Monday, June 13, 2011

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia

Buku ini dihadiahkan oleh kawan yang baru sahaja kematian suami. Agak mengejut juga sebab suaminya meninggal tiba-tiba kerana darah tinggi. 12 tahun bersama, bila meninggal secara mengejut lagilah terasa sedihnya. Walaupun sekarang ini dia dah boleh terima, ada masa-masanya terasa sedih juga dan berasa hilang semangat. Setelah baca buku ni, adalah sedikit motivasi yang diperoleh.

Mungkin kawan ni tengok saya macam berminat nak cari buku ni, dia belikan senyap-senyap padahal pergi kedai buku sama-sama. Thanks Kak Yati. Saiznya kecil je jadi senang dibawa ke mana-mana.

Tajuk: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia

Penulis: Syeikh Aidh Al-Qarni alih bahasa oleh Mohd. Sofwan Amrullah

Penerbit: Jasmin Publications, Cetakan Pertama 2010

ISBN:978-967-5420-41-2

Harga:RM 10

Sinopsis: Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?

Buku ni memang sesuai untuk dihadiahkan kepada orang sebab memang dah dikhaskan satu ruangan hadiah untuk siapa dan daripada siapa.

Kawan saya ni memang suka membaca dan membeli buku/majalah. Kadang-kadang sampai tak ingat dah beli ke tak buku tu sampai terbeli dua kali. Hmmm macam mak cik saya juga. Mesti Mak Pah tengah baca ni. Hehehe boleh geng. Saya beruntung gak sebab dapatlah buku free sebab derang dah ada. Yeay!

Masih di dalam plastik.

Penanda buku ni pulak dapat oleh-oleh dari Kemboja. Thanks, Kak Nor, bertambah lagi koleksi. Dia baru sahaja balik dari bercuti di sana. Katanya, bersyukur tinggal di Malaysia. Kat sana, orang Islam Cham daif benar keadaannya, macam zaman P. Ramlee. Pengalamannya sama seperti apa yang pernah saya baca sebelum ini dalam Utusan Malaysia. Kemboja terkenal kerana Angkor Wat. Menarik juga bila tengok pemandangannya dari gambar yang ditangkap.

Jauh perjalanan luas pemandangan.



No comments:

Related Posts with Thumbnails