Wednesday, August 17, 2011

Bebas Dari Belenggu

Buku ini dipinjamkan oleh kawan.

Tajuk: Bebas Dari Belenggu

Penulis: Dr . Azhar Hj Sarip

nerbit: Karya Bestari, Shah Alam, Cetakan Pertama 2010

ISBN:978-967-86-0354-6

Harga:RM 15

Sinopsis: Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan Allah SWT? Yakinlah ... andai kita mendekatkan diri pada-Nya, kita akan mendapat ilhan untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.

Berhentilah bercerita tentang kegagalan lalu. Biarlah masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas. Lakarkan kejayaan baru dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali. Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk menukarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.

Komen: BEST. Di samping memberi motivasi, penulis menceritakan tentang pengalamannya bila berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai masalah. Jadi taklah boring sebab seakan-akan bercerita. Sesetengah tajuk ada yang telah dibaca dari majalah Mingguan Wanita tapi bila dikompilasikan begini lebih mudahlah untuk kita merujuknya. Antara tajuk menarik, ‘Berdoa Itu Satu Seni’, ‘Mencari Kemahiran Diri’, ‘Saiz Iman: XS,S,M,L,XL atau XXL’ dan ‘Sejarah Untuk Difahami Bukan Untuk Ditangisi’.

Untuk dikongsi bersama ( di muka surat prakata):

Bila Mulut Berkata

Mungkin kerana leka

sekali pena terlepas dari genggaman

ucapan oopps mendahului Ya ALLAH ...

Bila perut kekenyangan

Haa kenyangnya ... mengatasi Alhamdulillah

Bila terpegun dek keindahan

Subhanallah tertutup dengan cantiknya ...

Bila diuji dengan musibah

Kesiannya ... terucap hingga terlupa pada

Innalillahi wainna ilaihi roji’un

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa

Namun ingatlah...

Apabila Izrail datang mendekati

Biarlah kalimah lailahaillallah menjadi pengakhir bicara

4 comments:

Cendana Kasih said...

Ciki, terima kasih atas nombor telefon yang ko bagi tu...

aku dh tipon semua homestay pun..sume dah penuh...cuma 1 jer free, kat depan masjid tu..aku dh booking ler..

tp kan...hati aku berbelah bagi nk balik, macam takde perasaan jer..

entah laa...mungkin aku belum dapat apa yang sepatutnya aku bawak balik kot...

sbb tu hati macam tak terbukak nk balik....apapun, kita tengoklah raya kedua/tiga nanti yer...

zarina said...

kata nak tunaikan permintaan shah :) udah berbelah bagi la pulak

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tak buat biskut raya ker?

zarina said...

Buat dan jual sekali..sendiri punya biskut pun tak buat lagi ni

Related Posts with Thumbnails