Tuesday, August 31, 2010

Jagung Bergula

Tak tau sebenarnya nama makanan ni. Tapi mak kata orang dulu-dulu makan ni. Zaman ubi kayu gamaknya. Mak saya dulu-dulu lagi rajin cuba-cuba makanan baru dan pelbagaikannya. Tengok majalah dan nampak sedap mesti cuba. Piza, Pai, Roti semuanya menjadi. Nak bagi anak-anaknya makan sedap. Tq mak. Kalaulah dulu dah ada blog-blog ni. Mesti mak update post je..hehe.


Kalau ada baki jagung rebus, bolehlah buat sajian ni pulak. Jagung rebus tu dihiris dan taruh kelapa parut dan bubuh gula ikut sesedap rasa.

Minum pula dengan air bandung. Enak sungguh dimakan lepas terawih.

Kanji

Seronoknya balik kampung. Dapat makan makanan kesukaan masa bulan puasa ni. Kanji special mak buat... boleh lawan bubur lambuk kampung baru. Hehe

Perencah, daging tetel ngan udang ngan rempah ratus

Penyedap sampingan sambal ikan masin

Telur masin


Ni yang buat Kanji lagi umphh..kerabu tauge. Kombinasi semua ni membuatkan saya makan berpinggan-pinggan.


Tembikai laici penyejuk tekak

Friday, August 27, 2010

Susun Silang Kata



Macam lagu Aizat la pulak ya. Coklat ni tempahan Cik Lea untuk kawan-kawan pejabat. Tepukan buat Cik Lea yang berfikir di luar kotak. Nama diaorang dibuat dalam bentuk silang kata. Memandangkan raya pun dah dekat ... kita letakkan unsur-unsur raya dengan coklat ketupat ... hehe. Selamat bekerja sampai ke tengah malam.

Majalah Saji Ogos 2008


Dalam duk sibuk-sibuk nak kemas barang jumpa majalah Saji yang lama ni. Temanya segala-galanya coklat. Saya ingat lagi beli majalah ni masa tu sebab nak join kelas biskut raya bersama Chef Ismail & Florence Tan bukannya sebab temanya coklat. Nasib baik simpan lagi majalah ni so boleh buat rujukan lagi. Dalam ni ada temu bual dengan Chef Amer yang terkenal dengan coklatnya, masa tu beliau masih dengan Fidani Chocolatier S/B. Resepi-resepi yang lain pun semuanya ada campuran coklat seperti Pisang Goreng Bersos Coklat, Ubi Kayu Rebus bersama Coklat Putih, Cucur Jagung Bersos Coklat dan Roti Peranchis Bakar Bercoklat.

Oleh kerana bulan Ramadan biasanya onde-onde /buah melaka popular so ni dia resepi Onde-onde Coklat Labu dari Majalah Saji ni:

Bahan-bahan:
250 gm labu
500 gm tepung pulut
Air secukupnya
Kelapa parut putih

Bahan inti kelapa coklat:
125 gm gula merah
50 ml air
100 gm gula
175 gm kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
100 gm coklat masakan

Cara:
  1. Kacau inti kelapa coklat di atas api sederhana sehingga pekat dan likat.
  2. Labu terlebih dahulu dikukus, kemudian dilenyek.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal.
  4. Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Letakkan inti kelapa coklat di tengah-tengah, kemudian bulatkan semula.
  5. Masukkan onde-onde di dalam air mendidih. Setelah timbul, angkat dan golekkan di atas kelapa.
Siapa-siapa yang berminat nak cuba silakan. Jangan lupa jemput saya makan nanti hehehe. Saya nak buat??Jangan harap, tak ada masa.

Thursday, August 26, 2010

Majalah Get Creative Sept 2009


Walaupun majalah lama ... ni baru beli minggu lepas. Kat Amcorp Mall PJ ada kedai yang jual majalah-majalah luar negara ni dengan harga yang murah. RM 9.90 je. Ada majalah hiburan, sukan, DIY dan saya suka tengok bahagian creative, quilt, patchwork, bookscrap dan yang sewaktu dengannya. Tapi yang susahnya, semua majalah tu dia dah wrap ... pastu tak boleh tengok pula tu ... kalau tengok depan je tak puas hatilah. Buatnya indah khabar dari rupa je. Kan dah rugi.

