Tuesday, October 19, 2010

Maher Zain Siri 3

Penulis jemputan: Cik Lea
Diedit Oleh: Zarina

Malam showcase 15/10/2010

Tiket menunjukkan konsert bermula pukul 8 mlm. Sementara menunggu, lagu2 nasyid dipasang mengisi masa lapang. Jam 9.30 konsert dimulakan dengan opening act – Inteam dan Aishah menyanyikan lagu masing-masing. Pengacara konsert ialah Wardina dan Farah Adeba. Terdapat penerangan ringkas mengenai Raudhatus Sakinah (yang organize this event) ianya adalah Pusat Perlindungan gadis2 yang ada masalah sosial. Maka tujuan showcase ini juga untuk menderma kepada pusat ini.

Jam 10 malam, Maher Zain terus keluar mengalunkan lagu Allahi Allah Kiya Karo. Maher Zain memberitahu dia akan menyanyikan lapan lagu malam itu. Dia juga meminta kami bertepuk tangan, menyanyi bersama2 dan memberitahu parents “let your kids have fun”. Banyak yang malu2 memula sebab tak tau reaksi yang sesuai…?? Tp bila Maher Zain kata, “This is my last day in Malaysia, come sing along with me, do you want me to come back here?” barulah semua sporting. Bagus juga, bila satu dewan berselawat utk Rasulullah SAW dlm lagu Ya Nabi Salam Alayka bertakbir Allahhu Akbar dalam Always be there.

Lagu2 lagu lain yang dinyanyikan adalah:

-For the rest of my life -yang ditujukan pada isteri dia-(yups he;s taken) dan minta para suami lain juga menyanyikan untuk isteri masing2. Isteri ok!!

------Baraka Allahu Lakuma – pendapat saya lagu ni dan For the rest of my life amat sesuai untuk background kenduri kahwin.

------Open Your Eyes- lirik yang dicipta sewaktu Mz memandu dan meyedarkan dia utk pilih lagu berkonsep begini. Alhamdulillah bak kata Farah Adeba, kalu MZ tak buat lagu mcm ni dia maybe duet ngan Lady Gaga dan kita tak dapat jumpa dia punya di Malaysia.

------Hold Your Hand dan diakhiri dengan Insha Allah. Mz menjemput kanak2 lelaki dan perempuan menyanyi bersama. Ketiga2 pandai menyanyikan lagu ini sampai Mz ckp “Masya Allah” bagus gak kecik2 dah pandai English.


Pada penghujung konsert presiden Maher Zain Malaysia Fan Club –Fairuz sempat menghadiahkan buku catatan peminat untuk Mz. Mz juga berkata dia akan datang kembali untuk konsert dengan Insha Allah versi BM,malahan sempat mengatakan "Saya sayang Malaysia". Sepanjang Mz di Malaysia dia/maybe PA dia sering mengupdate status Facebook malahan update terakhir ialah: "Jumuah Mubarak everyone I prayed at the Masjid Shah Alam. Masha Allah beautiful. On friday."

Tapi jangan lupa, memetik kata2 Wardina dan Adeba, bila balik bukan ingat Mz tau, ingat Allah bila konsert ni berakhir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails