Tuesday, October 26, 2010

Tahniah KRU

Festival Filem Malaysia yang baru berlangsung nampaknya KRU menang banyak kategori gak melalui filem Magika. Berbangga dengan diaorang sebab dari mula masuk bidang seni sampai sekarang ni berwawasan. Bagus! Sejak sekolah lagi minat KRU, beli kaset, jadi ahli kelab dan video tape (dulu-dulu mana ada vcd. Sekarang ni video tapenya ada lagi ... perakam videonya pula dah takde). Taklah minat gile sampai mengejar-ngejar KRU kalau jumpa...tapi kenangan pergi beraya kat rumah KRU kat Keramat masih tersimpan ... hehe... Auntie Zarina pun sporting je. Tapi lepas tu diaorang buat rumah terbuka kat opis Jelatek je. Sampai sekarang still sokong KRU dan harap terus maju. Kalau artis perempuan, sokong Amy Mastura gak ... KRU ngan Amy jangan buat malu orang Perak!!


Majalah Awas. Tak ingat tahun berapa,tak tulis pula dalam ni rasanya awal 90-an. Terbitan Kharisma Publications Sdn. Bhd. Dalam majalah ni ada tulis rancangan masa depan diaorang:

Berlakon Dalam Filem Muzikal: Kita orang nak berlakon dalam sebuah filem tempatan yang bercorak muzikal. Tiga-tiga jadi hero. Dalam filem tu peminat akan dihiburkan dengan lagu-lagu baru dari KRU khas untuk filem tersebut. Kemudian kita orang nak buat album sound-track untuk lagu-lagu dari filem tu siap dengan video clipnya sekali. Mesti best kan.

Mengambil Artis Di Bawah KRU Production: Kita orang nak ambil artis baru dan bimbing di bawah syarikat KRU Production. Kita orang nak terbitkan sekurang-kurangnya 4 buah album setahun ... yang berkualiti, yang best, yang terbaik dan sudah tentu yang terlaku.

Ke Arena Muzik Antarabangsa: Kitaorang nak rakam sebuah album Inggeris untuk dipasarkan sampai ke luar negara. Mudah-mudahan berjaya. You all doakan le yek!

Nampaknya dari awal lagi memang diaorang dah ada perancangan dan sampai sekarang nampak kejayaannya. Motivasi gak ni. All the best!!

6 comments:

zarin said...

i pun suka KRU n amy mastura hihi
suka KRU sbb nama mak dia zarina gak ahaha :D

zarina said...

kita ni sama je semuanya..hehe

Anonymous said...

quarter tu gua punya kan..aa

zarina said...

bukan wa punya ker..yang awas tu kot wa punya

shusupian said...

KRU is the best!!!!!..i like everything about them..uish, sume yg diorg ckp dan impikan tu dh jd kenyataan pun..hope diorg akn terus sukses..

zarina said...

tu la pasal..kena ikut macam derang gak berwawasan