Wednesday, November 24, 2010

Periuk Pasta

Ingat lagi entri saya sebelum ni pasal hadiah periuk pasta ni.? Ya semalam ke Karangkaraf di Jalan Sepana Sect 15 Shah Alam mengambilnya. Saya memang tak suka pergi Shah Alam…tak biasa, dahlah banyak bulatan, seksyen pun banyak…aduh pening kepala. .tapi sebab nak ambil hadiah redahlah juga…4 kali berjumpa bulatan, mengikut signboard rasanya dah betul dah..tapi ke lain la pulak..memang pusing bulatan je kerjanya. Akhirnya berjumpa juga..dah nampak bangunan yang dicat ungu dan lambang Karangkraf dari jauh. Satu hal la pulak parking takde. Masuk ikut pintu belakang memang nampak banyak parkingnya..sekali guard tu kata ikut depan. . Dah dua kali pusing kat depan tu..memang takde tempat nak letak..penuh.. kereta yang lain tu parking di tepi-tepi jalan je. Letak la juga kat tepi tu memandangkan sekejap je urusannya. Harap-harap janganlah kena saman.


Maher Zain datang KarangkrafAntara majalah keluaran Karangkraf

Kamera biasa dibawa ke mana-mana..sementara tunggu orang yang bawa hadiah tu..apalagi tangkaplah gambar konon-konon wartawan sedang membuat laporan..hehe..Tak sangka editor majalah RASA tu sendiri yang bawakan, Puan Yati. Beliau pun bertanya regular baca RASA ke? Betapa peramahnya diri ini..hehe..”Saya memang biasa majalah keluaran Karangkraf…sebelum ni pun pernah menang bla..bla …bla”. Puan Yati pun kata lah next year punya keluaran pun ada peraduan juga. Kena kumpul majalah untuk 3 keluaran dan ada slogan. Confirm memang akan masuk. Memang tak pernah ketinggalan pun beli RASA ni..walaupun masak kat rumah ala kadar je sebenarnya..hehe.

Bersama Puan Yati Rohani Rahim (Editor Pengurusan Kanan RASA)

Ada juga toko yang jual buku dan majalah keluaran Karangkraf kat sini. Mana boleh tak pergi, kan..mestilah menyinggah dan mencari apa yang patut. Dah nak balik tu hujan lebat la pulak. Lepak sekejap kat situ.

Malangnya..nak balik tu..seperti dijangka, kena saman polis trafik. Adoi! Sebagai warganegara yang bertanggungjawab hehe..terus pergi Balai Polis Shah Alam..malas nak berhutang..settle terus..tak payahlah nak merayu-rayu memang tau salah pun. Malang tak berbau lagi cash rupanya tak cukup..lupa pulak pagi tu isi minyak penuh, top up touch n go dan siap beli buku kat Karangkraf tadi. “ Saya bayar guna wang pos nanti boleh, saya nak balik kampung ni. Duit tak cukup. Saya memang tak datang Shah Alam dah.” Rupanya saman trafik kat mana-mana pun boleh bayar..kat kampung pun boleh..buat gelak dek orang tu je..malu..malu.



3 comments:

zarin said...

ha ah saman trafik memang boleh bayar kat mana2 cawangan trafik, cuma takut kita terlupa je lah..hihi macam saya ni, keta tkleh buat road tax baru ingat saman blm bayar :D

Noorma Ismail said...

apa susahnyer pegi seksyen 15 tu..sebelah kilang si Rozette jer.. aiyooo ciki... nape tak singgah cadburry??

zarina said...

zarin: tak bayar lagi ni..ada kemungkinan gak bleh terlupa :)

noorma: memang sampai seksyen 15 tu..cuma 15/3 tu takde ditunjuk dalam signboard..sudahnya aku sampai ke carlsberg..hehe pastu baru aku tpon kawan aku tanya..hujan semalam tak de mood nak singgah mana2. Kena saman sebab illegal parking.

Related Posts with Thumbnails