Thursday, September 23, 2010

Nasi Himpit dan Kuah Kacang

Penutup cerita makan-makan raya 2010, nasi himpit dan kuah kacang. Nasi himpit masak yang segeralah. Dah ada macam-macam jenama pun sekarang. Ada satu ketika tu heboh kata plastik nasi himpit tu bahaya dan boleh menyebabkan kanser, tapi still masih ada di pasaran. Mungkin terpulang kepada kita untuk tidak membelinya. Tapi susahlah pulak kalau tak beli, kan. Dahlah tak reti anyam ketupat. Boleh beli kelongsong je tapi kat pasar basahlah. Kalau dah jenis pergi pasar berhawa dingin ni...dapat ketupat reben jelah gamaknya....hehe.

Teringat mak pernah cerita, masa dulu-dulu dalam tahun 60-an macam mana nak buat nasi himpit. Masak nasi macam biasa cuma lebihkan airnya, 1 pot beras, 3 atau 3 1/2 pot air. Masukkan daun pandan biar wangi. Bila dah masak dan tengah panas-panas lagi, nasi yang lembik tu terus letak dalam loyang. Kemudian, tekan dengan batu giling (yang giling cabai tu) bagi padat. Memang betul-betul kena himpitlah nasi tu.

Alternatif lain kalau tak ada batu giling. Ambil baldi yang berisi air, letak atas loyang yang berisi nasi. Eloknya loyang yang bulat...barulah kena himpit semuanya. Lapiklah dulu nasi tu dengan beg plastik. Geli pulak orang mendengarnya apa lagi yang nak makannya. Biarkan baldi tu sampai nasi tu padat dan keras. Barulah dipotong.

Kuah kacang pula kebanyakan resepinya semua sama. Tapi apa yang membezakannya petua-petua yang digunakan masa masak ni. Kalau mak saya masak, bawang, cili kering dan belacan tu digoreng sebentar sebelum dikisar. Tujuannya untuk bagi baunya lagi sedap. Kacang tu pula digoreng dengan kulit-kulitnya sekali untuk bagi warna dia lagi cantik. Lepas tu baru kisar kacang tu. Kisar kasar baru sedap kalau halus sangat macam berdebu pula kuah tu nanti. Kuah kacang ni pakai gula kabung. Kalau orang Perak mesti tau gula kabung. Orang lain lebih kenal gula melaka. Kalau tak ada, pakai gula pasir je.


Saya pernah makan kat rumah mak saudara dia taruh daging dalam kuah kacang. Sedap jugak. Jadi saya request kat mak gak taruh daging. Daging tetel direbus sehingga empuk pastu bolehlah masuk dalam kuah kacang. Taruh sikit je sebab tajuk utamanya kuah kacang, kan. Tapi kalau nak jemput kawan-kawan bangsa lain datang beraya, tak bolehlah taruh daging sebab ada yang tak makan daging ikut agama dan kepercayaan mereka.

No comments:

Related Posts with Thumbnails