Wednesday, April 13, 2011

Kembali Ke Kelas Sastera

BELASUNGKAWA: INTERLOK KEMATIAN CINTA
(Sejarah Tak Berharga Setelah Kita Sejahtera)

I
Jadilah merah selembar benang ...
biarlah bebar sabar yang terentang
nantikanlah; Helah mencantas angin mendatang
lebur debur ombak dan badai gelombang
seakan esok tidak akan ada hari siang ...
Belasungkawa Interlok terpaksa kematian 'paria'
tidak siapa lagi sudi menyebut; Terlalu hina
biarpun setelah 44 tahun bersama membawa cinta
kembara ke negeri merdeka mencari sejahtera.

II
Di Parlimen; Demikianlah hujah Sang Menteri
baki 13 perkara. Errata tanda 'paria' telah mati
daripada 19 yang sensitif, dengarlah hati-hati.
Kemunafikkan intelektual tersohor lagi
mengilmiahkan kebohongan terkabul lagi
demikian kacip ini meracik wajah sendiri
dan darahnya titis di bumi pertiwi ...
memadam peta yang melukis garis integrasi
warisan moyang-poyang yang tidak dihargai

III
Interlok; Hakiki cinta telah lebur terbakar
maraknya mengalir deras bagai lahar
banjir ke 13 hilir kali, menjadi hingar.
Alah bisa tegal biasa; Erti merdeka sebenar
wasiat buat 'golongan yang sama' menjadi sedar
hakiki; Basa-basi adat menanjak layar ...
Sebelum tali kemudi dan jangkar dibongkar.
Siapa nakhoda? Mengemudi bahtera kita berlayar
sedang gelombang dan angin tenggara semakin tegar

Ibrahim Ghaffar
Dewan Rakyat Kuala Lumpur.
dipetik daripada Sanggar Kreatif, Berita Minggu, Ahad 10 April11.

Saya respek dengan orang yang pandai menulis sajak kerana pandai bermain dengan kata-kata untuk menyampaikan sesuatu perkara secara tersurat dan tersirat. Jarang sekali saya membaca sajak kerana kadang-kadang bukannya faham pun apa yang nak disampaikan tapi sajak yang ni berbeza kerana terus dapat tangkap maknanya dan saya mempunyai ‘rasa’ yang sama dengan penulis. Kasihan bila hasil sastera itu diperbesarkan ceritanya. Tak boleh cerita panjang ... keputusan pun dah dibuat. Mood serius.


No comments: