Wednesday, July 20, 2011

Kurma

Ramadan bakal menjelang, masa untuk mencari kurma. Sunat berbuka puasa dengan kurma. Kurma Upin&Ipin terbaharu di pasaran. Pek yang menarik dan dilengkapi dengan doa berbuka puasa dibelakangnya. Semoga dengan adanya kurma Upin&Ipin ni budak-budak yang tak suka kurma akan makan kurma kerana meminati idola mereka. Kurmanya pun kecil sedikit.

Teringat masa budak-budak dulu ... lagi 1 jam nak berbuka dah terbaring kat ruang tamu. Letih bebenor. Bukannya seorang je, ngan adik beradik lain jugak. Abih ramai-ramai la terlantar. Pah kata kebelai (sangat lapar) nasi.

Makan kurma ni mengenyangkan. Saya biasa bersahur dengan 3 biji kurma, oat dan air masak je. Tahan sampai berbuka. Tapi kalau hari biasa makan kurma ni, lepas tu lapar balik. Mungkin sebab puasa tu disertakan dengan niat kot.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

berbuka puasa mesti nak makan kurma dulu...tapi masa kecik2 mesti minum ais dulu

zarina said...

samalah kita :) betapa nikmatnya minum ais tu ya tak

Related Posts with Thumbnails