Tuesday, August 10, 2010

Moreh


Moreh maksudnya kenduri di masjid dalam bulan puasa. Kalau kat kampung tu dah siap pakej menu moreh dan siapa punya moreh untuk sekian-sekian hari dalam bulan Ramadan tu. Semua orang berlumba-lumba untuk bersedekah dalam bulan ni. Ada juga bubur lambuk setiap hari. Kalau orang kata bubur lambuk Kampung Baru best, belum rasa lagi bubur lambuk Masjid Ubudiah. Ada rasa kari dan yang biasa punya. Memang murah rezeki sesiapa yang pergi ke masjid. Jangan pula ada yang nak makan free je, sama-sama berjemaah solat sunat tarawih / terawih kemudiannya. Bukan tawarikh ya..itu sejarah.

Hari tu baru je dengar Dato' Fadzilah Kamsah di KLFM. Katanya, bulan Ramadan ni cuba berazam untuk kikiskan tabiat buruk yang ada dalam diri. Satu je pun cukuplah. Moga-moga dalam sebulan tu hilang terus tabiat buruk tu. Syyyy!!! Senyap-senyap tak boleh cakap kat orang tabiat buruk kita tu..nanti tak menjadi pulak.

Selamat berpuasa.

4 comments:

Noorma Ismail said...

sejak mula dulu, laki aku teringin beno nk sembahyang raya kat masjid ubudiah ni tp tak kesampaian..skang ni lagi ler jauh....

zarina said...

cuba la beraya kat sini..dapat jumpa Sultan Azlan sebab memang solat raya kat masjid ni :)

suzzsuzie said...

kt tempat sy pun ada wat moreh jugak..tahun ni banyak sifat tak elok nak dikikis

zarina said...

suzzsuzie: kat masjid mana tu?

Related Posts with Thumbnails