Wednesday, September 28, 2011

Kuih Sampan

Kuih lama ni zaman-zaman Opah. Bawahnya pastri dan atasnya kek. Memang jadi kegemaran sepupu sepapat dan sedara mara saya. Tapi bila Opah dah meninggal dan mak cik yang biasa buat kuih ni meninggal. Tinggal kenangan je la. Cuba nak buat juga ikut resepi lama... hairan bin ajaib gak dulu-dulu mak selalu juga tolong Pah buat tapi bila buat zaman sekarang ni asyik tak jadi je. Udahlah pastrinya melekat dekat acu, keknya pula tak naik. Penyek je. Tapi rasa sedap. Makan sendiri je..tak bolehlah dihidang depan tetamu. Masa Raya haritu ingat nak try la jugak. Memandangkan masa yang suntuk dan tak nak merugikan masa tu dengan kuih yang confirm tak jadi so buat pastrinya guna pastri cheese tart dan simpan dulu. Lepas raya, bila hati dah tenang baru buat balik.

Pastri:
1 biji merah telur
4 auns gula
5 auns mentega
3 auns tepung jagung
tepung ikut lembut.

Kek:
3 auns mentega
5 auns gula
6 auns tepung kotak
3 biji merah telur

Resepi lama gitulah tak ada cara membuatnya. Alah bancuh je semua-semua tu. Bakar pastrinya sekejap, lepas tu taruh keknya dan hias dengan ceri dan badam.

Orang dulu-dulu buat takdelah cucuk-cucuk dengan garpu. Gabungkan cara-cara moden dalam masakan.


Masa buat kali ketiga tu. Rasa manis sangat dan mungkin sebab tu dia tak naik(analisis sendiri.) Jadi buat yang kali ni saya dah kurangkan gula. Alih-alih tawar lak rasanya. Sib baik ada ceri idaklah tawar hebiaq. Pandai-pandai sangat nak kurangkan..hehehe.

Akhirnya jadi jugak. Keknya naik.

Biasanya bancuhan keknya memang ada balance dan selalunya memang bakar je dan boleh makan kemudiannya. Tapi dalam peti ais memang dah tersedia kelongsong tart jadi buat cara yang sama jugalah. Memandangkan tadi dah memandai kurangkan gula, so ubah suai semula dengan taruh inti jem nenas dan jem blueberi dalam tu. Kemudian baru taruh kek. Hmm sedap jugak tapi rupa tak cantiklah..keknya naik tak tentu arah.

Sunday, September 25, 2011

Semator???

Kalau ada bunyi 'or' tu mesti bahasa Perak ... ayor, pior, bayor. Saya baru tau, orang tua-tua panggil ni semator. Ejaan tak dapat dipastikan betul ke tak sebab dalam kamus pun tak ada. Kumbang ni selalu dekat pokok bunga. Kecil je. Masa dulu-dulu selalu juga buat main. Ikut je ke mana dia pergi. Tu yang Pah cakap, "jangan kamu main semator tu!" Masa tu tak ingat pun Pah cakap semator hehehe lakonan semula oleh Mak.

Kumbang berwarna pink dan merah dah biasa. Klise. Alkisahnya haritu warna hijau terlebih so warnakan kumbang ni warna hijau. Wah cantik juga. Biasalah kalau dah kiut tu, apa-apa warna pun masuk je.

Kuning pun cantik juga. Semator versi lampu trafik.

Tuesday, September 20, 2011

Pencuci Mulut dalam Saji Oktober 2011 mengancam jiwa raga

Harga: RM5.50
Terbitan: Utusan Karya

Lebih 70++ resepi dessert ada dalam ni. Waduh waduh nampak sedap dan saya memang suka makan dessert. Agar-agar yang biasa tu pun boleh nampak sangat sedap. Yummyyy. Teringat siri Best In The World 8TV. Pengacaranya(Razif) memang makan tak ingat dunia. Mula-mula tengok ish macam apa je pelahap benor... tapi bila dah tengok episod seterusnya suka pulak. Best sangat. Lagi best dia mengacara ni daripada berlakon.

