Saturday, July 31, 2010

Makan-makan

Tempahan
Untuk reunion sekolah. Cubaan memasak kali ke-2. Entah kali ke berapa la agaknya layak untuk dijual.

Seperti biasa, buah tangan untuk reunion. Dulu-dulu senang bawa buah-buahan je. Sekarang ni bolehlah bertukar menu

Thursday, July 29, 2010

Zulu Alfa Romeo India November Alfa

Pagi-pagi saya selalu dengar radio KLFM. Pukul 7.45 ada segmen menarik selama 10 minit setiap hari. Kalau Isnin, motivasi. Selasa dan Khamis info ICT. Rabu, kewangan dan Jumaat, agama. Walaupun sekejap je tapi padat dan menarik. Info ICT bersama En Azli Paat memang dari dulu saya dah lama ikut dan memang banyak dah belajar daripada beliau. Hari ini beliau cerita pasal radio amatur atau radio dua-hala ni, tentang Phonetic Alphabet. Kalau sesiapa yang tahu pasal radio amatur ni memang dah tahulah kod-kod ni dan digunakan antarabangsa. Ada tuisyen di Menara KL untuk sesiapa yang mengambil periksa. Diadakan bersempena Hamfest iaitu festival bagi radio dua-hala ni. Jangan ingat senang je nak dapatkan lesen. Ada periksa tau!

A-Alfa
B-Bravo
C-Charlie
D-Delta
E-Echo
F-Foxtrot
G-Golf
H-Hotel
I- India
J-Juliet
K-Kilo
L-Lima
M-Mike
N-November
O-Oscar
P-Papa
Q-Quebec
R- Romeo
S-Sierra
T-Tango
U-Uniform
V-Victor
W-Whiskey
X-Xray
Y-Yankee
Z-Zulu

Misal kata nak cakap nombor plat BTP , dia akan cakap Bravo Tango Papa..idaklah yang mendengarnya keliru sama ada 'B' atau 'V'. Pengetahuan am juga ni.

Wednesday, July 28, 2010

Cup Cakes

Kedai bakeri sekarang bukannya jual bahan-bahan kuih je. Buku masakan pun dah banyak. Seronok tengok buku-bukunya sebab banyak yang langkah demi langkah. Gambar pun terang. Rasanya kat Lembah Klang dan kawasan sekitarnya ni saya dah pergi pelbagai kedai bakeri, Seronok pula lepak kat sini. Hobi terbaru la pulak ni. Orang pergilah shopping di butik-butik ke atau tempat barang berjenama ye tak??? Hehe. Ni beli kat City Bakers Kota Damansara. Tak sengaja lalu kat sini, teruslah singgah.

Tajuk: Cup Cakes
Penerbit: Y Three K Publisher
Penulis: Coco Kong
Bilangan halaman: 127 m/s
Harga: RM20

Sinopsis:
Contain 60 simple and delicious cupcake recipes with step-by-step guides. All ingredients are easily available locally, with ingredient shops' information. (Buku ni dalam bahasa Inggeris dan Cina tu yang sinopsis pun dalam BI)

Komen:
Tarikan pertama buku ni, kat depan tu tulis RM20 only. Murah gak tu. Kertas pun berkualiti. Buka seterusnya, wah macam-macam kek cawannya. Walaupun tak hias dengan aising tapi nampak menarik. Cara membuatnya jelas. Ada langkah demi langkah. Gambar pun terang dan berwarna. Keknya pelbagai rasa, dan bukan jenis yang biasa-biasa ni, ada Bamboo Charcoal Cupcakes, Bittergourd Cupcakes, Dried Longan Cupcakes, Fragrant Onion Cupcakes,Tuna Cupcakes dan Durian Dodol Cupcake . Kalau cupcake biasa, antara yang menarik, Cheese Chocolate Marbled Cupcakes, Bluberry Cheese Cupcakes dll. Bukan sahaja cupcake pelbagai, cawannya pun pelbagai fesyen dan warna. Idaklah putih aja. Pendek kata, walaupun belum tentu lagi buat cupcakenya, tengok buku ni aja dah best. Hahaha


ISBN: 983-44755-3-6
First Published in May 2010

Monday, July 26, 2010

Kenduri

Sekarang ni kenduri bukannya masa cuti sekolah je...pantang hari minggu ada je kat mana-mana. Sabtu lepas pergi kenduri kahwin di Putrajaya. Saudara belah mak ni memang cukup-cukup besar, dalam kenduri tu aje penuh sepupu sepapat...susah gak nak ingat yang ni anak siapa, yang ni pula adik-beradik yang mana, nasib baik kat geni ada salasilah yang besar. So boleh rujuk balik kaitan antara satu sama lain. Buat kat Dewan Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Masuk-masuk aje nampak ada jualan buku kat tingkat bawah. Adoi tak boleh tahan ni, pantang tengok pesta buku. Apalagi lepas makan, sambil tunggu pengantin datang...curi-curi pergi tengok.
Pelamin yang dihias indahNak pergi mana dulu ni?? Naik ke dewan atau tengok-tengok buku dulu. Hmmm

