Friday, January 28, 2011

Tazkirah Hari Jumaat

Sejak kerja sendiri, rutin harian hari Jumaat pergi mengaji di masjid. Ustaz jemputan dari seluruh negeri Perak. Saja nak share apa yang dipelajari hari ini. Ustaz tanya nama 25 Rasul yang wajib diketahui. Alamak lupalah pulak, malu ni kalau anak saudara yang sekolah rendah tanya. Recall balik, tapi susunannya mungkin tak berapa betul:

  1. Adam
  2. Idris
  3. Nuh
  4. Hud
  5. Salleh
  6. Ibrahim
  7. Ismail
  8. Ishak
  9. Sulaiman
  10. Daud
  11. Ayub
  12. Lut
  13. Yaqub
  14. Yusuf
  15. Syuaib
  16. Musa
  17. Harun
  18. Yunus
  19. Zakaria
  20. Yahya
  21. Zulkifli
  22. Alias
  23. Illiasak
  24. Isa
  25. Muhammad

Macam mana boleh tak ingat padahal kebanyakannya nama saudara-mara, adik-beradik, tuk dan moyang. Mengakui kekhilafan sendiri. (Bagusnya ayat)

Membetulkan yang benar dan membenarkan yang betul. Faham?

Sekarang ni kita banyak terpengaruh dengan adat dari mengamalkan Islam itu sendiri. Misalnya bila kematian, malam tu mesti orang sibuk nak buat kendurinya. Belum lagi kenduri 40 hari, 100 hari, turun batu dan macam-macam lagi. Banyak benor makannya.

“Kalau tanam buah lambat makannya. Kalau tanam orang terus dapat makan!” Secara sinisnyalah ustaz tu memetik kata orang lain. Mengikut hadis nabi, sepatutnya kita yang menyediakan makanan kepada orang yang sedang berdukacita.

Ustaz ni memang pior bahasa Peraknya kadang-kadang kelakor bunyinya jadi takdelah mengantuk. (Pior Perak sama makna dengan Pure English –kan dah cakap orang Perak pandai bahasa omputih hehe) antara kata gandaan Perak yang dipelajari:

Gulin pering – jatuh tergolek

Sesat barat- sesat teramat sangat

Meraban teben-merepek

p/s: ada satu lagi... buat nohin- buat tak tahu je...gamaknya dari bahasa Inggeris gak..no hint ..hehe

No comments:

Related Posts with Thumbnails