Monday, August 23, 2010

Kad Raya

Ada ke orang hantar kad raya lagi sekarang ni? Tahun lepas saya dapat 1 je..itupun sebab kawan tu jenis rajin menghantar. Tahun ni..entahlah. SMS lagi popular pastu forward je kan...SMS sekarang pun banyak yang kelakar. So kalau kelakar tu boleh forward kat kawan-kawan, atau sepupu yang sebaya...kalau ala-ala nasihat dan skema tu boleh forward kat mak cik ngan pak cik. MMS pun best juga...macam kad raya je..sebab bergambar cuma mahallah kalau nak forward kat orang tu. Orang-orang terpilih je la yang dapat.


Mengimbau balik zaman dapat kad raya banyak....ngetop gitu...maklumlah kat sekolah..kawan sekelas, kawan kelas lain, adik angkat, kakak angkat....bukannya kena duit pos pun...kita bagi kat orang banyak, kita pun dapat banyaklah kan (kira macam pulang modal je sebenarnya hehe). Kalau tengok kad raya zaman sekolah dulu banyaknya yang kelakar tapi ada unsur-unsur nasihat. Beli 5 RM1. Dah masuk menengah atas lain sikitlah pilihannya..unsur-unsur keislaman dan yang simple2 aje.
Kad raya dulu-dulu, pop up card. Mahal kad ni...tak bagi kat orang pun...simpan untuk diri sendiri..tu yang sampai sekarang pun ada lagi..haha


Ni versi yang kelakar punya..cerita kat luar sambung pulak kat dalamnya




Ni kad raya baru beli ... versi tahun ni ... sejak jumpa Mickey kat Disneyland ... bertambah pulak minat kat Mickey ni..Kiut tu pakai baju Melayu ngan Minnie pulak pakai baju kurung ... walaupun tak bagi kat orang akan ku simpan kad ni kad arkib rumah ni..hehe


Dalam pada tu ada gak kad raya yang mengingatkan bayar zakat fitrah. Dah bayar ke??? Bagi orang Kuala Lumpur, Selangor dan Perak kadarnya RM7. Pernah terbaca dalam majalah, ustaz kata elok bayar zakat di tempat kita mencari rezeki. So sebelum balik kampung tu baik bayar zakat dulu kat sini.

Selamat mengepos kad raya buat semua. Sesiapa yang nak hantar kad raya tu setem 50 sen untuk kad ucapan pelbagai saiz tapi jangan melebihi 50 gram. Manalah tau ada pulak dok menyelit kuih raya dalam kad tu sampai lebih 50 gram, setem kena lebih tu. So timbang dulu..nanti tak pasal2 Deepavali baru dapat.

4 comments:

Noorma said...

aku ada simpan satu kad raya..mmg special dr yg special (org dulu ler..)sampai skrg ada lagi..itulah kenangan terindah...

masa bercinta dulu,kad raya aku bukan main beso lagi..kalo boleh lagi beso lagi best..pas tu mesti nk yg ada bunyi2.. kitaorang tak tulis kata2/pesanan kat kad tu, takut anak buah/mak bapak baca..so tulis asing kat kertas wangi...

tp kat depan kat dah tertulis "Buat Kekasihku'..bila anak2 buah baca..mak bapak menjeling jer...hahaha...

zarina said...

fuyoo...la ni ko sorok kat mana kad raya tu..dalam peti besi..hehe...tapi yang bunyi2 tu memang bestkan mahal gak..rm5-10 seingat aku lah

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

nanti boleh tukar kad raya..fad007@gawab.com.atau beri jer add kat komen saya.nanti saya x akan publishkan komen 2.ingat tau skg stem 50sen 4 post kad raya.

zarina said...

dah hantar e-mel..nanti bg alamat fad lak

Related Posts with Thumbnails