Saya: Nak tengok boleh? (sambil tunjuk 3 jenis majalah walaupun kat situ dah tulis tak boleh buka)
Orang kedai: Saya buka satu je..satu je.
Saya: (Terpaksa pilih yang betul2 berkenan nak suruh orang tu bukakan)
(dalam hati lagi ni: "kalau dapat tengok tiga-tiga..ada kemungkinan tiga-tiga sekali orang borong. Abih dah tak bagi buka. Beli satu jelah. Ha padan muka ko.")

Kesudahannya siapa yang rugi? Sama2 rugi..huhu.. berkenan gak majalah yang satu lagi tu..nanti nak pi lagi.

Dalam majalah ni ada 53 projek kraftangan. Antara yang menarik perhatian Kek Strawberi daripada kain felt, buat bunga daripada zip, door handle organisers dan kait (doily) untuk alas dan tutup gelas.

Amcorp Mall best pergi hari Ahad sebab ada flea market. Walaupun pasar raya ni tak sepopular pasar raya yang besar-besar tapi tetap ada tarikan tersendiri. Saya memang suka pergi pasar lambak ni. Selain barang-barang antik yang memang popular kat sini, barang kraftangan, tupperware, pokok2 bunga dan barang kecil2 dan kiut yang boleh buat orang perabih duit gak la. Yang nak tergelak...McD pun ada booth jual mainan keluaran McD tulah..1 RM3, 2 RM5 tapi tak banyak pilihan sangatlah. Dekat-dekat nak raya ni ada macam2 lagi acara kat sana.

Baby Roti John & Laicikang

Jom pi Pasar Ramadan. Cari-cari makanan special, jumpa yang ni. Macam Roti John biasa je..tapi dah namanya baby..kecik je la rotinya..macam roti KFC tu. Ada ayam dan daging. Dalam dia sama ngan Roti John biasa, sayur, mayonis, telur dan hirisan ayam atau daging. Kemudian dibalut dengan aluminium foil. 3 biji RM2.50. Sedap gak. Kalau biasa yang panjang tu mau sampai ke sahur makannya. Yang ni kejap je dah licin.


Setiap kali Ramadan tak sah tak minum laicikang. Orang kata boleh redakan panas badan. Tapi saya minum sebab suka makan 'aksesori' yang pelbagai dalam tu. Yang ni RM3.00. Dalam dia ada:


Kurma merah
Buah pala kering
Mata kucing
Biji selasih
Lengkong
Buah kabung
Tepung yang bulat2 warna-warni tu ntah apa namanya
Kembang semangkuk
Nata de coco
Gula batu

dan ada lagi yang tidak dapat dikenal pasti. Hehe..Tengok macam tak berselera je kan. Hitam berdengut. Tapi best!! Pilihan saya yang suam je sebab memang jarang minum ais.

Monday, August 23, 2010

Kad Raya

Ada ke orang hantar kad raya lagi sekarang ni? Tahun lepas saya dapat 1 je..itupun sebab kawan tu jenis rajin menghantar. Tahun ni..entahlah. SMS lagi popular pastu forward je kan...SMS sekarang pun banyak yang kelakar. So kalau kelakar tu boleh forward kat kawan-kawan, atau sepupu yang sebaya...kalau ala-ala nasihat dan skema tu boleh forward kat mak cik ngan pak cik. MMS pun best juga...macam kad raya je..sebab bergambar cuma mahallah kalau nak forward kat orang tu. Orang-orang terpilih je la yang dapat.


Mengimbau balik zaman dapat kad raya banyak....ngetop gitu...maklumlah kat sekolah..kawan sekelas, kawan kelas lain, adik angkat, kakak angkat....bukannya kena duit pos pun...kita bagi kat orang banyak, kita pun dapat banyaklah kan (kira macam pulang modal je sebenarnya hehe). Kalau tengok kad raya zaman sekolah dulu banyaknya yang kelakar tapi ada unsur-unsur nasihat. Beli 5 RM1. Dah masuk menengah atas lain sikitlah pilihannya..unsur-unsur keislaman dan yang simple2 aje.
Kad raya dulu-dulu, pop up card. Mahal kad ni...tak bagi kat orang pun...simpan untuk diri sendiri..tu yang sampai sekarang pun ada lagi..haha


Ni versi yang kelakar punya..cerita kat luar sambung pulak kat dalamnya




Ni kad raya baru beli ... versi tahun ni ... sejak jumpa Mickey kat Disneyland ... bertambah pulak minat kat Mickey ni..Kiut tu pakai baju Melayu ngan Minnie pulak pakai baju kurung ... walaupun tak bagi kat orang akan ku simpan kad ni kad arkib rumah ni..hehe


Dalam pada tu ada gak kad raya yang mengingatkan bayar zakat fitrah. Dah bayar ke??? Bagi orang Kuala Lumpur, Selangor dan Perak kadarnya RM7. Pernah terbaca dalam majalah, ustaz kata elok bayar zakat di tempat kita mencari rezeki. So sebelum balik kampung tu baik bayar zakat dulu kat sini.

