Tuesday, June 29, 2010

Brunei Darussalam 12 Jun -14 Jun 2010

Brunei yang menenangkan. Disambut dengan seruan azan asar di lapangan terbang, tulisan jawi yang diutamakan, dan kelihatan kebanyakan imigresen perempuannya memakai tudung termasuklah papan tanda perempuan dekat tandas. Sejuk je hati.

Ada apa di Brunei?? Memang tak ada apa-apa pun. Kalau sesiapa yang minat membeli-belah, di sini bukanlah tempatnya, duitnya mahal dari kita, majalah dan buku kebanyakan ada kat tempat kita juga termasuklah makanan-makanannya. Bagi yang berminat untuk ke taman tema juga, di sini bukan tempatnya, Jerudong Park pun tak popular lagi. Bagi penggemar tempat bersejarah, bukan juga nampaknya. Tapi ada yang menarik perhatian di sini. Mengagumkan juga!!

Brunei dikenali dengan kekayaan minyaknya, sultan terkaya di dunia. Kalau tengok binaan masjid dan istananya memang emas je semuanya.


Masjid Jame Asr Hasanil Bolkiah di waktu malam cantik lebih-lebih lagi nampak kubah emas tulen yang terang-benderang tu. 24 jam buka. Penghawa dinginnya tak pernah tutup. Segala penyelenggaraan dibiayai oleh Sultan. Masjid ni kepunyaan DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Anak tangga nak naik ke dewan solat ada 29 dan tiangnya pun 29 sebab baginda merupakan Sultan ke-29



Semasa hayatnya Sultan Omar Ali Saifuddin  membina Masjid Begawan di Bandar Seri Begawan, baginda telah berpesan supaya bangunan-bangunan yang dibina berdekatan masjid baginda, diminta supaya ketinggiannya tidak melebihi menara sedia ada demi menghormati masjid.


Majid Jame' di waktu siang. Dapat bersolat sunat tahiyatul masjid di sini. Biasanya dewan solat untuk lelaki dan perempuan dipisahkan dengan tirai. Tetapi kat sini dewan solat perempuan memang terasing jauh dari dewan solat lelaki. Ada tvlah untuk tahu apa yang berlaku di dewan solat lelaki.

Kalau dah nama negara minyak mestilah kita melawat minyak kan! Ni kat Seria, Oil & Gas Discovery Center. Pusat Pembelajaran Shell Asia Pasifik Brunei. Kat sini kita dapat belajar macam mana minyak ni diproses, pembelajaran sains dan angkasa serta ilusi. Kita yang dewasa ni pun boleh belajar banyak perkara di sini. Kalau budak-budak lagi la seronok datang ke sini.

Monumen ni dibina bagi melambangkan sumber minyak yang datang dari pelbagai lokasi dan arah di Seria ni. Dalam masa 60 tahun, Brunei telah menjelajah dan menghasilkan minyak untuk mencapai sebilion tong. Sehari purata 200 ribu tong yang dihasilkan. Bayangkan satu tong berapa US$. Memang nampak pam minyak je kat sekitar ni. Di darat juga di laut.


The Royal Regalia Building.

Kat sini kita dapat tengok Alat-alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun temurun. Wah kebanyakannya memang emas je. Ada ruang pameran bagi cenderahati yang Sultan terima dari pelbagai negara. Setiap cenderahati yang diberi melambangkan negara itu sendiri misalnya kalau Vietnam, gambar sulaman. Thailand, replika gajah/gading. Malaysia, keris. Paling ingat, Sultan Selangor bagi replika Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah. Kenal, sebab dari jauh dah nampak masjid warna biru.



Kampung Ayer. Ada 30 000 penduduk di kawasan ni. Memang lengkap dengan masjid, balai polis, balai bomba dan klinik. Merasa juga naik water taxi di sini (bot) dan singgah di salah sebuah rumah di sini. Dijamu dengan sedikit kudapan dan air teh. Banyak satelit Astro di sini dan hampir kebanyakan rumahlah.




Sunday, June 27, 2010

Demam Eclipse

Happy Birthday buat Twilighters & Happy Birthday buat Edward Cullen yang ke-109. Cik Lea ni minat sesangat. So dia tempah la nak bawa untuk kawan-kawan yang sama giler ngan dia.


Jacob atau Edward anda pilih yang mana?

Salam

Wah lamanya tinggal blog. Ada juga yang follow ya walaupun lama tak update. Terima kasih. Ada yang rindu tak?? hehe terima kasih gak. PC buat hal, hard disk rosak dan semua data tak dapat diselamatkan huhu.... Paling sedih, gambar-gambar bercuti dan video belajar kuih, biskut dan segala macam kraftangan tu hilang sekali. Sedih! Sedih! Tak apalah nak buat macam mana kan. Janji memori kat dalam kepala ni still tersimpan kukuh. Alhamdulillah. Ni warm up je dulu. Dah lama tak menulis, beku sikit. Nanti sambung lagi.

Thursday, June 10, 2010

For Someone Special ???


