Wednesday, June 1, 2011

Nasi Ayam Melaka

Kalau pergi KL mesti datang sini lepas rindu makan nasi goreng ayam hehehe ... pernah dipengaruhi dan sekarang mempengaruhi. Terletak di seksyen 14 PJ kat pasar, tapi masalahnya kat sini nak parking punyalah susah terutamanya lunch time. Sampai double triple line. Walaupun boleh park dalam pasar tu, tapi jenuh jugak berpusingnya. So elok seorang jaga kereta, seorang pi beli. Makan je kat opis.

Sebenarnya suka nasi goreng ayam lagi, tapi hari tu takde la pulak. Nasi ayam pun jadilah. Sambal dia sedap, satu tak cukup, kena tambah lagi. Nasinya banyak sampai boleh dua kali makan..opps mungkin saya je kot. Orang lain makan habis je ... saya perut kecik :) Mengenyangkan.

3 comments:

Cendana Kasih said...

dalam pasar tu yer? kat sebelah bawah kan... dulu bapak mertua aku slalu makan roti canai kat sini, pastu bawak balik umah..

Ni aku tengah cari medan selera seksyen 8 PJ, yg masuk JJCM bulan lepas.. nk cari mee rebus muar

Mummy Eda said...

Alamak! Ina pon dah buat posting yang nak racun org pi cuba! Alah.. bila la nak try ni...

Seksyen 14.. pasar? Pasar kat mana ya? Dulu Along slalu gak pg Jaya Sect 14.. tapi pasar kat mana pula?

zarina said...

CK: yup..tapi kena turun kat tangga tengah, kalau roti canai yang baris panjang tu kat tangga kiri, tapi tak pernah cuba lagi sebab asyik orang baris panjang je.

ME: bapak je tak berjaya diracun, dia kata biasa je..hahaha..orang lain kata best.

ina pun selalu p kat jaya supermarket je tak pernah tau ada pasar kat situ.. masa kerja sebenarnya baru tau.

pasar ni sebelah digital mall..antara king confectionary ngan kedai dobi tu ada tangga turun ke bawah..amik yang kiri. Kiranya bangunan yang belakang kfc, bakers cottage n guardian tu..tapi masuk tangga tengah ya..

Related Posts with Thumbnails