Wednesday, November 3, 2010

Dekorasi Inggeris

Sekarang ni banyak orang menghias rumah dengan dekorasi Inggeris. Ada hiasan decoupage la, folk art la. Semua ada bunga-bunga kecil dan berdasar putih. Pastu perasan tak kadang-kadang ada ayam jantan sebagai hiasan. Tengok je kat Anjung Seri atau Impiana mesti ada.

Rumah saya tak payah berhias-hias ayam jantan dah...ni ha ayam ni datang nak bertelur. Sesat gamaknya, nak mencari perlindungan. Kesian ayam ni ... bertelur sebijik dah dicuri kera. Banyak kera kat sini. Pandai-pandai pulak kera tu. Tutup Tupperware pun boleh buka tau! Dah tak boleh claim tutupnya. Cerita keralah pulak, berbalik pada ayam tadi ... untuk memastikan ayam ni sentiasa duduk di sini dan tak kacau pokok bunga pulak, mak saya ambil telurnya dan simpan dulu pastu umpankannya dengan batu. Jadi dia ingat telurnya ada di situ. Lepas dah habis bertelur barulah letakkan semua telur tu balik untuk dieramkan. Letak lalang tu supaya lebih selesa lagi nak mengeram. Rupa-rupanya ayam ni kalau mengeram memang dia duduk je kat situ. Idak la bergerak-gerak, dalam 3 hari barulah dia keluar cari makan itu pun kawasan terdekat je. Idakle teman tau.

Kalau kuali ni dihias decoupage mesti grand habis.

4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Gemuk nyer ayam tue, kalau buat ayam masak merah sedap tue.

yongzu @ 9W2YZU said...

Comel betul ayamni .. he he he.. boleh dikeraskan ke...?

zarina said...

BSB: ayam goreng berempah pun sedap
Yong: ni pun memang dah keras kat situ..tak gerak2 pun

Noorma Ismail said...

montoknyer ayam tu.. ikut sapa ek?? hahaha... ayam aku dulu pun mcm tu, siap masuk dalam rumah lagi nk bertelur..kat tempat rak kasut belakang pintu.. tp yang senangnya time nk goreng telur takyah jalan jauh2...dalam rumah jer..tension jer ayam tu bila nampak aku amik telur dia..kahkahkah...

Related Posts with Thumbnails