Tuesday, April 5, 2011

Gulai Tulang Ikan Kering dan Terung

Saya sebenarnya tak suka makan terung. Ntah macam mana, ni saja nak try. Sedap pulak rupanya. Mungkin sebab ada ikan kering tu dia ada rasa masin-masin sikit. Tu lah, tak cuba tak tau. Rugi dah beberapa tahun ni sebab tak pernah nak cuba rasa. Hahaha.

Tulang ikan kering (ikan merah) bakar sekejap. Masuk semua bahan dalam periuk, kari ikan, terung bulat, tulang ikan kering, santan, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Alah macam masak kari biasa tu tapi jangan ditumis sebab ni pakai tumis darat. Taruh asam keping dan masak hingga terung empuk. Ketepikan.

Untuk tumis darat, bawang putih, bawang merah yang dihiris, halba campur dan daun kari ditumis. Bila dah naik bau masukkan dalam periuk tadi dengan minyak-minyaknya sekali. Sedap betul baunya. Menyelerakan.

2 comments:

IdaShazana said...

aku bukan tau apa mendenye tumis darat...
darat & laut ku rasakan tak de bezanye

zarina said...

ce tanya mak ko :)

Related Posts with Thumbnails