Pesta buku ni diadakan sempena Bulan Membaca. Ada pelbagai aktiviti kat sini.
Ada potongan harga
Tak besar sangat pamerannya, tapi cukup membuatkan saya terbelanja kat sini. Huhu

Tujuan utama pergi kenduri. Tak pasal-pasal beli buku masakan lagi. Hehe

Dah datang Putrajaya, jalan-jalan ke masjid terbaru dan solat zohor di sini. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ataupun dikenali dengan nama Masjid Besi.

Cantik pemandangan kat sini.
Masa pergi haritu nampak ada orang buat kenduri kahwin kat masjid ni. Dari luar boleh nampak kerusi dan meja yang dihias indah. Senang juga buat kenduri di sini, boleh menggalakkan orang ramai mengunjungi masjid. Betul tak??

Sunday, July 25, 2010

Laksa Kuala(e)


Indah nian bandar diraja,
Kuala Kangsar diberi nama,
Moh le kita merasa,
Kesedapan laksa kuala.

Saja nak test power berpantun..hehe. Mak, bapak ngan kakak datang ke KL baru-baru ni. Bawa buah tangan dari KK. Yeay laksa!!! Laksa Kuala ni lain sikit dari laksa tempat lain sebab laksanya bukan jenis licin tu. Walaupun kuahnya nampak cair tapi sedap. Orang Kuale katakan, mestilah bias. Banyak jenama laksa kat sini, tapi pilihan utama mestilah Laksa Pak Ngah. Setiap kali Hari Raya mesti order. Walaupun ada yang kata Laksa Pak Ngah tak sesedap dulu..pedulik hehe, udah berpuluh tahun makan..gamaknya kesedapan tu dicampur dengan memori sekali..tu yang rasa best je tu pergh!! Tambah telur rebus sebijik lagi best.


Thursday, July 22, 2010

Nasi Katok

Ni last cerita di Brunei. Tour guide kami cakap, kalau kat Malaysia, popular dengan Nasi Lemak. Kat Brunei pun ada, paling murah dan mengenyangkan. Dalam kepala dok ingat ambuyat (mengikut pengetahuan am saya). Lepas tu dia cakap "Nasi Katok". Haha ... dah gelak dok fikir yang lain. Rupa-rupanya dari perkataan "ketuk". Ada sejarahnya nasi ni tapi idak la menanyanya masa tu. Tapi cari dalam Google kisahnya; Ada sepasang remaja ni baru balik dari latihan yang berlanjutan sehingga ke tengah malam. Diaorang ni pun pergilah tempat yang biasa diaorang beli makanan. Sebenarnya ni kawasan kediaman yang memang ada sediakan nasi bungkus (nasi lauk ayam dan telur) walaupun hingga ke tengah malam. Jadi diaorang pun ketuklah pintu nak beli nasi. "Tuk Tuk Tuk!" Dari situlah dapat namanya Nasi Katok.

Masa pergi Pasar Malam, nampak je terus beli. Memang murah BND 1.00 sahaja. Lebih kurang RM2.40. Ada nasi putih, ayam goreng dan sambal. Sambalnya pula ada 3 peringkat, pedas, sederhana, tak berapa pedas. Walaupun tak berapa kuat makan pedas, beli yang pedas sekali. Fuh berasap dan sedap sambalnya. Sambalnya pula bermacam jenis, yang ni sambal pusu-ikan bilis besar. Ikan bilis kecil kalau tak silap namanya lain.

Sedap ... nala
Ni kedainya, tengah pilih nak sambal apa. Banyak pilihan!

Jumpa 2 kedai Nasi Katok kat pasar malam. Lepas je tour guide kami cakap nasi ni popular, memang sepanjang jalan ada je nampak. Kalau kat food court mahal sikit BND2.00. Standardlah, kat pasar raya mesti mahal sikit.

Wednesday, July 21, 2010

Kebab Roll Special

Semalam Pasar Malam. Biasanya kalau kebab pasar malam guna roti pita yang setengah atau roti hot dog tu. Tapi bila tengok yang ni, lain macam sikit. Special sebab taruh cheese. Memang suka cheese pun. So pilih yang ni. RM3.50. Beli 3 dapat RM 10. Siapa pula nak makan kalau beli bebanyak nanti. Beli 1 cukuplah untuk rasa. Lepas taruh daging/ayam dalam kulit ni..tambah sos, mayonis, cheese...gulungkan... lepas tu bakar sekejap. Nampak menyelerakan.
Tak sabar ni nak makan

Rupa-rupanya ... sama je rasa ngan kebab roti pita tu. Argh... Tipah Tertipu dengan bentuknya yang lain dan tambahan cheese tu. Hahaha

Sunday, July 18, 2010

FAUX CAKE

Wah macam-macam kraftangan yang ada sekarang ni. Haritu baca dalam Kosmo nampak artikel Faux Cake ni oleh Ayu Cozy Cottage. Yang buat saya tertarik nak belajar bila nampak gambar coklat. Excited gak nak masuk kelas ni. Selain coklat boleh buat aiskrim dan kek. Kek ni tak boleh makan, untuk hiasan je sebab diperbuat daripada plaster siling.

Kek ni bolehlah letak di dapur atau atas meja makan. Tak perlu risau kalau semut datang, memang tahan lama. Seronok gak dapat pengetahuan baru ni. Sesiapa yang ada pengetahuan menghias-hias kek ni memang boleh siap dengan cepat. Walaupun saya pergi pelbagai kelas, bab memegang piping bag mesti fail. Huhu. Nasib baik K.Ayu sabar mengajarnya. Siap praktis kat tepi dulu sebelum letak kat atas kek. Nampaknya kena cari masa untuk praktis dan praktis supaya mahir buat kek betul dan kek tipu especially bab hiasan... hehehe.

Yang ni K.Ayu punya kek. Siap ada coklat mengalir tu...



Gambar di sebalik tabir sebelum dihias. Mula-mula memang banyak tangkap. Kemudiannya lupa terus nak snap. Buzy menghias.

Dah siap dengan tema pink dan purple. Simple je supaya nampak real.


Jangan ada yang tertipu dengan coklat ni. Silap-silap boleh patah gigi dibuatnya.

Saturday, July 17, 2010

Teater Muzikal Uda dan Dara

Dah lama tak tengok teater. Rasanya lepas Natrah haritu dah tak tengok apa-apa dah. Uda dan Dara karya agung Allahyarham Dato Usman Awang. Kalau orang putih ada Romeo dan Juliet, kita ada Uda dan Dara. Biasalah cinta terhalang disebabkan wang, darjat dan kuasa. Tema sebegini memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas sebab zaman sekarang pun ada. Kalau ikut review kat surat khabar dan tanya kawan yang dah tengok teater ni, diaorang kata sedih. Saya tengok semalam, oklah taklah sedih sangat...alamak macam tak berperasaan lak rasanya. Huhu. Gandingan Razali Hussain (Uda) dan Misha (Dara) serasi. Suka pulak tengok Razali dalam ni, especially masa bersilat ngan nyanyi tu...walaupun kadangkala macam control macho je. Watak kawan Si Uda, Malim lagi terasa dari dia.

Siapa-siapa nak tengok sempat lagi, sampai 20hb Julai ni. Boleh beli tiket kat sini ataupun beli kat kaunter Istana Budaya..Sabtu dan Ahad pun buka (kalau ada tayangan sahaja)

Walaupun beli tiket yang murah sekali, dapat gak duk depan hehehe. Nak kata orang tak ramai, penuh gak sampai tingkat 3 tu. Dah orang bagi duduk depan lagi best!!. Selang 5-6 baris dari pentas tu sampai boleh nampak la pelakon-pelakonnya make-up tebal.

Thursday, July 15, 2010

Happy Birthday to My BFF


Selamat hari lahir buat Mek Zie yang ke 20 ++ hari ni, 15 Julai. Kawan serumah dulu. Walaupun masing-masing duduk jauh tapi still bertukar-tukar hadiah lagi. Lagipun FB asyik bagi peringatan je kan, Zie birthday, Zie birthday (jangan marah ek). Semoga dimurahkan rezeki dan plan nak jalan-jalan sekali jadi. Dari setahun ke setahun asyik tak jadi je. Main kutu pun tak cukup lagi duit ni..camne hehe.

Wednesday, July 14, 2010

Pais Daging

Pasar malam, tempat yang best nak cari makanan yang lain sikit. Masa kat Brunei pun sama. Berkesempatan pergi pasar malam sana sebab dekat dengan hotel. Mencuba Pais Daging ni. Pais Ikan pernahlah makan, daging tak pernah. Beli sahajalah walaupun tak tahu dalam dia macam mana rupanya sebab dah dibalut dengan daun. Sedap tak sedap belakang kira. Menggunakan daging tetel yang dicampurkan dengan rempah segala macam. Biasanya orang makan dengan nasi ke??? Haritu ratah macam tu je. Sedap!