Selamat mengepos kad raya buat semua. Sesiapa yang nak hantar kad raya tu setem 50 sen untuk kad ucapan pelbagai saiz tapi jangan melebihi 50 gram. Manalah tau ada pulak dok menyelit kuih raya dalam kad tu sampai lebih 50 gram, setem kena lebih tu. So timbang dulu..nanti tak pasal2 Deepavali baru dapat.

Saturday, August 21, 2010

Paper Quilling

Buku ni beli tahun lepas. Masa tu tengah minat buat scrapbook. Bila tengok je blog Lin Hand Made yang buat kad raya teknik quilling paper ni terus mencambah semula minat dan cari balik buku ni dalam simpanan. Lagipun masa pergi kedai kraf baru-baru ni memang nampak dah siap jual quilling paper precut yang macam-macam warna. Masa mula-mula nak buat dulu, saya beli kit untuk buat kad je so siap semua bahan ada dalam tu.


Tajuk: Paper Quilling Beautiful Paper Filigree to Make in A Weekend
Penerbit: Lark Books, New York
Pengarang: Malinda Johnston
Bilangan halaman: 79 m/s
Tahun terbitan: 1998
Harga: RM 24.90

Sinopsis:
Paper quilling is a terrific craft for beginners. It's easy to learn, inexpensive, and loads of fun. Includes detailed patterns and step-by-step instructions for over 30 stunning projects. You can create lifelike paper "paintings," one-of-a-kind gift cards, ornaments, jewelry, and more.

Komen:

Baik buku resepi atau buku kraftangan, saya memang suka kalau buku yang banyak gambar dan langkah demi langkah. Biar tak banyak keterangan pun, janji gambarnya jelas dan teratur. Kalau keterangan banyak-banyak pun memeningkan kepala je. Dalam ni memang tunjuk perkara asas macam mana nak buat quill ni. Ada diterangkan teknik menggulung pelbagai bentuk dan beri tip sekali. Kalau jahit patchwork tu ada lakarannya kan, yang ni pun ada. So kalau nak buat bentuk harimau atau bunga di dalam taman bolehlah tekap je gambar tu. Sesiapa yang pandai mainkan warna tentu dapat hasil yang memang macam gambar sebenar. Selain boleh dibuat kad, boleh dibingkaikan dan boleh gak buat subang atau kerongsang. Buku ni memang sesuai untuk kerja tangan di hujung minggu.

Ni ikan bentuk 3D. Cantik, kan??


Johnston, Malinda
Paper quilling : beautiful paper filigree to make in weekend /by
Malinda Johnston.
p. cm.-- (The weekend crafter)
Includes index.
ISBN 1-57990-013-5
1. Paper quillwork. I.Title. II.Series
TT870.J663 1998
745.54--DC21

Friday, August 20, 2010

Busy

Lama dah tak jenguk blog sendiri...apatah lagi blog orang lain. Bulan puasa ni jadualnya berubah sikit. Memandangkan nak cuti raya lama, kan kenalah siapkan kerja tu cepat-cepat. Walaupun dan pasti cuti mesti approve punya tak payahlah menyusahkan orang lain nak ambil alih tugas. Betul tak? So now u see me ... now u don't :) Kita mulakan dengan kunjungan balas ke blogger yang lain. Ayuh!

Sunday, August 15, 2010

Kibarkan Jalur Gemilang


Buku ni dapat dari kawan yang kerja di Jabatan Penerangan. Rupa-rupanya banyak yang kita ingat kita tahu tapi sebenarnya tak tahu. Menceritakan segala-galanya tentang bendera, lambang, lagu kebangsaan dan lagu negeri-negeri. Semua orang tahu bendera ada 14 jalur kan? Tapi tahu tak anda yang bahagian atas tu 8 jalur dan bahagian bawah 6 jalur. Jadi untuk artis yang melukis gambar Jalur Gemilang untuk buku kanak-kanak tu sila ambil perhatian. Jangan pakai lukis je dan tak kira, sudahnya sampai ke besar kita masih keliru. (Seperti saya, yang baru perasan, sungguh tak prihatin). Lagi satu, ia dimulakan dengan jalur merah dan diakhiri dengan jalur putih.

