Wednesday, April 6, 2011

e-baca


Majalah ni mak beli untuk cucunya. Walaupun depannya tulis untuk 7-12 tahun tapi layan juga baca majalah budak-budak ni. Banyak juga benda yang kita tak ketahui dan dah lupa dapat kita ingatkan balik.

Dalam ni ada artikel 'Ketahui 8 jenis makanaan untuk jadi pintar'. Halia rupa-rupanya tersenarai sebagai makanan yang sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi. Selama ni hanya tau halia untuk buang angin je, kismis untuk kuatkan ingatan. Tapi masalah ni kalau kena makan mentah macam ulam, kalau dalam lauk tu bolehlah juga. Lagipun sambal tumis memang favourite so boleh jugalah dapat sipi-sipi halia ni punya kebaikan hehehe.

Keluaran kali ni ada sisipan khas untuk pelajar UPSR . Harganya pun tak mahal sangat RM2.50. Dalam ni ada short story yang menarik juga 'King grisly-beard'...kata short story tapi dah bersambung pulak...kenalah berebut ngan anak saudara untuk next month punya.

1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, lepas nie kena beli byk halia ler nampak nyer

Related Posts with Thumbnails