Saturday, April 9, 2011

Kek Yogurt Strawberi

Resepi dapat daripada MMS Saji. Langgan setiap minggu. Sebenarnya mula-mula tu Maxis hantar untuk percuma je kalau rasa nak langgan bolehlah teruskan. Saya memang suka benar tengok gambar-gambar makanan ni dan memang suka makan. 1.50 setiap minggu untuk dua MMS, kawan saya cakap buat rugi je...takpe ni terapi jugak ni. Kalau boring sebab menunggu orang, boleh gak layan gambar-gambar makanan ni. Sampai hang telefon ni sebab MMS penuh...hehe..cubanya idak la jugak. Dalam banyak-banyak resepi, ni yang macam senang dan lain sikit dari biasa.

Bahan-bahannya:

175 gm mentega

175 gm gula kastor

3 biji telur

225 gm tepung naik sendiri

2 cawan yogurt strawberi

1 sudu kecil esen strawberi

Sedikit pewarna merah

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan esen strawberi dan telur satu per satu dan pukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan yogurt strawberi kemudian kaupkan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati.
  3. Adunan dibahagi dua. Bahagian pertama dimasukkan pewarna merah dan dikacau hingga sebati manakala bahagian kedua dibiarkan warna putih.
  4. Tuangkan sesenduk adunan merah jambu di tengah-tengah loyang pembakar bulat yang sudah digriskan. Tuangkan pula sesenduk adunan putih ke atas adunan merah jambu. Ulang dengan adunan berselang-seli dengan adunan putih hingga habis kesemua adunan.
  5. Bakar selama 35-40 min pada suhu 160 darjah Celcius.
  6. Bila masak, sejukkan kek sebelum dihias ikut cita rasa.


Ni hasilnya. Keknya lembap sikit mungkin sebab yogurt tu kot. Irap-irap rasa cheese cake pun ada jugak.

Bila warna merah ngan putih tu diselang-seli patutnya boleh nampak corak tu tapi yang ni pewarna merahnya tak kuat sangat. Kalau tak mesti cantik.

Sebelum dibakar

3 comments:

Cendana Kasih said...

waaa.... dh pandai buat kek... tahniah..lepas ni belajar deco plak yer...leh tambah produk :)

IdaShazana said...

sedap ke ciki?

zarina said...

CK:bab tu yang masih lembab lagi nak dapat huhu

IS:mabeles :)

Related Posts with Thumbnails