Dah lepas sekolah ni rasa-rasanya mesti ramai yang dah tak nyanyi lagu Negaraku kan? So kita check balik;

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Dalam buku ni juga ada nyatakan:

Menghormati Lagu Negaraku
  • Apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semua orang yang hadir hendaklah berdiri sedia sebagai tanda hormat kecuali jika lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan dalam masa sesuatu penyiaran.
  • Seseorang yang dengan sengaja menunjukkan tidak hormat kepada lagu kebangsaan di mana-mana tempat awam, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM100 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan.
  • Kemungkiran mematuhi peraturan-peraturan tanda hormat lagu kebangsaan dengan tiada sebab yang baik dan cukup dan apa-apa perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada pandangan awam adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.
  • Mana-mana pegawai-pegawai polis boleh menangkap dengan tiada waran mana-mana orang yang melakukan kesalahan dalam penglihatannya terhadap peruntukan-peruntukan seperti yang disebut di atas melainkan jika orang itu memberi nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa ia akan patuh dengan sempurnanya kepada apa-apa saman atau lain-lain tindakan yang akan diambil terhadapnya.



Dah kibarkan Jalur Gemilang? Saya belum lagi..cari kat dua supermarket tak ada... tak kan habis lak sebab tak nampak pun orang ramai kibarkan. Kat Giant baru ada jual. Kibarkan Jalur Gemilang, tanda kita mengiktiraf pejuang-pejuang kita yang terdahulu. Tip pasang kat kereta.. ada sesetengah tu gamnya cepat je tertanggal.. setelah diamat-amati ... lepas pasang, biar semalaman. Setahun tahan...tapi Jalur Gemilangnya pulak dah buruk so kena la ganti gak. Tema Kemerdekaan tahun ni 1 Malaysia Menjana Transformasi. Buat pertama kalinya tahun ni kita menyambut Hari Malaysia. Cuti umum pada 16 September.

Saturday, August 14, 2010

Tag daripada Noorma


Apa ke benda lak kena tag ni..Noorma la ni...tak reti .dah lah orang baru nak masuk komuniti blogger ni. Memang nampak je orang selalu kena tag..tapi tak ambik peduli..Ha rasakan...Kena jawab soalan2nya kot. Wahhh belasah je la..

Soalan 1: Adakah anda rasa hot?
Saya memang hot-temper orangnya..kalau tengah diammmmm je tu..jangan kacau..maksudnya tu tengah proses nak bagi jangan meletup..

Soalan 2: Upload wallpaper PC yang anda gunakan sekarang?
Patutnya click kanan dan save page as kan??? ni awat tak mau..tak keluar pun save as so tak lehlah upload..tak reti aih..tadi dah la terkeluar benda lain..huhu..tapi wallpaper gambar bliss..ala.. yang awan dan bukit tu..

Soalan 3: Cerita pasal gambar ni?
Dulu-dulu gambar edward twilight..tapi lepas je PC rosak haritu..takde bertukar gambar..gambar basic je

Soalan4: Kali terakhir makan pizza?
Saya memang suka pizza..hantu pizza gak ni..baru je makan last week, pizza kat pasar malam sepotong RM1.50..hawaian..favourite Domino Pizza..kopak la kalau nak beli selalukan..pizza pasar malam pun jadilah bila datang time teringin tu.

Soalan5:Lagu terakhir anda dengar?
Dalam Gerimis..Visa..ni sebab bukak Noorma punya blog..

Soalan 6:Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
Tengah defrost daging cincang ...hehe..nak buat spageti untuk buka puasa ni. Selalu beli..time cuti ni la nak berjimat sikit

Soalan 7:Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Kalau sedara mara ngan family panggil uda. Kat Perak, gelaran uda untuk nombor 4. Kalau kat sekolah tu kawan bagi nama Ciki..dia kata sebab dulu kurus kering macam cumi dan ciki..ntah apa logiknya idak la tau..ni Si Roxette yang kena menjawabnya..hanya kawan2 sekolah je yang blh panggil ek..layan je la..

