Wednesday, October 6, 2010

Maher Zain di Malaysia Hari Ini


Meletup-letup nama Maher Zain sekarang. Penyanyi Sweeden berketurunan Lubnan ni dah sampai kat Malaysia. Konsertnya 14 dan 15 Oktober tapi dah sampai Malaysia kelmarin lagi. Sementara nak buat konsert beliau memenuhi undangan tv, radio dan promosi album. Kalau ikutkan jadual, beliau jadi tetamu kat MHI pukul 8 pagi hari ni. Saya pun tunggu lah kul 8 tu..aik takde pun, dah lepas kot..tapi still tunggulah sementara nak membuat coklat. Tunggu punya tunggu sampai lah kul 8.50, Wardina pun cakap, (gini la lebih kurang, udah lupa biji butirnya) "Maher Zain tidak dapat datang kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas," dengan nada sedikit kecewa. Maklumlah MHI pun abis kul 9.

Tetiba tak sampai beberapa minit lepas Wardina cakap tadi. "Maher Zain dah sampai. Come! Come! Runn! Runn! Cepat! We're live on tv," begitu teruja sekali Wardina yang memanggil Maher Zain yang baru sampai kat pintu luar. Sampai Abby yang kat sebelah tu pun ketawa kecil tengok Wardina yang excited. Dapat jugalah temu ramah walaupun sedikit. Merendah diri orangnya, beliau cakap ramai yang berterima kasih pada dia kerana sudi datang ke Malaysia. Beliau membalas tak perlu berterima kasih kerana itu merupakan tanggungjawabnya (menyampaikan lagu-lagu yang bermesej).

Yang saya herannya tu, orang yang bawa Maher Zain datang ke Sri Pentas tu tak tau ke jalan kat LDP, depan 1U tu memang jam giler tiap-tiap hari. Pukul 7 pagi tu pun dah banyak kereta. Lain kali keluar la selepas subuh baru la sampai tepat pada masanya. Malu kat Maher Zain tau!!

Ntah-ntah Maher Zain sendiri yang drive kot sebab baru dapat Proton Persona untuk kegunaannya kat sini..hehe.

Tiket Showcase Maher Zain Save the Soul di Auditorium MBSA dah habis. Ramailah yang kecewa. Saya pula terlambat minat Maher Zain ni. Selalu dengar radio, takde la pulak DJ ni siar. Dah dekat nak buat konsert ni barulah terdengar, itupun masa nak siar rancangan agama. Takpe, sesiapa yang tak dapat pergi showcase kerana tak dapat tiket atau takde duit nak beli, tunggu je kat TV9 Raya Haji nanti, diaorang cadang akan siarkan rakamannya. Mengikut sumber berita TV9 kelmarin. TV9 merupakan penyiar rasmi untuk showcase ni.

6 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

oooh... uda tak ikut sekali ke nanti tengok showcase dia?

zarina said...

tgh nak jimat duit

yongzu @ 9W2YZU said...

Mulai bulan ini Insya'Allah bolehlah dapat allowance + investment ;)

zarina said...

:)wah

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

minat lagu dia..klu BW..bukak lagu dia la...ngeee

zarina said...

bestkan kak atie