Saturday, October 30, 2010

Warga Chandan memang best!

Terima kasih Cikgu Nafisah

Terima kasih Kak Yong

Terima kasih Encik Razali

Terima kasih Pak Cik Helmi

Terima kasih Cikgu Japlus




Friday, October 29, 2010

Coklat ke Pangkor

Terima kasih Yong yang menempah. Coklat ni tahan lasak, tak cair, kecuali kena bahang panas dalam kereta, sensitif sikit. Punya la bagi amaran jangan biar lama-lama dalam kereta rupanya lain pulak masalahnya. Tunggang terbalik rupanya bila sampai Pangkor. Takpe nanti kalau tempah lagi, orang letak ciri-ciri keselamatan kat coklat tu.

Tuesday, October 26, 2010

Tahniah KRU

Festival Filem Malaysia yang baru berlangsung nampaknya KRU menang banyak kategori gak melalui filem Magika. Berbangga dengan diaorang sebab dari mula masuk bidang seni sampai sekarang ni berwawasan. Bagus! Sejak sekolah lagi minat KRU, beli kaset, jadi ahli kelab dan video tape (dulu-dulu mana ada vcd. Sekarang ni video tapenya ada lagi ... perakam videonya pula dah takde). Taklah minat gile sampai mengejar-ngejar KRU kalau jumpa...tapi kenangan pergi beraya kat rumah KRU kat Keramat masih tersimpan ... hehe... Auntie Zarina pun sporting je. Tapi lepas tu diaorang buat rumah terbuka kat opis Jelatek je. Sampai sekarang still sokong KRU dan harap terus maju. Kalau artis perempuan, sokong Amy Mastura gak ... KRU ngan Amy jangan buat malu orang Perak!!


Majalah Awas. Tak ingat tahun berapa,tak tulis pula dalam ni rasanya awal 90-an. Terbitan Kharisma Publications Sdn. Bhd. Dalam majalah ni ada tulis rancangan masa depan diaorang:

Berlakon Dalam Filem Muzikal: Kita orang nak berlakon dalam sebuah filem tempatan yang bercorak muzikal. Tiga-tiga jadi hero. Dalam filem tu peminat akan dihiburkan dengan lagu-lagu baru dari KRU khas untuk filem tersebut. Kemudian kita orang nak buat album sound-track untuk lagu-lagu dari filem tu siap dengan video clipnya sekali. Mesti best kan.

Mengambil Artis Di Bawah KRU Production: Kita orang nak ambil artis baru dan bimbing di bawah syarikat KRU Production. Kita orang nak terbitkan sekurang-kurangnya 4 buah album setahun ... yang berkualiti, yang best, yang terbaik dan sudah tentu yang terlaku.

Ke Arena Muzik Antarabangsa: Kitaorang nak rakam sebuah album Inggeris untuk dipasarkan sampai ke luar negara. Mudah-mudahan berjaya. You all doakan le yek!

Nampaknya dari awal lagi memang diaorang dah ada perancangan dan sampai sekarang nampak kejayaannya. Motivasi gak ni. All the best!!

Saturday, October 23, 2010

Coklat Baru


Susah juga nak mewarnakan 1 Malaysia ni. Tak dapat warna biru macam Jalur Gemilang tu ... warna biru campur apa boleh dapat warna bendera tu ek? Mengenang kembali kelas Lukisan. Warna asas ada 3 warna. Pastu campur warna-warna tu dapat warna baru. Sampai situ je ingat ... haha. Lupa la weh! Nasib baik bunga raya tu senang sikit nak warnakannya.

Friday, October 22, 2010

BELAJAR MEMASAK 2 LANGKAH DEMI LANGKAH

Buku ni baru beli. Kalau Karangkraf punya buku memang tak payah tengok dalam dah ... mesti best punya. Lagipun buku Belajar Memasak yang pertama dah beli sebelum ni so dah tau mesti resepi dia best-best.



Tajuk: Belajar Memasak 2 Langkah Demi Langkah
Penerbit: Grup Buku Karangkraf, Shah Alam
Penulis: Norzailina Nordin
Bilangan halaman: 218 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1-2010
Harga: RM 21

Sinopsis:
Novelis dan penulis buku masakan terkenal, Norzailina Nordin sedia berkongsi 50 resepi masakan yang menjadi kegemaran ramai. Buku ini bukan saja memuatkan gabungan resepi masakan pelbagai kaum di Malaysia tetapi juga dari seluruh dunia. Kandungannya sungguh menarik kerana setiap masakan dipaparkan dengan langkah yang mudah bersertakan keterangan dan gambar-gambar yang jelas. Setiap pemilihan resepi dibuat dengan teliti dan rapi serta mampu memenuhi selera sesiapa sahaja. Selain itu, petua dan panduan turut diberi bagi memastikan keenakan setiap masakan.

