Thursday, November 4, 2010

Hak Pengguna


Pagi tadi kat pasar ada orang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang memantau harga barang kat pasar. Bagus betul, 2 minggu lepas baru lagi nampak derang datang ... datang lagi. Ada satu sudut tu letak brosur pasal hak-hak pengguna ni. Saya memang minat ngambik benda-benda gini untuk simpanan. Walaupun dalamnya membosankan...biasalah benda-benda gini skema sikit, cerita pasal objektif tribunal pengguna, tatacara, bidang kuasa dll. Nasib baik ada contoh2 kes dalam ni so terus faham macam mana hak pengguna tu.

Contoh Kes 1:

Hain telah mendapatkan khidmat pakej perkahwinan (gambar dan pakaian) berharga RM1,488.00. Beliau tidak berpuas hati dengan khidmat tersebut kerana ia hanya indah khabar dari rupa.

Hain tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Beliau telah meminta Syarikat Cinta Abadi memastikan kulit tunangnya cerah di dalam gambar kerana tunangnya seorang yang berkulit gelap. Apabila menerima contoh gambar, beliau dapati kulit tunangnya menjadi lebih gelap.

Hain juga berasa tidak selesa dengan pakaian yang disewa kerana ia seperti tidak dicuci. Akibatnya, Hain mengalami gatal-gatal badan kerana beliau memang alah pada pakaian yang tidak dicuci. Malah pakaian tersebut ada yang koyak dan pudar warnanya.

Bunga hadapan kereta juga kotor dan tidak teratur. Pakaian untuk ‘flower boy’ tidak disediakan. Setelah didesak barulah mereka sediakannya tetapi kelihatan sangat lusuh.

Award: Syarikat Cinta Abadi diarahkan mencuci gambar perkahwinan tersebut sehingga Hain berpuas hati.


Komen saya: Susah jugak ada pelanggan yang macam ni. Kalau dah gelap tu terima jelah hakikat. Hehe...

Jangan terperangkap dengan Skim Cepat Kaya. Awas dengan ayat-ayat sebegini:
  • Anda tidak perlu menjual untuk mendapatkan ganjaran / keuntungan.
  • Letak saja duit untuk buat duit
  • Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.
  • Dijamin tiada risiko dan wang akan dikembalikan
  • Anda hanya perlu mengeposkan kepada orang yang kemudiannya akan membuat deposit ke dalam akaun anda.

Komen saya: Kalaulah nak jadi kaya tu senang tentu dah ramai jutawan kat Malaysia ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails