Thursday, September 30, 2010

Hard Rock Hotel Penang





The Beatles


Michael Jackson

Memoribilia

Cantik


Today Hard Rock Hotels are an inextricable part of the worldwide legend and lifestyle of rock 'n' roll. And whether you're a star or always wanted to be, you've got your own all-access pass - at Hard Rock Hotels in San Diego, Penang, Macau, Bali, Las Vegas an dozens more to come, you can check in at the Hard Rock but you'll never want to check out.
-Established 1971-

Wednesday, September 29, 2010

Jalan-jalan Pi Penang 4 - 5 Sept 2010

Dah lama tak pi Penang, rasanya last masa sekolah dulu, zaman 90-an. Masa bapak kerja kat Pulau Pinang. Setiap kali cuti sekolah mesti pi Pesta Pulau Pinang, naik feri, pi Padang Kota, pi Komtar dan banyak lagi kawasan sekitar yang menarik. Dah besar ni baru berkesempatan jalan ke sana. Walaupun bulan puasa, tak kisah jalan-jalan ni. 2 hari sahaja. Dari Kuala Lumpur naik flight. Perjalanan lebih kurang 45 minit. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang senang je dapat bas pergi hotel di Batu Feringgi. Menggunakan bas sebagai pengangkutan di sana memang menjimatkan. Rapid Penang pun bagus diaorang sedia membantu kalau tak tau macam mana nak pergi tempat-tempat yang nak dilawat. Bas pun tak payah tunggu lama, banyak je. Kesuntukan masa membuatkan kami melawat tempat-tempat yang terpilih sahaja. Dengan bantuan peta yang memang lengkap tersedia membuatkan terasa macam omputih pi melancong je lebih-lebih lagi bawa beg galas ngan kamera di tangan. Kalau tak tau tanya je sesiapa. Malu bertanya sesat jalan.


Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak). Dapatkan bas di sini. Tengok je peta dan papan tanda kat situ. Rupanya ada bas percuma kat Penang ni. Tengok tanda CAT (Central Area Transit) kat bus stop.


Hard Rock Hotel, Batu Feringgi.

Ingin mengenali P.Ramlee
Rumah P. Ramlee

Tempat bersejarah. Benteng pertahanan yang digunakan sebagai pangkalan tentera dan pentadbiran Syarikat British East India. Buka buku sejarah balik ni.


The World's Largest Toy Museum
Muzium yang penuh dengan patung mainan. Menarik juga. Bayaran RM10 bagi warganegara. RM20 bukan warganegara.

Antara patung yang banyak terdapat kat muzium ni. Doraemon dan kawan-kawan. Banyak lagi karekter yang menarik seperti X-Men, Matrix, Shrek, Barbie dan banyak lagi. Ada lebih 100,000 patung dan model yang terdapat di sini.

Monday, September 27, 2010

Magika


Sebagai penyokong KRU selama berbelas-belas tahun...dari AWAS lagi..kenalah bagi sokongan produk terbaru. Tahniah! Menghiburkan, lagu pun best. Walaupun KRU jadi pokok je tetap ku kenal suara Yusry ... hehe. Part Ning Baizura dan Sabri Yunus tu pun kelakar. M.Nasir walaupun sikit sangat keluarnya tetap teringat juga kemunculannya. Pemandangan masa Maya Karin menyanyi tu pun cantik je.

Bagus idea diaorang ni walaupun diinspirasikan dari Alice In The Wonderland, tapi berjaya tukarkan kepada sesuatu yang baru dalam dunia hiburan tempatan. Dah lama melupakan Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, Puteri Gunung Ledang, Pak Pandir dan Mak Andeh padahal cerita-cerita ni lah yang jadi hiburan masa kecil-kecil dulu. Untuk KRU semoga terus sukses. Kalau jadikan teater muzikal di Istana Budaya tentu menarik juga.