Komen:
Seperti biasa, saya memang suka buku yang langkah demi langkah. Memang jelas gambarnya untuk orang yang baru belajar memasak. Terbahagi kepada 5 jenis hidangan, sarapan, makan tengah hari, minum petang, pencuci mulut dan asas. Setiap bahagian tu pulak ada soalan-soalan yang kerap ditanya.

Antara yang menarik untuk dicuba, Pretzel, Ayam Pandan (susah juga nampaknya nak membalut pandan), Lasagne, Strudel Epal dan Mashmallow. Memang sesuai sungguh untuk orang yang rajin memasak dan suka mencuba resepi. Tapi untuk kawan saya Cik Noorma Gebu tu, rasanya dah pandai masak semua ni. Pejam matapun boleh.

Norzailina Nordin
Belajar Memasak 2: langkah demi langkah. / Norzailina Nordin
ISBN: 978-983-124-556-9
1.Cookery, Malaysian. 2.Recipes-Malaysia. I.Judul.
641.59595

Thursday, October 21, 2010

Coklat 35 dan 9 kaviti

Pong pang pong pang promote kat kawan pasal coklat, tak jalan pun. Bapakku pandai marketing rupanya, ni dah dapat satu pelanggan, esok ada seorang lagi, next week seorang lagi. Semuanya kawan semasjid. Wah tercabar ni...padahal anaknya dari kelas perdagangan. Camne??

Thanks Pak Engku yang menempah.

Wednesday, October 20, 2010

Maher Zain Siri Akhir

Penulis jemputan: Cik Lea
Diedit oleh: Zarina

Kenapa Maher Zain diminati? Ni pandangan peribadi je la:
  1. Lirik-liriknya berunsur kata nasihat dan mengingatkan kita pada Allah. Tambahan lagi lirik dia dalam English. Kalau dia nyanyi dalam bahasa Sweden or Arabic tak faham kita.
  2. Lagu-albumnya bukan pure nasyid tapi more to rentak r n b.
  3. Personaliti - dia mengaku dia pernah tersasar, menyebabkan kita juga rasa terpikir sama ada:
    a)Bahawa orang yang pernah melakukan kesalahan pun boleh start over b)Alhamdullillah setakat ni kita sentiasa dilindungi Allah dari dugaan macam tu.
Disebabkan sekarang ialah kempen Mz untuk mendapatkan sejuta fan, oleh itu apa kata type Maher Zain dan "like" di facebook.

Maher Zain, we"ll be supporting all of your songs, see you again brother!


Tuesday, October 19, 2010

Maher Zain Siri 3

Penulis jemputan: Cik Lea
Diedit Oleh: Zarina

Malam showcase 15/10/2010

Tiket menunjukkan konsert bermula pukul 8 mlm. Sementara menunggu, lagu2 nasyid dipasang mengisi masa lapang. Jam 9.30 konsert dimulakan dengan opening act – Inteam dan Aishah menyanyikan lagu masing-masing. Pengacara konsert ialah Wardina dan Farah Adeba. Terdapat penerangan ringkas mengenai Raudhatus Sakinah (yang organize this event) ianya adalah Pusat Perlindungan gadis2 yang ada masalah sosial. Maka tujuan showcase ini juga untuk menderma kepada pusat ini.

Jam 10 malam, Maher Zain terus keluar mengalunkan lagu Allahi Allah Kiya Karo. Maher Zain memberitahu dia akan menyanyikan lapan lagu malam itu. Dia juga meminta kami bertepuk tangan, menyanyi bersama2 dan memberitahu parents “let your kids have fun”. Banyak yang malu2 memula sebab tak tau reaksi yang sesuai…?? Tp bila Maher Zain kata, “This is my last day in Malaysia, come sing along with me, do you want me to come back here?” barulah semua sporting. Bagus juga, bila satu dewan berselawat utk Rasulullah SAW dlm lagu Ya Nabi Salam Alayka bertakbir Allahhu Akbar dalam Always be there.

Lagu2 lagu lain yang dinyanyikan adalah:

-For the rest of my life -yang ditujukan pada isteri dia-(yups he;s taken) dan minta para suami lain juga menyanyikan untuk isteri masing2. Isteri ok!!

------Baraka Allahu Lakuma – pendapat saya lagu ni dan For the rest of my life amat sesuai untuk background kenduri kahwin.

------Open Your Eyes- lirik yang dicipta sewaktu Mz memandu dan meyedarkan dia utk pilih lagu berkonsep begini. Alhamdulillah bak kata Farah Adeba, kalu MZ tak buat lagu mcm ni dia maybe duet ngan Lady Gaga dan kita tak dapat jumpa dia punya di Malaysia.

------Hold Your Hand dan diakhiri dengan Insha Allah. Mz menjemput kanak2 lelaki dan perempuan menyanyi bersama. Ketiga2 pandai menyanyikan lagu ini sampai Mz ckp “Masya Allah” bagus gak kecik2 dah pandai English.