Soalan8:Tag lagi 5 orang
1.Noorma bleh ke ni..dah dia yang mengetagnya?
2.Rozaida Omar Baki
3.Siti Suhaida
4.Fad
5.MummyEda

Soalan9: Siapa orang nombor 1
Kawan sekolah ngan u ngan cikgu dalam blog-memblog ni..hehe

Soalan10:Katakan sesuatu pada orang nombor 5
Buka la mesej...baru je berfb ngan dia sementara jawab tag ni..

Soalan11:No 3 ada hubungan ape dengan sape
Kawan u..sebenarnya kawan Si Noorma..tapi dah termasuk sekali geng derang..

Soalan12:Bagaimana pula dengan No 2
Kawan sekolah..dari sekolah rendah sampai menengah

Soalan13:Kata-kata cinta dengan orang No 4
Aish..pompuan ngan pompuan ni lain pulak nanti bunyinya..ni kawan baru jumpa kat blog dan rupa-rupanya satu negeri gak ni..semoga persahabatan berkekalan walaupun kenal dalam blog ni je ha

Soalan 14:Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang anda tag
1) Noorma memang suka masak dan masakan dia sedap...kena dengan tekak ni.
2)Rozaida ngan Siti Suhaida termasuk saya sendiri Noorma yang guide camne nak buat blog ni
3)Fad suka kumpul fridge magnet
4)Mummy Eda memang tahu sangat pasal dia sebab sepupu sendiri
5)Rozaida, Siti Suhaida dan Noorma..laki diaorang orang Melaka dan ketiga2nya kaki pancing.

Akhirnya berjaya gak menyiapkan kerja sekolah ni..soalan no2 tak pas..buat malu je..huhu

Wednesday, August 11, 2010

Frame by frame Baking

Pertama kali tengok buku ni tahun lepas kat Times, Desa Hartamas. Masa tu tengah tunggu keputusan Treasure Hunt. Lepak kat sini tengok buku ni dari kulit ke kulit. Memang best. Lagipun kat sini dah sediakan kerusi jadi tak payahlah risau orang kat situ halau kalau duduk lama-lama. Beli! Tak nak beli! Beli! Tak beli! Beli! Mahal gak harganya. Akhirnya tak beli. Lama-lama terus lupa buku ni.



Tup-tup kakak beli buku ni kat Borders baru-baru ni. Ada SALE lagi. Ada jodoh rupanya dengan buku ni..dah dekat setahun baru bertemu kembali. Hehe.


Tajuk: Frame by Frame Baking the cookbook that shows you every step
Penerbit: Parragon Books Ltd, UK
Pengarang: - Talking Design
Bilangan halaman: 189 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1 - 2009
Harga: RM 39.90


Sinopsis:
This book is like having one-to one lessons with an experienced patissier and a master baker in your very own kitchen. Step-by-step photographs and easy to follow instructions will guide you through each recipe, from assembling the ingredients to the final flourish of the perfect cake, pastries, biscuits or bread. Following the recipes frame by frame makes cooking effortless, successful and a genuine pleasure. Even the novice cook can confidently prepare any of these fabulous confections. Whether you are a beginner or more experienced in the kitchen, you are sure to find this uniquely beautiful book an inspiration and a joy to use.

Komen:
Ralit menengoknya. Sampai dah buat macam harta sendiri je ni. Gambar besar, jelas dan terang. Selalu tengok filling bluberry je kan...kat dalam ni bolehlah tengok betapa jelasnya gambar bluberry dan boleh tengok sebiji-sebiji buahnya. Bukunya berkulit keras dan kertas berkualiti. Resepi dalam ni pun macam masakan yang biasa kita makan. Jadi bolehlah mengikutnya. Kalau orang buat pai tu kan pakai blind bake..kalau tak tau macam mana blind bake tu..ada juga lah dalam ni dia mengajar.

Antara yang menarik, Mini Florantines, Victoria Sponge Cake, Summer Fruit Tartlet, Lemon Meringue Pie dan Tomato Torite Tatin. Muka surat pengenalan tu ada terangkan sedikit tip untuk mudah memasak. Siap ada peringatan lagi: resepi di dalam ni menggunakan bahan mentah, jadi kalau telur yang tak dimasak tu tak eloklah untuk kesihatan bayi dan orang yang mengandung.

Nak ulang balik tengok gambar-gambar dalam buku ni...


