Thursday, February 3, 2011

Dim Sum

Sempena Tahun Baru Cina.

Pernah cuba makan dim sum? Masa di Hong Kong 2009, bersarapan makanan halal di Islamic Centre Canteen. Dim Sum ni memang portion dia kecil-kecil je. Tu yang tak kenyang kalau ambil satu mangkuk je. Wah tak sangka sedap dumpling (adunan tepung yang direbus atau dikukus dengan daging dan sayur-sayuran) ni. Siap ada sambal lagi untuk cicah. Banyak pilihan sampai tak tahu yang mana satu nak pilih tapi memang semuanya sedap sampai kitaorang tapao lagi untuk makan tengah hari. Kat Malaysia sesekali beli juga dim sum yang sejuk beku punya tapi kukus sendirilah.

Dalam ada udang dengan sayur-sayuran. Kiut sangat. Gagahkan juga makan dengan chopstick walaupun jatuh je. Kenalah menghayati, kan???

Makan dengan chinese tea, barulah kena. Yum cha!

Taman dalam bandar. Nan Lian Garden. Terpesona tengok bunga teratai.

Yeay dapat jumpa pujaan hati dolu-dolu..Leon Lai walaupun hanya tapak tangan saja..huhu.
Avenue of Stars

1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam zarina, dulu2 kat ss14 pj, ada kedai dim sum halal dam murah. Itu ler fist & last makan. skg dah tutup.

Related Posts with Thumbnails