Monday, August 1, 2011

Kucing tidur banyak!!!

Ada yang tidur lepas sahur tadi? Lebih baik tidur sekejap masa tengah hari nanti supaya dapat tenaga untuk solat tarawih malam nanti.


Buku ni beli masa jualan gudang. Menarik sebab ada fakta-fakta menarik tentang kucing dan penceritaannya secara ringkas. Kucing merupakan haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam), jadi mereka tidur 16 jam setiap hari. Oleh itu kucing yang berumur 7 tahun hanya berjaga kira-kira 2 tahun sepanjang hidupnya. Mau mati kucing ni kalau tak tidur sehari. Mungkinlah gamaknya.

Dekat Kuching, Sarawak ada muzium kucing ( The Cat Museum) yang cerita pasal kucing. Tapi dekat sana kucing dipanggil pusak. So kalau nak pergi sana kena cakap dekat taxi driver muzium pusak takut orang teksi hantar ke muzium negeri pulak. Saya tak pernah pergi Sarawak sebenarnya. Orang yang cerita..hehehe.

Tajuk: Fun Facts About Cats (Inspiring Tales, Amazing Feats and Helpful Hints)

Penulis: Richard Torregrossa

Penerbit:Health Communications, Inc., Florida. 1998

Harga: RM8

ISBN:1-55874-612-9

Sinopsis: The ideal gift for a cat lover! A charming collection of tales and trivia that will amuse, delight and enlighten even the most ardent cat admirer. With more than one hundred whimsical illustrations that capture cats’ playful, surprising and endearing antics, the delightful treasury brings feline behaviour-and misbehaviour-to life.




Kul 11 pagi dah terbongkang.

Sambunglah sampai ke tengah hari. Jaga sekejap pastu dalam 15 minit. Makan tengah hari.

Sambung balik tidur pukul 2 petang.

Dekat pukul 4 tambah pulak seekor lagi. Adik-beradik dia jugak.

Dulu-dulu kita selalu cakap, kucing tidur siang, malam berjaga sebab nak tangkap tikus. Ni pukul 12.30 malam pun dah nak beradu lagi. Ish ish ish kucing zaman sekarang.

Esok pagi, tidur lagi. Pagi-pagi elok bersiar-siar mencari rezeki. Tidur menggemukkan badan je. Ish ish ish kuat benor tidurnya. Tapi dia yang paling ganas sebenarnya. Tikus, tupai dapat je. Siap bawa anak ular dalam rumah. Sweet dream Gebu!


3 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

padan ler montel jerrr

Cendana Kasih said...

kucing ko tu dua-dua betina kan...tp cantik, gebu jer...


weii, dendeng daging tu tak brapa pedas sangat, tp kalo nk pedas kena tambahkan cili. Warna dia mmg kehitaman gitu..bukan merah..ada orang siap letak kicap pekat lagik...

zarina said...

haah betina..rasanya tak de spesies kucing gebu tapi bleh lak gebu.

tu la dah nampak cam daging masak hitam je

Related Posts with Thumbnails