ISBN: 978-1-4075-7803-3

Tuesday, August 10, 2010

Moreh


Moreh maksudnya kenduri di masjid dalam bulan puasa. Kalau kat kampung tu dah siap pakej menu moreh dan siapa punya moreh untuk sekian-sekian hari dalam bulan Ramadan tu. Semua orang berlumba-lumba untuk bersedekah dalam bulan ni. Ada juga bubur lambuk setiap hari. Kalau orang kata bubur lambuk Kampung Baru best, belum rasa lagi bubur lambuk Masjid Ubudiah. Ada rasa kari dan yang biasa punya. Memang murah rezeki sesiapa yang pergi ke masjid. Jangan pula ada yang nak makan free je, sama-sama berjemaah solat sunat tarawih / terawih kemudiannya. Bukan tawarikh ya..itu sejarah.

Hari tu baru je dengar Dato' Fadzilah Kamsah di KLFM. Katanya, bulan Ramadan ni cuba berazam untuk kikiskan tabiat buruk yang ada dalam diri. Satu je pun cukuplah. Moga-moga dalam sebulan tu hilang terus tabiat buruk tu. Syyyy!!! Senyap-senyap tak boleh cakap kat orang tabiat buruk kita tu..nanti tak menjadi pulak.

Selamat berpuasa.

Monday, August 9, 2010

Saji 2009



Dah nak masuk bulan Ramadan ni mulalah keluar majalah yang tebal-tebal. Saji, Keluarga, Rasa dan lain-lain semua ada menu berbuka puasa, sahur dan biskut raya. Selalunya, mak saya bila sampai je majalah baru dah senaraikan nak buat biskut apa tahun ni. Sekarang saya pulak menjangkit, dah senarai dah nak buat apa .. Saji baru 2010 ada 2 jenis, tart blueberi, biskut dalam majalah Rasa, biskut yang belajar hari tu..yang ada cranberry, oat, belek-belek lagi Saji lama ni..fuh banyaknya yang disenarai...last-last bila banyak kerja..semuanya tak jadi..buat coklat je la yang senang.

Kalau kat kampung tu saya dah tau dah, mak mesti buat biskut yang wajib ada ni:
  • Biskut potong- resepi Pah ni..mesti buat, lagipun semua suka.
  • Tart nenas-ni pun semua suka.. tahun ni mak buat inti warna apa ek? hijau ke merah??
  • Biskut Denmark- Nyah suka, saya suka giler, Along suka, besannya suka.
  • Biskut Arab-bapak suka..nanti tercari-cari lak kalau takde.
  • Agar-agar kering- tradisional ni memang kena buat lagipun kawan saya suka, kawan Cik Lea suka.
  • Biskut Mazola-Cik Lea suka dan lebihan kacang tu boleh buat untuk salut Biskut Denmark.
  • Biskut Aiskrim-cucunya suka.
Tu pasal la kitaorang tak payah beli biskut. Mak suka buat. Kitaorang pun balik-balik cari biskut tu gak. Biskut baru kureng sikit.


Saturday, August 7, 2010

Hari Istimewa



Ditempah oleh Naim untuk girlfriendnya. Dia bagi cadangan nak tulis gini-gini. Saya merealisasikannya je. TQ.

Hadiah oleh Aini untuk tunangnya, yang specialnya, birthday Aini tu pulak 7hb Ogos..dekat-dekat tu...Selamat Hari Lahir kedua-duanya, semoga murah rezeki.

Yang ni ditempah oleh May Lim untuk sepupunya Lilian Lim yang baru grad dan nak buat kejutan untuknya. Dia tak boleh datang konvo, so saya rela hati tolong hantar. Lagipun kat UM je..boleh juga melawat gerai konvo kat situ. Memandangkan May tahu saya boleh tulis Cina sikit-sikit so dia suruh saya try tulis surname dalam tulisan Cina. Tulisan di antara hati tu maknanya 'Lim'. Nasib baik stroke yang ni senang sikit. Kalau satu je disebut 'mu'- kayu..tapi bila ada dua jadi surname 'Lim'.


May dah siapkan kad untuk diberi sekali. Semoga berpuas hati.

Friday, August 6, 2010

I Can Bake

Pergi kedai bakeri lagi. Baru-baru ni tengok dalam majalah Rasa, ada kedai bakeri kat kawasan yang saya selalu lalu-lalang pi servis kereta..la ada kedai bakeri rupanya dalam kawasan kilang-kilang ni. Memang perasan ada kedai nama HOI..ingatkan kedai herba cina ke apa..kecil benor tulisan kedai bakeri tu..rupa-rupanya HOI tu House of Ingredient. Seperti biasa..belek belek belek buku, jumpa yang berkenan di hati.

