Monday, November 22, 2010

Mee Rebus Ramli


Orang Perak kalau tak tau Mee Rebus Ramli ni..sajee je la...sejak kecik bapak dah bawak makan kat sini. Kalau dari Ipoh tu ikut jalan lama nak balik Kuala Kangsar bolehlah singgah kat Tasik pekena mi rebus. Yang ni mak saudara belanja masa kitaorang pergi Ipoh hari tu. Terima kasih Wan memang lama tak makan mi rebus ni. Wan cerita arwah Ayah Tam (suaminya) kalau makan kat sini mesti pesan 2 pinggan dan boleh habiskan seorang je.

Saya juga pernah belikan untuk kawan yang kat KL. Dia orang Kampung Gajah so dah taulah reputasi Mee Rebus Ramli ni. Jauh perjalanan mi ni. Tapi kawan tu kata kuahnya macam dah kureng sikit rasanya tak macam dulu-dulu. Bukan dia saja, kawan yang duk Sungai Siput tu pun kata tak berapa sedap. Tapi saya memang suka makan apa-apa jenis mi pun so Mee Rebus Ramli ni memang termasuk kategori sedap jugak. Kalau nak dibandingkan memori masa makan kecik-kecik dulu idak le teman ingat dah. Kat sini juga popular dengan nasi ayamnya. So kalau datang kat sini memang pilih antara 2 menu ni lah walaupun ada menu yang lain lagi.

* ejaan mee mengikut kamus dewan sebenarnya adalah mi - sj bahan makanan yg rupanya spt laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat drpd tepung gandum dll)

5 comments:

Noorma Ismail said...

tahun lepas masa balik kuala Linda kawin pun tak sempat nk makan..dh penat beno..meronda satu kuale,,,tp mmg pun orang kata dh tak sesedap dulu..nasi ayamnya pun sama...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam zarina, mee rebus pak abu pun sodap...

zarina said...

noorma: oh ya ker
BSB: pak abu mana pulak ni?

zaidi zaim said...

mi rebus ramli? teringat aku d kampung halamanku.. wahahaha....

mi rebus ramli ni ade 3 cawangan d sekitar ipoh... dkt tasek tu satu, pehtu kat depan Jubilee Park area tgh bandor dan yg ketige dn sy rase paling ok tpt dia dalam tige3 ni... kat tmn perpaduan depan skit jer dr lost world of tambun... kat sini mi rebus ramli buat pelaburan agak tinggi berbeze dr tpt yg lain2 tu....

zarina said...

zaidi zaim: wah satu kapal rupanya kita..tak biasa sgt kat ipoh tu..kalo kat lost world tu taulah jugak..nanti bleh cuba kat situ lak..apa kehenya bukak 3 kedai tapi kat kawasan ipoh gak..cari la tempat lain ye tak :)

Related Posts with Thumbnails