Sunday, December 26, 2010

Lampung

Hairan betul lampung takde dalam kamus...kalau pelampung tu ada la. Orang lain panggil apa gamaknya?

Yang penting lampung goreng ni sedap makan dengan kuah sambal pecal. Potongnya pun senang je..ikut suka hati setelah direbus. Taruh garam dan kunyit pastu asam jawa sikit untuk elakkannya meletup. Sambal pecal pun pakai yang ready made punya...bancuh je dengan air. Ringkas tapi sedap.

3 comments:

Mummy Eda said...

Err..bukan paru ker?

Noorma Ismail said...

Ermmm...menatang tu orang panggil PARU ler.. weii..kat KL tak pernah makan nasi lemak paru ke?
kalo ikut mcm ko tu, makan dengan kuah pecal(kuah kacang la tu...) kat Pasar Malam Bandar Tun Razak Cheras mmg banyak jual benda tu.

zarina said...

Hahaha...lupa..kat KL memang selalu makan. Baru berapa bulan tinggalkan KL dah lupa. Orang Perak panggil lampung.

Noorma:Sambal kacang pecal Jamilah Mansor..ni orang Perak buat. Dulu2 selalu bawak bekal balik KL

Related Posts with Thumbnails