Tajuk: I Can Bake
Penerbit: Chang & Lam Trading
Pengarang: Agnes Chang
Bilangan halaman: 159 m/s
Tahun terbitan: Cetakan Pertama - Januari 2007
Cetakan Keenam-Februari 2010
Harga: RM 25.00
Bilingual Edition: English/Chinese

Sinopsis:
Features step-by-step recipes, and is targeted mainly at people who are interested but have no basic knowledge in baking.

Komen:
Memang sesuai buku ni dengan saya yang tak pandai masak. Laku buku ni..dari 2007 lagi dan sampai sekarang masih diulang cetak. Sejak ada buku-buku yang buat langkah demi langkah memang saya pilih yang tu je sekarang ni. Masa bebudak dulu memang suka tengok rancangan memasak kat tv, so buku yang macam ni macam penggantinya lah sebab boleh tengok apa bahan-bahannya, mula-mula masuk apa, kemudian masuk apa dan macam mana jadinya. Lagipun memang dah kenal dengan Puan Agnes ni sebab dia selalu memasak masa kat TV2 dulu. Masa tu zaman sekolah lagi.

Antara resepi yang menarik perhatian Victoria Sandwich, Creamy Strawberry Rolls, Chocolate and Banana Cream Cake, Almond Bread Biscouti, Cheese Stars, Taiwan Pineapple Tarts, Mexican Coffee Buns dan Curry Chicken Buns.

Permulaan buku ni diajar masak kek, kemudian biskut dan roti. Tengok gambarnya macam senang. Praktikalnya adakah sesenang ini?? hmmm. Akan datang kena buat ruangan 'Memasak Dari Buku Resepi' ni..hehehe.


ISBN 978-983-40370-3-1

Thursday, August 5, 2010

Ada perubahan?

Kena berguru gak rupanya..haha..kembali kepada layout yang asal..barulah betul sikit rupanya..Tq Noorma. Step by step kena belajor ni.

Tukar Background

Sejak background mula2 tu dah tak boleh pakai...saya still tercari-cari mana yang lawa yang kena dengan jiwa. Penting ke?? Tak la penting sangat tapi seronok mata memandang. Suka-suka aje. Dalam dok pilih pilih tu mesti pilih warna pink..tak tau la apsal tertarik plak padahal baju yang dalam almari tu banyaknya biru... Try yang ni plak..tengok lah kalau tak berkenan tukar lagi sampai rasa kena dengan jiwa. Dahlah baru belajar-belajar buat blog ni..tukar yang ni, lain pula yang hilang nanti.

Tuesday, August 3, 2010

Popia Goreng

Masa untuk pasar malam. Malam ni makan popia je. RM2.00. Popia Kuala..tapi idak le tau Kuala mana, Kuala Selangor ke, Kuala Kubu ke, Kuala Kangsar ke...tapi memang sedap. Tengok saja sambalnya yang berlinang dan ditabur kacang. Makan pun krup krap krup krap, punyalah garing. Actually kalau popia basahnya lagi terasa isi dalamnya, yang goreng punya tak berapa rasalah pulak. Tapi still pilih yang goreng ni. Kenyang gak..sama ada popia ni besar atau perut saya yang kecik..hehe kenyang je. Tapi ada beli pizza pasar malam 2 keping untuk back up. Manalah tau kot kelaparan lak tengah malam nanti.

Sunday, August 1, 2010

Friskies 2 in 1???

Jangan ingat minuman je ada 2 in 1...makanan kucing pun ada tau. Bukan tujuan nak promote atau nak suruh kucing kat rumah ni jadi duta Friskies tapi teruja tengok makanan terbaru ni. Sungguh demand kucing-kucing sekarang ish...ish... ish. Beli ni siap dapat mangkuk percuma lagi yang dibahagi 2. Sebelah untuk makanan kering dan sebelah lagi untuk makanan basah. Hanya tambah air sahaja!! Yang ni berperisa salmon & tuna bersalut kuah.


Puan-puan, kita tengok cara menghidangkan makanan hidangan lazat bersalut kuah

1. Tuangkan amaun yang mencukupi untuk satu hidangan di dalam mangkuk
2. Untuk setiap cawan makanan kucing Friskies 2 dalam 1, tuangkan 1/2 cawan air suam.
3. Kacau selama 30-45 saat sehingga bersalut kuah pekat sebelum menghidang.