Saturday, September 25, 2010

Coklat Raya

Masa Hari Raya Kedua haritu, ada perjumpaan keluarga sebelah mak yang julung-julung kalinya diadakan. Setiap orang memang dipesan bawa seorang sikit kuih raya, so kitaorang bawa kuih raya dan coklat ni. Kalau nak tulis 'Perjumpaan Keluarga Hj Mohd Salleh' panjang sangat, sendatlah nanti rupanya ... so ambil bahasa omputih je la. Ketupat tu untuk menandakan hari raya. Sebenarnya nak buat ketupat warna hijau...sekali masa dah cairkan coklat putih, tak jumpa-jumpa pewarna hijaunya. Pikir punya pikir ke mana hilangnya...rupanya dah bawa balik kampung masa balik Nuzul Quran tu sebab nak buat agar-agar kering. Jadilah ketupatnya putih je tak kuasa la pulak nak beli baru.


Bawa lebih sikit sebab tau ramai yang datang. Lebih 100 orang.


Mengimbau sedikit kisah arwah nenek saya, Allahyarham Mohamed Salleh bin Bijan. Berasal dari Tapanuli, Sumatera Utara. Nenek merantau ke Tanah Melayu ketika umur belasan tahun. Pada masa dahulu alam Melayu tu kan luas. Sulawesi, Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan banyak lagi pulau adalah sebahagian daripada Kepulauan Melayu. Merantau tu perkara biasa dan memang digalakkan merantau tidak ubah sebagaimana penduduk dari Kelantan, Terengganu pergi ke Kedah, Perlis atau sebaliknya.

Biasanya nenek untuk perempuan kan? Tapi ni ikut bahasa Mandailing. Orang Mandailing cakapnya lembut walaupun tengah marah tapi rasanya tak ada cucu-cucunya yang mengikut. Bengkeng je...

Berguru dengan Sheikh Islam di Perak (Mufti) dan seterusnya mendapat tauliah mengajar agama. Pernah mengajar di Masjid Jamek, Kampung Baru tiap-tiap bulan dan merata-rata ke seluruh negeri. Pandai berbahasa Arab dan tajwid. Pernah mengarang buku agama tapi sekarang ni tak tau ke mana buku tu. Pernah juga mendapat jemputan bercakap di RTM.

Tak pernah mengenali nenek sebab meninggal sebelum saya lahir lagi tapi rupanya dapat tahu makanan kegemaran nenek sama dengan makanan kegemaran saya, bergedel dan goreng ikan bilis petai. Bergedel tu kira pas juga buat tapi goreng ikan bilis ni kureng sikit, tak boleh menguasainya lagi.

Arwah nenek meninggal pada Januari 1967 ketika tengah banjir besar kat Perak kerana sakit jantung, batu karang dan darah tinggi ketika umur 60-an. (kalau kat Kuala Kangsar tu banjir besar tu telah menenggelamkan separuh jam besar kita tu - saja nak tunjukkan seluruh Perak memang banjir besar ketika itu)

Al-Fatihah untuk Allayharham Mohamed Salleh bin Bijan dan untuk Pah saya juga Allahyarhamah Fatimah binti Isa.



Friday, September 24, 2010

Coklat Ramadan


Tempahan bulan Ramadan haritu. Seminggu lagi nak raya. Coklat sendiri pun tak sempat buat lagi masa tu. Tapi rezeki jangan ditolak. Lepas juga duit tol balik kampung. Thanks Hidayah.

Thursday, September 23, 2010

Nasi Himpit dan Kuah Kacang

Penutup cerita makan-makan raya 2010, nasi himpit dan kuah kacang. Nasi himpit masak yang segeralah. Dah ada macam-macam jenama pun sekarang. Ada satu ketika tu heboh kata plastik nasi himpit tu bahaya dan boleh menyebabkan kanser, tapi still masih ada di pasaran. Mungkin terpulang kepada kita untuk tidak membelinya. Tapi susahlah pulak kalau tak beli, kan. Dahlah tak reti anyam ketupat. Boleh beli kelongsong je tapi kat pasar basahlah. Kalau dah jenis pergi pasar berhawa dingin ni...dapat ketupat reben jelah gamaknya....hehe.

Teringat mak pernah cerita, masa dulu-dulu dalam tahun 60-an macam mana nak buat nasi himpit. Masak nasi macam biasa cuma lebihkan airnya, 1 pot beras, 3 atau 3 1/2 pot air. Masukkan daun pandan biar wangi. Bila dah masak dan tengah panas-panas lagi, nasi yang lembik tu terus letak dalam loyang. Kemudian, tekan dengan batu giling (yang giling cabai tu) bagi padat. Memang betul-betul kena himpitlah nasi tu.

