Tuesday, January 4, 2011

Train Your Brain

Sejak dah tinggalkan alam sekolah/IPT ni benda-benda yang belajar makin lupa ... belajar sejarah, tapi bila nak ingat balik pasal penjajahan teragak-agak juga nak ingatkan bab tahun-tahun yang penting tu. Bab kira-kira pun agak lembap, tak ada dah congak-congak ni, pakai kalkulator kat telefon je. Cermin mata pun asyik lupa je letak di mana. Banyak berfikir atau makin tua..huhuhu. Jadi kenalah melatih minda ni bagi lebih cerdas.


Tajuk: Train Your Brain

Pengarang: Prof. Ryuta Kawashima MD

Penerbit: Penguin Books

Bil halaman: 172 m/s Thn Terbit: First Published by Kumon 2005, Published by Penguin 2007

Harga: RM 56.50

Sinopsis: Do you ever find the simplest words or the most obvious names suddenly escape your mind for no apparent reason? Do you ever walk into a room and forget why you came in, or realize you don’t know where you left your house keys just ten minutes ago? Is your memory getting steadily worse? Train Your Brain can turn back the clock ...

Komen: Sebenarnya tahun lepas dah buat sampai hari yang ke-15 tapi dah terbantut sekejap 3 minggu sebab tak buat. Azam tahun baru ni nak habiskan 60 hari. So mula dari awal balik. Senang je kiraannya campur, tolak dan darab tapi yang senang tu lah yang boleh mengelirukan, 7 + 5 kadang terperasan 7 x 5. Darab 9 pun biasanya salah je. Kali-kali 9 tak berapa hafal sangat dulu-dulu. 9x8 selalu confuse 63. Kadang-kadang kaki dan tangan ikut masuk campur. Di bahagian akhirnya ada graf untuk lihat perkembangan kita. Setiap hari hanya 5 minit je yang diperlukan dan memang ulang benda yang sama je.

Komen panjang-panjang macam beli sendiri buku ni...hehe.. buku ni bapak punya, kakak yang belikan...saja tumpang sekaki.


No comments:

Related Posts with Thumbnails