Sunday, July 17, 2011

Tazkirah Jumaat di hari Ahad


Pengajian Jumaat yang lepas tapi baru hari ni berkesempatan menjenguk blog ni. Perkongsian untuk semua berkaitan adab-adab. Ustaz menerangkan, sunat kita berlemah lembut dengan budak-budak. Kalau nak tegur pun janganlah sampai menjerit pada anak-anak tu. Namanya pun budak-budak, kenalah sabar memang tabiatnya begitu. Anak-anak dilahirkan bersih. Ibu bapa yang salah mendidiknya. Katakan anak itu berumur 10 tahun, Allah telah beri masa yang lama untuk kita mendidik, malah sebenarnya 10 tahun 9 bulan lagi iaitu ketika dalam kandungan. Mungkin cara pemakanan kita itu menyebabkan budak-budak itu terlalu aktif. Kalau nak pukul pun, pukul sayang iaitu pukul untuk mendidik. Jangan pula pukul tengah marah sebab itu pukul nak lepas geram namanya. Bertenang dahulu.

Bersikat rambut merupakan sunnah nabi. Walaupun kita pakai tudung jangan ingat tak payah nak merapi dan kata bukannya orang nampak pun. Dapat pahala kalau kita melakukannya.

Kisah memberi salam pula, sekarang ni di SMS ramai yang tulis salam, slm atau As salam. Tak wajib kita jawab sebab tak lengkap tapi nak jawab pun tak mengapa kerana kita tahu niatnya memang nak memberi salam. Satu perkara yang selalu kita terlepas pandang, dalam kad kahwin, di permulaan jemputan tu ada ditulis Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan barulah diikuti dengan nama orang yang menjemput tu. Wajib kita jawab masa tu juga dan dijawab penuh. Selalunya kita cuma tengok siapa yang kahwin dan tarikhnya sahaja.

Setiap Jumaat banyak perkara baru yang dipelajari. Bagi orang-orang Kuala Kangsar, (perempuan sahaja) dijemput datang ke Masjib Ubudiah setiap Jumaat 8.30-10.30 pagi mengaji. Respek pada orang yang datang dari jauh (Manong) sedangkan orang Bukit Chandan berapa kerat je yang datang. Sebelum ini AJK masjid ada menyuarakan, bilangan yang datang semakin kurang, maklumlah yang datang ni biasanya mak cik-mak cik. Ada yang telah meninggal dunia dan tidak diisi dengan orang lain.



No comments:

Related Posts with Thumbnails