Pada penghujung konsert presiden Maher Zain Malaysia Fan Club –Fairuz sempat menghadiahkan buku catatan peminat untuk Mz. Mz juga berkata dia akan datang kembali untuk konsert dengan Insha Allah versi BM,malahan sempat mengatakan "Saya sayang Malaysia". Sepanjang Mz di Malaysia dia/maybe PA dia sering mengupdate status Facebook malahan update terakhir ialah: "Jumuah Mubarak everyone I prayed at the Masjid Shah Alam. Masha Allah beautiful. On friday."

Tapi jangan lupa, memetik kata2 Wardina dan Adeba, bila balik bukan ingat Mz tau, ingat Allah bila konsert ni berakhir.

Monday, October 18, 2010

Iklan Jap ... Selera Coklat



3 kotak ditempah oleh Pak Salim lagi. Memang anak-beranak suka makan coklat. Almond Cluster memang 'hot' sejak pertama kali dijual, badam dan cranberry ... sedap, ramai yang suka. Kali ni Pak Salim minta Almond Cluster tu lebih sikit dari yang lain. Coklat lain perisa oren, mint dan mocha. Hazelnut dan kismis pun ada. Campur-campur semuanya. Thank you, Sir.

Maher Zain Siri 2

Penulis jemputan: Cik Lea
Diedit Oleh: Zarina


Suasana “Maher Zain” fan meeting The Curve( 9/10)

Pelbagai manusia -muda, tua,lelaki, perempuan, Indonesian malah yang pakai topi barrret (betui ke ejaan) telah beratur dari RockCorner untuk mendapatkan tandatangan Maher Zain. Semua teruja ... tapi yang tak syok, dah sampai dekat turn kita asyik dengar "5 minutes more" suspen gak maknanya Maher Zain dah nak balik…huhu

Disebabkan Rock Corner tu dekat esklator ramailah manusia yang naik turun esklator semata2 nak tangkap gmbr dia.

Akhirnya turn suda sampai:

Fan Mz : Assalamualaikum

Mz : Walaikumusalam, How are u ?

Fan Mz : Fine thank you…haha itujerla. (coz kesian orang lain yang sama nak tandatangan dia tu) tp sempat gakla bg souvenir (KLCC punya keychain) bg dia ingat Malaysia. Harap2 dia bawak balik.

Sunday, October 17, 2010

Maher Zain Siri 1


Sejak dah tau tengok butang Stats dekat dashboard ni barulah tau kegunaannya...malunya..dah lama dalam blog tapi tak tau apa pun...rupanya-rupanya post Maher Zain di MHI yang sebelum ni ramai yang tengok. Ramai peminat kat Malaysia rupanya. So untuk entri Maher Zain ni saya jemput penulis undangan..hehe..

Penulis: Cik Lea
Diedit oleh: Zarina

Panahan Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side
Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,

Ini adalah lagu yang membuat Maher Zain dikenali di Malaysia. Lirik Insha Allah juga sangat bermakna. Siapakah Maher Zain sebenarnya? (p/s dia takder kena mengena dengan Anuar/Ziana ye)

Maher Zain adalah lelaki berbangsa Lebanon yang menetap di Sweden. Dia pernah tersilap arah, pernah mencuba nasib di New York untuk muzik pop. Tapi dia merasa kosong dan kembali ke Sweden membuat lagu2 bercirikan Islamik.


Friday, October 15, 2010

Malaysia Cocoa and Chocolate Day 2010



Antara gerai yang ada..tapi tak banyak pun..sekejap je dah abis pusing. Lagi lama mencari parking kat Mid Valley tu. Sesak ya amat. Nak balik pulak sesat mencari kereta...lupa masuk pintu mana. Waduh waduh tak pernah sesat boleh sesat pulak hari ni...lapar dan penat. So tak ambil perhatian masuk pintu mana.

Esok baru dirasmikan. Mungkin esok lebih meriah.

Cantik baju-T dari Lembaga Koko ni. "Don't Say Brown, Say Chocolate"

Gerai ni menarik.

Tengok tu..biji koko besar..dan mengalir coklatnya. Kat sini best dapat makan percuma, wafer celup ngan coklat...sedapnya

Macam-macam informasi kat sini. Boleh tahu lebih dekat segala-gala tentang koko atau Lembaga Koko


Koko


Antara risalah-risalah dan iklan-iklan yang diambil untuk rujukan.

Beli magnet.

Beli coklat ni gak. Orkid dan donut. Menarik.


Aktiviti untuk esok, antara yang dijadualkan:

10 am-8 pm Exhibition & Promotion of Cocoa Products
10 am-1 pm Advertisement & Music
1 pm -2 pm Creative Cocoa Demo
2 pm -2.30 pm Advertisement & Music
2.30 pm-3.30pm Cocoa's Tarik's Competition
3.30 pm-4.00pm Advertisement & Music
3.30 pm-4.30pm Cocoa's Drinking Competition
4.30 pm-5.00pm Advertisement & Music
5.00 pm-6.00pm Chocolate Eating Competition
Related Posts with Thumbnails