Thursday, May 26, 2011

International Cocoa, Coffee & Consumer Show 20-22 Mei 2011

Kesempatan ada di KL, singgah di MidValley jap jalan-jalan dan melawat pameran.

Coklat, kopi, kek, puding, biskut semua boleh rasa free je. Tengok apa yang menarik segala rempah dan peralatan di dapur.

Char kuetiau, favourite ni. Kalau pergi pasar malam mesti beli. Yang ni dia jual sosnya/kicap. Memandangkan suka, walaupun dia tak tunjuk demo, beli sebotol. Rupa-rupanya ada juga demo. Sos ni tak masuk pasar raya lagi. Ada kat Melaka dan sesetengah tempat je. Sesiapa nak jadi ejen silakan.

Memandangkan saya pelanggan pertama, siap tanya lagi nak yang kering ke basah. "Nak yang basah."
Pung pang pung pang masuk bahan-bahan. Siap dah, cepat je.


Rasa macam kat pasar malam. Sedap. Dah hampir seminggu, lupa lak nak beli kuetiau nak masak. Tak sabar nak tunjuk skill ni.
Boleh juga digunakan untuk nasi goreng, bihun goreng, mi goreng dan masakan berlauk.

Sempena Pirate of Carribean ada kapal lanun. Tingkat bawah. Ramai juga orang bergambar kat sini.

2 comments:

Cendana Kasih said...

ish...selalu tak kabo ada expo coklat ni... tingin nk pegi, tp udah terlepas...nest time kabo yek

zarina said...

kebetulan nengok dalam paper sehari sebelum tu..ada yang lain nanti aku kabo

Related Posts with Thumbnails