Tuesday, June 28, 2011

Mee Udang

Ada urusan di Taiping,sambil tu singgah ke Kuala Sepetang nak pekena Mee Udang. Dari Taiping tu menghala ke Kuala Sepetang punya la banyak restoran mee udangnya. Ada yang mee udang Mak Kiah, Pak Hashim, Kak Ros, Kak Miah, punya la banyak sepanjang jalan tu. Memandangkan minggu lepas Mee Udang Mak Jah masuk paper, cari Mak Jah le nampaknya. Itulah kuasa iklan ya adik-adik. Hehehe. Pandai Mak Jah ni promote, kitaorang tak tau pun tempatnya, tapi Mak Jah ni letak signboard di sepanjang jalan, so ikut je la. Lagi 4km ... terus, terus... 3km ... 2.5 km... lalu kawasan pokok bakau, tempat kilang arang ... 500m jeng jeng jeng udah dekat.

Saya bukannya penggemar udang sangat, tapi dah makanan ni glamer, kena rasa ni. Nanti kalau orang cerita boleh menyampuk sekali. Mee Udang Special, ada 7 ekor udang besor-besor. Sedap gak kuahnya. Tak payah udang banyak-banyak pun takpe.

Setengah orang kalau komen pasal udang mesti cakap, sedap, manis. Kalau saya yang ditemuramah rasanya saya akan cakap...rasa udanglah. Tang mana manisnya udang tu tak taulah. Hehehe. Sorry ya tak pandai komen.

Keratan-keratan akhbar yang digantung menandakan kedai ni popular gak la. Ramai wartawan dah datang.


Cantik dekorasinya kat sini. Kalau dari jauh nampak macam batu tapi sebenarnya kulit kerang. Rasanya malam meriah sikit kot.

2 comments:

Cendana Kasih said...

Ko mmg, takde taste...hehehe... yer laa.. apa rasa kuahnya, pedas, masin, masam, manis... rasa udang tu macam mana? udang fresh lain rasanya. Mee nyer plak macam mana?? itu ler maksudnya......apa raaaa....

Bila nk datang KL buat treatment lagi??

zarina said...

hehehe kalau aku komen, sedap ngan tak sedap je tak da citer panjang..kuahnya tak pedas sesuai untuk budak-budak.. nak kata macam kuah mi rebus tak gak, mi bandung pun lain gak.. rasa tersendirilah.
mi nya buatan sendiri.

ya ke udang fresh rasa lain..setiap kali makan udang camtu gak rasanya..ahaks

dah abis treatment so tak dtg kl dah

Related Posts with Thumbnails