Alternatif lain kalau tak ada batu giling. Ambil baldi yang berisi air, letak atas loyang yang berisi nasi. Eloknya loyang yang bulat...barulah kena himpit semuanya. Lapiklah dulu nasi tu dengan beg plastik. Geli pulak orang mendengarnya apa lagi yang nak makannya. Biarkan baldi tu sampai nasi tu padat dan keras. Barulah dipotong.

Kuah kacang pula kebanyakan resepinya semua sama. Tapi apa yang membezakannya petua-petua yang digunakan masa masak ni. Kalau mak saya masak, bawang, cili kering dan belacan tu digoreng sebentar sebelum dikisar. Tujuannya untuk bagi baunya lagi sedap. Kacang tu pula digoreng dengan kulit-kulitnya sekali untuk bagi warna dia lagi cantik. Lepas tu baru kisar kacang tu. Kisar kasar baru sedap kalau halus sangat macam berdebu pula kuah tu nanti. Kuah kacang ni pakai gula kabung. Kalau orang Perak mesti tau gula kabung. Orang lain lebih kenal gula melaka. Kalau tak ada, pakai gula pasir je.


Saya pernah makan kat rumah mak saudara dia taruh daging dalam kuah kacang. Sedap jugak. Jadi saya request kat mak gak taruh daging. Daging tetel direbus sehingga empuk pastu bolehlah masuk dalam kuah kacang. Taruh sikit je sebab tajuk utamanya kuah kacang, kan. Tapi kalau nak jemput kawan-kawan bangsa lain datang beraya, tak bolehlah taruh daging sebab ada yang tak makan daging ikut agama dan kepercayaan mereka.

Wednesday, September 22, 2010

Biskut Potong

Bunyinya macam senang je biskut ni...bahan pun tak susah mana tepung gandum, tepung jagung, mentega, gula kastor, mix fruit, badam ngan telur. Tapi kalau tak tengok praktikalnya tak jadi juga. Resepi asal dapat dari jiran Opah. Lepastu memang dah jadi tradisi buat kat rumah ni ... sedapnya macam kek buah tapi ni versi biskutlah.



Untuk persediaan awal, mix fruit tu kena hiris kecil sikit, begitu juga badam barulah sedap. Yang ni versi oven kecil so dapat dua talam kecil je. Adunan tu ditekan-tekan kat talam. Pastu masuk dalam oven sekejap dalam 10 minit.


Dah 10 minit. Sapu kuning telur dan tabur badam. Meriah badamnya ni...masuk dalam oven sampailah masak. Lama juga masaknya sebab kek buah pun kan masak lama. Tak berapa nak ingat pula hari tu...ummm lebih 20 minit kot.


Bila dah siap masak...potong-potongkan ketika panas bentuk empat segi tepat. Sekarang ni memang ada acuan yang boleh siap potong...so sama je lah bentuknya nanti. Sesuailah untuk orang yang nak menjual. Tapi yang ni memang talam yang kecil so potonglah sendiri. Lagipun mak saya profesional ... pejam mata pun boleh potong straight je hehe...kan cantik je tu. Tapi tak boleh keluarkan lagi...lepas potong tu biar sekejap sampai sejuk.


Sejukkan di redai. Siap..Krup krap badamnya. Terasa mix fruitnya.

Tuesday, September 21, 2010

Inti Tart Nenas

Tart nenas memang popular. Ramai orang suka. Sekarang ni senang nak buat sebab inti dah ada siap jual kat kedai. Tapi mak saya lebih suka buat inti sendiri walaupun susah. Sempat belajar masa buat kuih raya hari tu aduhai leceh betul tapi berbaloi belajarnya. Setiap tahun tukar-tukar warna intinya sama ada merah, hijau atau kuning.


2 biji nenas ni pun boleh dapat intinya banyak. Kena buang 'mata'nya.. saya memang jarang masak nenas, tu yang tak licin rupanya, ada lagi mata-matanya tapi mak dah perbaikinya.

Parut. Kalau orang yang pandai pakai mesin parut kelapa tu, memang cepat lagilah kerjanya sebab boleh parut kat situ je. Saya takut pakai tu yang jenuh nak memarutnya.

Hasil yang sudah diparut.

