kampung Ayer. Ada 30 000 penduduk di kawasan ni. Memang lengkap dengan masjid, balai polis, balai bomba dan klinik. Merasa juga naik water taxi di sini (bot) dan singgah di salah sebuah rumah di sini. Dijamu dengan sedikit kudapan dan air teh. Banyak satelit Astro di sini dan hampir kebanyakan rumahlah.




No comments:

Related Posts with Thumbnails