Wednesday, June 15, 2011

Kisah Kepak Ayam Goreng Tepung Cendawan

Kawan saya pernah cerita, dia tengok rancangan Cari Menantu. Ustaz tu Tanya si lelaki tu, macam mana caranya nak puji isteri. Jadi lelaki tu cakaplah sedaplah sayang masak kari hari ni. Kalah mamak kat kedai tu. Dan pujian melambung lagilah. (Lebih kurang macam tu lah ayatnya) Lepas tu ustaz tu kata , orang perempuan ni, kalau masak sedap, jangan puji lebih-lebih, nanti esok dia masak kari, minggu depan masak kari, minggu satu lagipun masak kari. Biar puji biasa-biasa je. Hehehe. Ustazah Nor Bahyah yang duduk sebelah tu tersenyum je. Mengiakan pun tak, menidakkan pun tak.

Bila tengok mak masak kepak ayam goreng ni, teringat la pulak cerita tadi tu. Dulu-dulu mak masak ayam goreng, taruh bawang potong, cili potong dan kicap sikit. Lepas tu barulah guna tepung goreng cendawan nak goreng ayam. Bapak tanya, beli ke buat. Pujilah tu maknanya sebab setanding dengan kedai. Sejak hari tulah, setiap kali ada kepak ayam je, mesti mak masak macam gini. Tak pernahlah masak gaya lain dah. Hehehe. Dan hari ini tanya lagi, beli ke buat? Lagilah menggalakkan mak saya nak buat lagi. Tak apalah, janji bapak tak mengomen kata sama je masaknya. Maknanya sedaplah tu. Untuk memberi variasi kepada ayam goreng ni, kita cicah ngan air asam

Nampak tak ada tangkai cili api dalam tu? Petua untuk elak sakit perut bila makan ni. Tinggalkan 1 atau 2 biji cili api yang bertangkai.

3 comments:

Cendana Kasih said...

ada tepung cendawan jual kat sana? sini jenuh mencari, takde pun..sepaket brapa?

oooo...itu petuanya yer..boleh la ikut :)

zarina said...

lor takkan kl takde.. kat pasar tani, dua hengget rasanya

petua tu selalu guna untuk masak lomak cili api

sherrina said...

Kalau nak beli tepung goreng cendawan istimewa, boleh lihat di kedai online saya di http://mudah.my/sherrina

Related Posts with Thumbnails