Tapis airnya...tak payah beria-ria macam nak perah santan tu...tekan-tekan dengan senduk je. Biar ada sikit-sikit lagi airnya.

Panaskan atas dapur. Api kecil. Kacau-kacau sampai kering airnya. Masukkan gula agak-agak ikut kemanisannya. Tapi haritu banyak gak. Ada dalam 4 senduk.


Tahun ni tema hijau...jadi taruhlah pewarna hijau. Elok warnanya kuat biar menyerlah sikit bila letak kat tart tu.

Bila dah nak kering tu, masukkan mentega /majerin sikit dalam 1 sudu besar supaya intinya berkilat.


Bila dah kering, sejukkan sebelum disimpan. Boleh diguna bila-bila masa.

Sunday, September 19, 2010

Singapore Pie

Salah satu makanan yang popular kat umah masa raya. Kalau cakap cepat-cepat bunyinya Singa Popeye.. yang cerita kartun tu tapi yang sebenarnya Singapore punya pai. Datang dari Singapore ke? Idak le tau. Nama lain Rojak Bakul atau Pai Tee. Setiap tahun saya buat ni sehari sebelum raya untuk memastikan kerangupannya. Tu yang busy masa dekat nak raya. Kalau tak jadi, nasiblah...tak adalah Singapore Pienya tahun ni. Teringat cerita Kuih Goyang Syafiq lak bila buat kuih ni. Lebih kurang sama je acuannya pastu kena duk kat dapur je sebab senang hangit.

Bahan-bahannya tepung beras, tepung gandum, air kapur, garam dan air je. Senang je bunyinya tapi yang paling teruk bila adunan tu melekat kat acuan susah pulak nak keluarnya. Berlubang-lubang la nanti jadinya. REJECT, terpaksalah tuan rumah yang makannya. Kalau diikutkan resepi asal ada taruh telur. Tapi bila dah taruh lagi melekat pula..so ubah terus resepi asalnya.


Selalu yang jual kat restoran tu panjang macam topi chef tapi saya buat kecik-kecik je senang masuk mulut terus. Mula-mula kena masukkan minyak sikit dalam adunannya supaya senang nak lekang. Pastu panaskan acuannya dulu baru masuk dalam adunan.


Ni kira jadilah sebab senang je lekang tapi ada yang herot benyot tu natural hehe. Sila abaikan rupanya. "Don't judge a book by its cover"


Biarkan sejuk dulu sebelum disimpan.


Singapore Pai versi saya paling simple sebab isinya cuma timun dan sengkuang yang dipotong dadu. Pastu taruh kuah sambal pecal. Siap untuk dihidang.

Saturday, September 18, 2010

Lemang Jagung dan Rendang Tok

Lemang jagung ni popular kat Perak. Tak pasti kesahihannya tapi kalau kat rumah saya tu memang bapak selalu tempah untuk raya dalam 2 batang. Lemang ni mahal sikit daripada lemang biasa tu. Rasanya sama je ngan lemang biasa cuma ditambah jagung je. Spesel la juga, kan. Memang sedap dicicah ngan rendang. Kalau kat Perak ni Rendang Tok la apalagi.Lemak rasanya dan lembut je.


Rendang Tok pada masa dulu merupakan sajian istana. Ia dihidangkan untuk santapan diraja. Teringat cerita cina bersiri yang ada menceritakan pasal tukang masak istana yang menghidangkan masakan untuk Maharaja. Bayangkan macam tu la. Hahaha pengaruh TV. Habis tu cerita Melayu takde cerita pasal makan-makan ni. Mengikut pembacaan saya dipanggil Rendang Tok kerana 'tok' adalah gelaran untuk orang-orang kenamaan. Mak Nik (tukang masak popular, selalu keluar kat Radio Perak) yang cakap dalam majalah dan surat khabar sebelum ni.

Rendang Tok ni diperap sekejap dengan rempah-rempah kemudian barulah dimasak. Memang banyak pakai bawang. Kalau 3 kilo daging tu mahu bawangnya 1 kilo setengah. Daging untuk Rendang Tok ni dipotong besar segi empat. Nak masaknya ambil masa lama, 3 hingga 4 jam sampai kering. Sampai jadi serdak. Serdak tu pun sedap je ratahnya. Lenguhlah nak menunggunya. Tu pasallah rendang ni mahal sekilo mahu RM40.


Proses awalnya

Dah bertukar warna

Dah nak kering

Tukar jadi warna hitam. Tapi ni tak siap lagi sebab ada lagi kuah-kuahnya. Makan nasi sedaplah sebab ada kuah. Kena masak lagi sampai kering. Gambar kering lupa nak tangkap...abih tu nak tunggu kering lama bukan main, lupa jadinya.

Wednesday, September 15, 2010

Review Biskut Raya

Seperti biasa, setiap kali raya lebih kurang 7 jenis biskut raya yang wajib buat. Biskut baru tambah dalam 2 atau 3 jenis. Patutnya masa ni bukannya medan untuk mencuba-cuba biskut baru. Maklumlah, buat masa bulan puasa mana boleh rasa. Buatnya tawar hebiak nanti macam mana. Nak pulak bancuhan tu digandakan. Kalau tak jadi, habislah rugi besar nanti. Tapi apa nak buat hari biasa idak le rajin membuatnya. So memang bulan ramadan je la ada mood nak buat.

Biskut Denmark memang tiap-tiap tahun buat. Ni je satu-satunya biskut yang saya makan banyak. Sepupu saya dan abang saya suka biskut ni. Masa balik KL haritu dah tinggal sikit sebab kitaorang packing bawa balik. Nampaknya biskut ni yang pertama habis. Tunggu raya tahun depan pula ya.


Biskut Potong ni resepi turun temurun dari Pah sejak tahun 70-an. Pah pula ambil dari jiran sebelah. Bahan utama yang menyedapkannya buah-buahan campuran (mix fruit). Resepi asal dalam bahasa Inggeris, mungkin ambil dari majalah orang putih kot. Makin lama mak saya telah ubah suai resepi ni mengikut kesedapan sendiri. Cuma anak dia je yang tak reti membuat ni. Huhu. Belum cuba lagi. Mak saudara ngan sepupu pun buat biskut ni ikut resepi Pah dan derang ambil tempahan setiap kali raya.


Ni biskut baru, Tart Blueberi. Warna tu macam tak menjadi sangat tapi rasa sedap. Cair di mulut. Hehe. Intinya masam manis. Biskut ni pakai minyak sapi banyak so kuihnya rapuh jadi saya letak dalam paper cup supaya orang senang makan. Kena sekali ngap je baru terasa kombinasi semuanya. Bapak saya suka biskut ni. Siap promote kat orang yang datang lagi. Malu weh buatnya derang tak suka nanti.


Biskut Aiskrim ni kesukaan anak saudara saya berumur 11 tahun. Biasanya mak saya memang siapkan badannya dulu, dah dekat nak raya baru celup coklat. Oleh kerana anak saudara saya balik awal haritu so suruh aja dia celupkan coklat. Ikut suka dia la nak hias macam mana. Nampaknya budak-budak yang datang pun memang sukakan biskut ni. Agaknya derang tertipu ngan nama aiskrim kot. Hehe.


Ni tiap-tiap tahun buat gak. Inti pun buat sendiri. Kali ni dengan tema hijau. Mak saudara saya memang suka ni, Mak Ngah di Ipoh. Memang dia cari yang ni dulu.

Biskut Sarang Semut. Biskut ni diperkenalkan oleh Mak Pah di Ipoh. Hari tu berkesempatan belajar membuatnya dan dapat petua sikit masa pi Ipoh. Resepi diambil dari buku Kompilasi Hidangan Biskut oleh Norzailina Nordin. Sedap, rangup. Hari tu gandakan adunan, ingat nak senang biar banyak terus. Mak oii rupanya sampai dekat nak berbuka tak siap lagi. Nasib baik jadi.


Bapak saya suka Biskut Arab, yang dalamnya ada kacang tanah sebiji. Tapi biskut ni pun adik- beradik Biskut Arab gak sebab pakai minyak sapi cuma tak ada kacang dalamnya. Kalau tak silap namanya Bebola Kristal. Resepi ambil dari Majalah Mingguan Wanita yang minggu lepas punya. Tahun lepas salah teknik, buat warna kuat sangat, kali ni cantik sikit nampaknya. Belajar dari kesilapan.