Sebelum dimakan. Ni dia rupanya.

Sedia untuk dingap!!


Ni gerainya. Beraneka jenis pais. Pais Daging BND2.00


Tour guide kami cakap. Orang sana suka makan tongkeng ayam. Sama je kan macam pasar malam kat sini.


Saya memang pantang nampak kerepek-kerepek ni. Beli Peyek dan malam tu gak dah licin.

Monday, July 12, 2010

Mari Mengeja Di Brunei

Semasa di Brunei, apa yang menarik perhatian dan lain dari yang lain, semua papan tandanya dimulakan dengan tulisan jawi, so kami pun tanyalah tour guide kami, Mr Kong. Dia kata, undang-undang Brunei wajib ditulis dengan tulisan jawi, kemudian barulah tulis bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Memang di sekolah pun diajar bahasa jawi. Dia sendiri tau alif ba ta dan boleh mengeja. Cuma tak berapa mahir katanya. Malu pula kalau kita yang Muslim ni tak reti mengeja, kan! Jom eja!











Saturday, July 10, 2010

The Twilight Saga's Movie Marathon

Date: 9 July 2010
Venue: Cathay Cineplex e@Curve
Movie Start: 9pm till late
Seat: Free Seating

Tak habis lagi pasal Twilight ni...mesti ada yang dah menyampah kan..hehe..apa nak buat tengah hangat ni. Terima jelah... Adik dapat tiket dari 8tv quickie untuk join movie marathon ni. So tumpang sekaki.

Tengok 3 movie sekali bermula dengan Twilight diikuti New Moon dan terbaru Eclipse. Tema pakaian, pijama dan santai. Gila tak tengok wayang pakai gini??..tapi inilah masanya kan nak cuba. Sambil tu bawa bantal dan selimut sekali.


Sebelum masuk dah ramai yang beratur. Ada wartawan, jurugambar sibuk mencari something yang menarik perhatian
Tengok tu, orang pakai pijama, tapi ada gak yang tak mengikut tema...pakai seluar jean dan dress. Saya selesa dengan track suit, baju sejuk dan selipar sahaja.

Selipar tidur
Seronok tengok keadaan sekeliling, kerenah orang bawa aksesori masing-masing. Haha

"Prizes will be awarded to the best dressed pyjamas." Pemenangnya, lelaki yang berbaju biru. Dapat sorakan dan tepukan yang kuat dari orang ramai memandangkan dia seorang je lelaki yang pakai full dressed pyjama. Siap bawa bantal tu.

Memang ramai yang gila dengan Twilight ni. Ada yang nak periksa esoknya pun sanggup datang walaupun dah tengok cerita ni. Sambil tunggu cerita nak start sempat lagi baca nota. Ada yang mengandung pun larat nak pergi, ada ibu bapa yang bawa anak-anak sekali (sportingnya mak bapaknya bagi tengok wayang sampai lewat pagi) dan ada yang pakai pijama dengan gambar Edward Cullen dan ada yang bawa sarung bantal Edward Cullen. Memang peminat setia.

Patutnya start tayangan pukul 9, memandangkan free seating ramai yang cup tempat sedangkan orangnya tak sampai lagi jadi terpaksalah penganjurnya turun padang supaya ramai yang boleh masuk lagi. Sudahnya pukul 10.30 baru start. Selepas satu filem, rehat 15 minit sebelum start cerita kedua. Masa ni ramailah yang ambil kesempatan pergi ke tandas dan membetulkan urat-urat pinggang dan kaki. Sambil tu ada acara cabutan bertuah yang turut diadakan. Malangnya nombor saya tak bertuah. Huhu

Tak pernah dibuatnya makan popcorn pukul 3 pagi. Punyalah excited..sudahnya terlelap gak1o minit masa tayangan Eclipse, nasib baik hari tu dah tengok. Kalau tak, tak pasal-pasal tengok kali yang ketiga pulak.

Start lambat, habis pun lambat. Pukul 5 pagi baru balik...wah!..Tapi takpe aktiviti famili. Lagipun Sabtu cuti.


Wednesday, July 7, 2010

The Twilight Saga: Eclipse

The sexiest vampire and werewolf are back. Kita lihat apa pula ceritanya kisah cinta antara Edward, Bella dan Jacob. Kalau kat US tu hujung bulan Jun dah tayang, kat Singapore awal Julai dah tayang..kat Malaysia lewat, tayangan umumnya 8hb Jun..tapi dengan Twilighters dapat tengok sehari awal sikit. Charity Screening di Pavilion.



Twilight Mania


Tempahan-tempahan coklat, dan nampaknya Edward yang menang