Sunday, January 2, 2011

Top 10 Indahnya Zaman Persekolahan



1. Masa Darjah 1 tak bermasalah sebab dah masuk tadika so biasa je (Baik budaknya!!)

2. Dulu-dulu pakai skirt, Darjah 6 baru pakai baju kurung. Tak tahulah apa pesennya budak-budak ni kalau nak menyakat mesti menyelak skirt (Nasib baik semua perempuan)

3. Sebelum masuk kelas, baris ikut ketinggian. Letak tangan atas bahu untuk ukur jarak. Memandangkan kemetot memang sentiasa duduk di depan (Mujur sekarang tinggi sikit)

4. Ada satu ketika kasut sekolah ada lampu belakangnya bila melangkah. Menggedik nak juga maklumlah pengaruh iklan.

5. Kasut sekolah malas cuci. Dah kehitaman baru tempek dengan kapur. Mulalah berbelak warnanya. Time rajin sikit basuhle kasut tapi hari Ahad. Tak kering mulalah jemur belakang peti ais. Berebut pulak dengan adik-beradik yang lain.

6. Sabtu, Ahad biasanya cuti sakan. Kerja rumah tak siap. Esok pagi datang awal terus copy jawapan kawan. Kalau tak sempat jugak cakap kat cikgu tertinggal buku kat rumah (Jawapan yang sedikit selamat!)

7. Gosok gigi ramai-ramai tepi longkang sambil doktor kat depan tunjuk model gigi cara gosok gigi yang betul (Masa tu rasa cam nak buat main je model gigi tu)

8. Praktikal wuduk dan solat berjemaah. Ustazahnya garang betul, dengan pembaris panjang diketuknya kalau salah rukuk atau sujud. (Sentiasa berdebar-debar bila ustazah ni mengajar)

9. Dapat susu free 6 kotak. Masa tu takdelah pula keracunan macam sekarang ni. Kenapa ek? Lepas tu ada je lori Milo atau Nescafe ais yang singgah bagi free. Berebut-rebut ambil. Best giler minum ais time panas mentari.

10. Time rehat suka beli kacang putih. Uncle tu ambil kertas dari buku telefon yang tebal-tebal tu dan jadikan kelongsong. Ada dua kupang dan tiga kupang. (Mesti uncle tu pandai buat piping beg guna tracing paper sebab kelongsong kacang tu gitulah rupanya)

Tersenyum melayan gambar-gambar lama.

6 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Comelnya uda dengan abangCik ;)

Sampai la ni Uda tak boleh tinggal dengan kacang putihnya ;)

theblabber. said...

darjah satu saya tak suka p sekolah. menangis2, siap main "kejar2" lagi dgn cikgu pasal takmao masuk kelas.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam zarina, tue gambo ko ke? comel nyer..adooo BSB pening lalat nie pasal qaiser menangis tak nak p sek.

zarina said...

BSB:hehe haah..kena la maknya ambil cuti lama nampaknya.

theblabber: sian cikgu tu..hehe

yong: tu pasallah...penangan dari sekolah lagi sampai sekarang uncle tu kenal ina..dia la yang cakap entah ya entah idak :)

IdaShazana said...

time nurse gigi dtg, musti kecut perut

zarina said...

aku fobia lagi p klinik kerajaan sebab kena marah ngan doktor..huhu

Related Posts with Thumbnails