Biasanya saya kalau tengok majalah Saji dan Rasa ada 3 peringkat. Peringkat pertama bacaan secara cepat, scan. Tengok setiap muka surat dulu sampai habis. Peringkat kedua, tengok mana resepi yang menarik perhatian kita tadi. Peringkat ketiga, barulah tengok apa-apa rencana yang ada dalam ni.

Antara yang menarik Kek Keju Krim Strawberi, Brownies Coklat, Nutty Chocolate Brownies, Berrylicious, Karipap Makaroni, Tat Oreo Keju..sekarang ni saya suka buat macam-macam tat dan memang dalam ni pun ada macam-macam tat.

Lately selepas macaron ada pavlova pula, kan. Apa itu pavlova? Dalam Saji ni ada rencana dari Chef Kamarul yang menceritakan kisah di sebalik Pavlova. Merupakan sajian yang menjadi rebutan antara Australia dan New Zealand. Pavlova bersempena nama penari balet terkenal dari Russia iaitu Anna Pavlova. Baca seterusnya dalam Saji tau!!!

Monday, September 19, 2011

Sarung Galaxy Kain Felt

Dah lama tak menjahit. Walaupun Galaxy ni bukan sendiri punya tapi bila gian tu datang...terus jahit. Menggunakan kain felt bermotif bunga-bungaan dan kosong. Felt yang bercorak tu mahal sikit dari yang biasa memandangkan saya memang tertarik dengan coraknya belilah juga. Tahun lepas dah beli kain ni tapi biasalah..beli dulu tapi bila idea tak datang terperap la kat dalam lemari tu. Akhirnya berjaya juga menghasilkan sesuatu. Bangga dengan diri sendiri. Hehehe.

Simple je rekaannya tapi bunga-bungaan tu memang menambahkan seri. Dalam kepala ni dah ada idea nak buat sarung macam ipad tu..yang boleh berdiri. Kita tengok je nanti berjaya ke tak.

Friday, September 16, 2011

Rinduuu Kolumpo

Bleh la pulak bateri baru beli tapi dah kong...uwaaaa so gambar tak semenggah sangat lah..

Lokasi: area Jln Pantai Baru

Rindu Kolumpo:
  1. Rindu Mek Belly - antara orang pertama meneroka dan menjejakkan kaki di sini. Pernah sesat. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali. Cit lemau punya budak!
  2. Rindu v-s-ta - bangga duduk sini. Pandang sebelah mata je orang yang duduk kat Pantai In tu hehe. Walaupun sendat 12 orang dalam tu...fuh tak boleh bayangkan...tapi tetap bangga kerana tempat yang berprestij(masa tu lah)
  3. Rindu Ti Em - antara yang menjadi saksi melihat rebung tumbuh di tengah-tengah kl.
  4. Rindu nasi kerabu - kesedapan tak terkira. Susah nak jumpa kat KK ni.
Kolumpo di hati. Oleh itu esok ke sana lagi. Yeah!!


Monday, September 12, 2011

Apa-apa je yang ada aiskrim...suka! suka! suka!

Sebenarnya dari dulu lagi saya tak boleh makan aiskrim dan benda berais banyak-banyak sebab tekak ni sensitif sikit. Mulalah jadi sakit tekak. Tapi godaan aiskrim tak leh tahan...aiskrim goreng, air gas campur aiskrim (float le tu), tapai aiskrim, sundae dan kek aiskrim, lovin' it. Kalau masak lemak cili api atau sambil tumis taruh aiskrim gamaknya sedap tak??? ha merepek.

Berada di Kolumpo kelmarin. Lepak ngan kawan di Bangsar. Kawan2 lain sorry ya tak sempat jumpa korang. Lain waktu pula.