Tadaa dah siap..meow meow..tapi kucing kat rumah ni belum try lagi sebab ada makanan lain. Nanti kita tengok derang suka tak.


Saya tak berapa suka kucing dan malas nak membela tapi idaklah sampai membenci dan menderanya. Malas nak menjaganya. Tapi kat rumah ni, diaorang memang suka kucing.

Memperkenalkan OC ataupun nama sebenarnya Orange Cat. Jumpa di pasar malam je.


Pandai tak pose...kalau tengok betul-betul macam tersenyum kat kita..hahaha. Pencapaian terbaik, Si OC ni pernah menang hadiah sebab gambar dia terpilih antara yang tercantik dengan aksi menarik dalam surat khabar The Star. Hari Sabtu ada ruangan untuk anjing dan kucing. FYI hadiah dari Friskies ya..bernilai RM100.


Yang ni pula remaja lagi dan dipercayai anak Si OC. Namanya Capuchino, nama pendek Chino saja. Mak dia selalu duk belakang rumah kitaorang...sudahnya terberanak la pulak, bila dah lahir dia bawak anak dia kat rumah ni. Umur maknya tak panjang, kesian...jadi belalah pulak yang ni. Si Chino ni kalau bergambar tak fotogenik langsung, tak boleh nak masuk peraduan. Harap cute kat luar je. Ni antara gambar terbaik yang dapat tangkap sebab nampak comel. Hahaha siapa lagi nak puji,kan.

Kompilasi Hidangan Vegetarian

Buku ni mak saudara bagi. Dia ingatkan takde rupanya dah beli sebelum ni. Jadinya ada 2. Seperti biasa, dapatlah free hehe. Terima kasih Mak Pah.


Tajuk: Kompilasi Hidangan Vegetarian
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, Shah Alam
Pengarang: Norzailina Nordin
Bilangan halaman: 60 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1 - 2010
Harga: RM 7.00


Sinopsis:
Masakan vegetarian sinonim dengan hidangan sihat yang segar rasa sayur-sayuran. Sudah tentu hidangan ini menjadi pilihan mereka yang mementingkan gaya hidup yang sihat. Begitu pun, ada beranggapan hidangan masakan vegetarian ini terhad dan membosankan. Ia adalah anggapan yang kurang tepat. Kompilasi Masakan Vegetarian ini membuktikan bahawa pelbagai juadah enak vegetarian dapat dihasilkan asalkan kreatif dan berani mencuba. Kepada mereka yang mempunyai alahan apabila memakan daging lembu, ayam atau makanan laut bolehlah mencuba resepi di dalam buku ini yang mempunyai 'rasa' sumber protein tersebut. Hidangan vegetarian 'berperasa' daging lembu, ayam, itik, ikan, udang, ketam dan sebagainya diolah kreatif menjadi menu yang lazat.

Komen:
Saya suka makan daging..karnivor ni..hehe...so tak berapa sukalah yang jenis vegetarian ni. Walaupun ada makanan yang memang 'berperasa' daging tapi lebih suka yang real lagi. Vegetarian memang baik untuk kesihatan...tapi biasalah, yang baik-baik ni susah nak terima. Kalau junk food tu uish bukan main suka lagi. Ikan pun kurang makan itupun kena ada sambal. Setiap tahun berazam, makan sayur banyak, buah kena makan setiap hari, kurangkan makanan yang kurang berminyak dan berlemak. Tapi tak pernah tercapai lagi ni. Semalam pun baru je dinner ngan GCB camne. Saya insan yang lemah..hehe tak tahan menahan godaan iklan. Puasa nanti boleh mula balik azam tu. Insya-Allah.

Buku ni bukan ada resipi lauk je tapi segala jenis masakan, antaranya Gluten Beriani, Tempura Sayur, Lasagne Cendawan, Sandwic Tempe, Kek Tanpa Telur, Skon Durian, Stew Kekacang dan Bubur Asyura- suka makan ni, dulu-dulu kalau kat kampung ada je dapat masa 10 Muharam. Dah lama tak makan.

Norzailina Nordin
Kompilasi Hidangan Vegetarian / [Norzailina Nordin]
ISBN: 978-983-124-467-8
1.Cookery, Malaysian. 2.Recipes--Malaysia. I. Judul.
641.59595