Siapa yang bertakhta di hati sekarang ni ek? hehe..

Tak adalah... haritu sengaja buat love ni lebih so tambah saja huruf 'I' dan 'U' dari reja-reja coklat yang ada. Tapi kalau boleh saya nak bagi coklat ni kat jejaka-jejaka ni:


Edward Cullen (Twilight)


McDreamy (Grey Anatomy)


Dari dulu hingga kini Yusry KRU


AF2 paling best...suka Adam sebab dia minat KRU hehe

dan

yang terbaru ...Shahir AF8

Agak-agak diaorang terima tak? haha



Wednesday, June 9, 2010

FIFA WORLD CUP 2010

Demam Piala Dunia sudah bermula. 2 hari sahaja lagi. Saya bukanlah seorang yang arif dalam bola sepak...tak tau langsung peraturannya..offside, penalti corner ntah bila digunakan pun bukannya tau sangat. Janji tengok bola masuk gawang...gollah tu..Yeay. Main bola jaring pun tak tau undang-undangnya inikan pula bola sepak.

Dah satu dunia teruja pasal Piala Dunia ni, takkan lah kita tak ambil tau pula. Setiap kali perlawanan memang menjadi topik utama yang dibincangkan di pejabat, di rumah dan di mana-mana sahajalah. Tapi...saya lebih excited mengumpul merchandise yang unik dan cute sempena Piala Dunia sebenarnya. 4 tahun sekali, kan. Mesti special. Macam kat bawah ni...beli top-up Hotlink dapat Poster 3D dan ada juga yang berbentuk poskad 3D. Ala, macam pembaris yang boleh tukar-tukar warna tu..belah sini nampak lain, pusing kat sini nampak lain pula. Sebenarnya bukan pakai prepaid pun tapi sebab nak kumpul punya pasal..lagipun boleh jual kat orang lain top-up tu.

Kasut Crocs sempena Piala Dunia pun lawa, ada gambar bendera negara-negara yang masuk bertanding. Tapi, mahal sangat... tak mampu.

Hari Jumaat ni perlawanan antara Afrika Selatan dan Mexico pukul 10.30 malam. Mesti tengok sebab pembukaan. Perlawanan seterusnya ada yang pukul 10.30 dan 2.30 pagi. Kalau dah pagi ni jawabnya ramailah yang MC..hmm..Dan perlawanan akhir 12 Julai, pukul 2.30 pagi..kena tengok. Sebab sejarah juga ni.

Walaupun tak kenal tapi beli je..ahaks

Pusing ikut ni pula nampaklah, pemain tadi tu dari Cameroon

Ni bentuk poster pula, besar gak. Ha yang ni kenal sebab Park Ji-Sung pemain Manchester United. Sokong Korea sebab satu benua Asia..

Monday, June 7, 2010

Majalah Impiana Mei 2010


Kalau dah lepas balik kampung, angkut la semua majalah yang mak dah baca ke KL..hehe..tapi yang ni special sikit. Haritu masuk bengkel menjahit bersama Epal..so dah keluar gambarnya. Walaupun gambar sisi je boleh la tu...janji boleh simpan buat koleksi. Berkenalan dengan Editornya hari tu.. Cikli...peramah dan kelakar orangnya. Sesiapa yang ada masalah pasal hiasan-hiasan rumah ni atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan rumahlah bolehlah hubungi bila-bila masa. Team Impiana sedia menjawabnya. Kata Cikli, lah. Antara yang menarik perhatian saya dalam mana-mana majalah pun... peraduan hehe.. selain itu ruangan DIY yang memang memberi idea kepada saya. Cemburu tengok rumah orang lain dengan perabotnya yang indah-indah, kita cuci mata ajalah kat sini.

Saturday, June 5, 2010

Coklat merisik



Baru nak merisik, tapi takkan datang dengan tangan kosong je kan. So bawa coklat untuk pemanis mulut. Hehe... Mulanya Saiffi tak nak tulis-tulis seganlah pulakkan tapi saya kata nanti tak ada pula sejarahnya so ni adalah makna sikit. Jauh juga perjalanan coklat ni, dari KL transit Jitra dan ke Perlis. Semoga segalanya berjalan lancar ya.

Friday, June 4, 2010

Nasi Ulam

Kalau orang Kelantan popular dengan nasi kerabunya, orang Perak pula terkenal dengan nasi ulamnya. Malangnya apsal la tak popular macam nasi kerabu yang senang je boleh jumpa. Pagi-pagi pun ada. Gamaknya susah nak mencari ulam-ulamannya tu pasal tak popular. Kalau balik kampung barulah boleh makan itupun My Mum Nasi Ulam..hehe... Kawan-kawan yang buat blog pasal masak-memasak ni dan yang berasal dari Perak cubalah popularkan nasi ulam ni dan panggil saya buat uji rasa ya. Terima kasih.