Lokasi Kejadian: Papakaya...ops PappaRich depan Bangsar Village


First time minum teh ais taruh aiskrim. Biasa teh ais mau RM2 kan??(lupa) aiskrim punya pasal RM10.90 jadinya. Bukan aiskrim sebarangan. Tak tau perasa apa. Tapi ada rasa mint dan warna teh tu juga. Tehnya macam tawar, ada rasa pahit-pahit teh tapi bila minum je..nak lagi dan lagi.

Gossiping & lepaking! Kawan tengah menghayati fish n chip. Ada nasi goreng setengah mangkuk sekali dalam ni.

Jemput makan


Mine, ntah kenapa kalau p je mana-mana restoran yang ada char kueytiau mesti tertarik yang tu dulu. Padahal sama harga je dengan lain.

Untuk menyedapkan lagi gossip, order lagi makan. Siew mai. Yang atas tu sedap, perasa ayam. Cicah ngan sos. Yang bawah ni ayam dan cendawan. Ada rasa pelik-pelik sikit tapi habiskan juga. Rugi tu kalau tak abis.

Thursday, September 8, 2011

Terimalah, Perempuan Memang Banyak Bercakap

Sekarang ni dalam proses mengajar mak guna internet. So beritahu mak, buka google bleh cari apa-apa sahaja. Tunjuk contoh, boleh cari kolum Kucing Jantan dalam Mingguan Malaysia. Kitaorang memang suka baca ni walaupun kebanyakan yang ditulis memberi komen sinis kepada wanita. Hellooo!! Yang bercakap ni laki ke perempuan? Apa backing laki lak. ..hehehe..Jangan ego, kena terima hakikat apa yang ditulis tu betul.

Antara yang ditulis, wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain, bukan mahu mencari penyelesaian mahupun rumusan terhadap masalah itu. Betul! Betul!. Cuba bila ada masalah, kita tak bercakap dengan orang lain..macam nak pecah kepala dibuatnya. Lastnya kalau tak boleh tahan sangat..menangis la uwaaaa.

Kawan pernah ceritakan satu problem la tak puas ati dengan ada seorang tu..bila cerita kat suaminya, dia mesti cakap, “Biarlah!” Komen yang cukup pendek. Tension pun tak hilang lagi ni. Tu pasal bercerita ngan orang lain. Bukan mengumpat ya..bersama-sama membuat analisis..hehe

Otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khususnya. Contohnya apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan. Berbanding otak lelaki yang mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalahnya boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain. Hmmmm patutlah ada yang menggunakan senyum sokmo untuk tagline hidup dia. Apa-apa pun relaks je.

Tapi kita ada kelebihannya; wanita mampu dengan serta-merta mengubah topik perbualan dan kemudian menyambung perbualan atas topik asal dengan baik sekali. Uniknya mereka dapat pula mengingati setiap butir perbualan tersebut. Itu sebabnya wanita seringkali diberi tugas sebagai pencatat minit mesyuarat. Yeah definitely right! So lelaki jangan tetiba menyampuk bila kitaorang bercakap. Mungkin salah topik nanti!

Bacaan sepenuhnya di sini..Utusan Malaysia Online - Rencana

Ohhh sambung balik cerita di atas (erk topik lain pulak..ya saya perempuan hehehe) apa perkembangan mak saya bila belajar internet? Hey uols! My mom dah pandai google cari pasal asam batu, bunga ros dan serunding ikan bilis dengan sendirinya. Selalunya mak bising sebab sinetron lambat benor habisnya. Macam nak habis, tapi idak juga habisnya. Malas nak tengok dah tapi nak tau lah juga apa lastnya. Senang je mak, bukak je You Tube, cari episod akhir. Akhirnya berjaya juga tengok You Tube tapi tak jumpa pulak last episodenya....tulis last episode tapi macam bukan juga. Takpe janji dah celik IT sikit. Thanks to Cik Yang yang menyediakan segala kelengkapan untuk sesi pembelajaran ni.