Biasanya mak saya buat masa nak buka puasa. Tak tahu la kenapa ya..tapi feeling dia lain sikit bila makan masa berbuka tu berbanding dengan makan tengah hari. Kalau nak diikutkan betul-betulnya nak kena 44 jenis ulam..tapi payahlah tu kan, sikit pun boleh dan kebanyakannya memang kat belakang rumah je. Anytime boleh buat.

Bahan-bahannya:
  • Daun selom
  • Daun pegaga
  • Daun mengkudu
  • Daun ulam raja
  • Bunga kantan
  • Daun selasih
  • Daun kari
  • Daun legundi
  • Daun cekor
  • Daun sekentut
  • Daun jambu batu
  • Daun nilam
  • Daun pudina
  • Daun bangun-bangun
  • Daun sentang (kalau nak rasanya pahit-pahit)
  • Daun kunyit
  • Halia
  • Kerisik
  • Bawang besar potong subang
  • Serbuk lada hitam
  • Isi temu
  • Lengkuas
  • Ikan masin yang eloknya tenggiri atau merah digoreng dan ditumbuk
  • Garam sikit kalau tak nak pun tak apa
  • Nasi semangkuk yang dah disejukkan.


Ni dia ulam-ulamnya

Setelah dihiris


Gaulkan kesemuanya


Lauk sampingan yang sedap dimakan dengan nasi ulam ni Sambal Ikan Kering. Eloknya ikan merah yang dipotong kecil-kecil sebesar ibu jari dan digoreng.

Bahan untuk sambal:
  • Cili kering rebus dan ditumbuk kasar dengan lesung batu..saya selalu tanya kalau blend tak boleh ke..ayat standard mak, "Itulah seni memasak." Anaknya pemalas nak kerja senang je..hehe
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
Kesmuanya ditumbuk sekali. Tumis bahan cabai. Taruh air asam. Gula secukup rasa. Garam tak payahlah sebab dah masin.

Satu set nasi ulam berlaukkan sambal ikan kering dan ditambahkan lagi dengan keropok dan telur dadar.

Thursday, June 3, 2010

Oreo Choc

Terima kasih buat Zaf yang menempah oreo choc untuk pertunangannya. 50 keping coklat dengan tema merah jambu. Selamat bertunang buat Zaf dan Afi. AZ tu untuk singkatan nama diaorang la.
Terima kasih juga kepada Cik Lea yang telah menguruskan segala tempahan dan menghantarnya.


Wednesday, June 2, 2010

Legenda Budak Setan

Dapat tiket free...adik menang peraduan..tumpang la sekaki. So dapat tengok sehari lebih awal dari tayangan umum. Masa sekolah menengah dulu memang gila baca novel Ahadiat Akashah ni..cerita dia memang lain dari yang lain. Still lagi simpan sekarang. Yang paling meletup cerita Budak Setan, lah..Budak Setan I memang best, terus ada yang II dan III..semua ada dalam koleksi. Sekarang punya dah dikompilasikan jadi 1 buku. Lepas ni kena cari balik buku ni. Dah tak ingat macam mana ceritanya.

Suka tengok Lisa ngan Farid Kamil dalam cerita ni. Tak nak komen panjang. Korang tengok je lah cerita ni.

Selamat bertunang



Selamat bertunang buat Sazleen dan Fauzi. Satu set coklat pelbagai perisa, hazelnut, oren, ganache, kismis dan cranberries. Semoga berkekalan hingga ke jenjang pelamin ya.

Tuesday, June 1, 2010

Lollichoc

Tanda-tanda cuti sekolah nak dekat adalah, jemputan kenduri banyak, tempahan coklat pun banyak. Ada yang tempah untuk bertunang, kahwin dan merisik.
Jauh perjalanan coklat ni, dari KL ke Kedah. Terima kasih Cik Su yang sudi menempah. Sesuai dengan perkahwinan, saya buat lollichoc tema yang sweet je, bunga-bungaan, kumbang dan yang sewaktu dengannya. Harap berpuas hati. Selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat.



Selamat sore!

Bagi orang yang jarang-jarang sekali menonton sinetron seperti saya, memang masalah sikit sampai di Medan. Tak berapa nak faham. Ntah-ntah diaorang pun tak faham apa yang saya cakap. Tapi ni ayat-ayat yang biasa dipakai dan yang saya nampak dalam masa 4 hari berada di sana.

ponsel - telefon sel
gratis - percuma
kartu perdana - sim card (kalau nak beli sim card yang sana punyalah)
pria - lelaki
apotik - farmasi
isi ulang/pulsa - top up prepaid
mbak - kakak
supir - pemandu
RM - rumah makan (restoran)
RS - rumah sakit
press - seterika
bon - bil
kartu kredit - kad kredit
wang receh - wang syiling
kebun binatang - zoo
parawisata - pelancong
penitipan barang - tempat simpan barang
toko - kedai
mobil - kereta
dorong - tolak (dekat pintu ada tulis)
air jeruk - air oren
air apokat - air avocado
minimal - minimum
selamat siang - selamat tengah hari
selamat sore - selamat petang

Mekasih