Saturday, October 29, 2011

Sibuk-sibuk cakap pasal Piala Malaysia 2011

Malam karang Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan. Orang Terengganu dan Negeri Sembilan sudah pastinya menyokong pasukan masing-masing. Yang negeri lain pun sama sibuk nak menyokong untuk memeriahkan lagi. Macam-macam analisis yang dibuat untuk pastikan negeri mana yang patut disokong.

Negeri Sembilan ada Hairudin Omar, Shukor Adan dan Aidil yang semuanya berpengalaman sebelum ni. Lagipun N9 sebelum ni naib juara, kan??? Rasanya penjaga golnya tu Skuad Harimau Muda yang lawan Chelsea hari tu kan yang banyak selamatkan bola daripada masuk gawang??? (Banyak tanda soal sebab tak pasti..hehe maklumlah ikut gitu-gitu je)

Terengganu pula ada Abdul Hadi Yahya dan Ashari Shamsudin. Skuad kebangsaan kan???, so pernah jugalah tengok derang ni main.

Hmmm susah gak nak pilih ni .... Antara Masak Lomak Cili Api dan Keropok, mana satu yang jadi pilihan? Definitely Keropok, my favourite. Ya Terengganu akan menang malam ni. Hehehe. Percayalah naluri saya selalu betul kalau tak ada kaitan dalam bab ni.

Untuk penyokong-penyokong di stadium, sila jangan campak botol mineral kalau rasa tak puas hati pun dan jangan pulak main-main mercun dalam tu. Kalau nak main tunggu raya Cina tahun depan. Sila berdisiplin! Pernah pergi stadium masa zaman Khalid Jamlus je ... sekarang ni dah tak tau siapa pemain Perak.

Kalau ramalan betul ada orang nak sponsor kopok setiap bulan tak?? Hantar kopok lekor sekali ek. Terima kasih :)

Thursday, October 27, 2011

Bila Imigran Melebihi Tuan Rumah

bajed ensem

Status: PATI (pendatang asing tanpa izin)
Nama Penuh: Jalur Gemilang, Jalur Lebar kerana badannya berjalur
Nama kontot: Alor
Nama manja: Alor alor /Lalor lalor

Kucing ni datang rumah sejak remaja lagi. Tapi la ni dah meningkat dewasa boleh jadi tambun macam ni. Kucing dalam rumah pun tak segemuk ni. Kucing ni tak disah taraf sebab bapak tak suka kucing banyak-banyak. Jadinya kucing ni duduklah kat luar je tak boleh masuk rumah. Kalau masuk makan pun senyap-senyap. Kucing ni pandai jugak, bila bapak start motor je nak pergi keluar atau masjid, dia dah masuk. Bersenang lenang dalam rumah. Bila dengar bunyi motor balik je dia boleh keluar sendiri. Ada sekali tu, Alor ni tengah makan dalam rumah. Sekali terdengar bapak sendawa. Mencicit-cicit dia keluar tingkap. Aduh kelakar. Camne boleh cam ntah. Bijak juga kucing ni sebenarnya.

Dulu-dulu dia makan apa sahaja yang dicampak hatta nasi bergaulkan minyak goreng ikan. Tapi sekarang sudah lebih, tak mboh dah. Eksen bukan main. Memilih dah, nak sama gak dengan kucing dalam rumah ni... kena ada lauk. Dahlah sekarang ni dia pulak yang memukul kucing dalam rumah ni. Lebey-lebey plak. Mahu je nak membuangnya tapi nasib baik baru-baru ni dia dapat tikus. Kiranya dalam resume tu dah bagus la dah. Mulut je kata nak buang tapi tak akan buang kot sebab pernah buang ibu kucing dan 4 ekor anaknya yang masih kecil dan sampai sekarang mengiaunya tu masih menghantui fikiran. Ibu kucing ni angkut anaknya masuk dalam rumah. Memang kesian tapi rumah teres tak sesuai bela kucing banyak-banyak lebih-lebih lagi kalau jiran sebelah tak suka kucing.

Membela kucing ni SUNAT (baru tau ni dalam pengajian minggu lepas). Tapi ia boleh jadi haram bergantung kepada situasi. Misal kata si suami suka kucing, isterinya tak. Tapi si suami ni bela juga. Last-last yang beri makan dan membersihkan bahan-bahan buangannya si isteri. Sudahnya isteri ni tension, bergaduhlah suami isteri membawa kepada cerai-berai. Maklumlah mula mengungkit antara satu sama lain. Haram jadinya bela kucing tu sebab memelihara kedamaian rumah tangga itu WAJIB.

Sayangi kucing anda!!!

Friday, October 21, 2011

Pajeri Nenas

Didedikasikan kepada Mek Su di Sect 14 dan Cik Lea di PJU dengan ucapan semoga berjaya membuat pajeri. Kawan saya suka sangat bertanya perihal masak-memasak ni dekat saya, padahal 2 x 5 je ngan dia. Mungkin kelebihan saya rajin mengkhatam buku resepi, menyalin resepi dan menengok tv rancangan masak dan makan. Ya itulah gunanya membaca dan tengok tv sebab boleh berlakon macam tau semuanya padahal kalau disuruh praktikal mahu hancus juga jadinya tu hehehe.


Mula-mula, pilih nenas. Pilih yang hijau kekuning-kuningan. Bukan yang kuning...tu namanya dah masak sangat..masak apa pun tak sedap sebab dah benyek. Bukan juga yang hijau sebab tu namanya muda sangat..camne nak masak pajeri.

Potong mata nenas tu macam buat inti tart. Dan potong lah nak tebal mana pun. Oppss jangan lupa buang empulurnya. Ha yang kat tengah-tengah tu.

Bahan-bahannya: Halia, bawang merah dan bawang putih tumbuk dan campur dalam rempah kari daging (sepeket kecil) yang sudah dibancuh dengan air. Bawang merah dan bawang putih hiris yang ni untuk tumis. Kulit kayu manis sikit, bunga lawang dan bunga cengkih, minyak sapi, santan, kerisik, udang kering, gula Melaka yang dibeli di Perak..hehe..Perak terkenal dengan gula kabungnya, takde la pulak nak promote kat sini. Kerisik dan air tu untuk membasahkan tekak. Tetiba termasuk pulak dalam gambar.

Sebelum ditumis bahan-bahannya. Nenas dimasak dengan gula dalam 2 sudu dan masuk air sikit. Ni petua nak bagi rasa lagi sedap. Kalau nenas tu masam, jadilah sedap bila dah buat macam ni. Masak sampai dah layu sikit dan ketepikan.

Pakai minyak sapi memang baunya sedap lagi, minyak biasa pun boleh, biasanya campur dua-dua. Tumis bawang merah dan putih yang dihiris tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Bila dah kuning masuk rempah tadi. Biar hingga bangkit bau dan kering sedikit rempahnya. Lepas tu masuk nenas dengan air gula tadi sekali, gula Melaka, udang kering-Pah saya cakap orang Perak je taruh ni. Santan pekat dan air sikit, dan kerisik. Pajeri mesti kuahnya pekat. Garam jangan lupa nanti jadi masak pengat pulak. Biar masak sampai pecah minyak.


Makan pajeri ni sedap lawan dengan ikan masin. Hmm ikan masin yang rasa sedap atau pajeri yang jadi sedap..hmmm ha korang cubalah sendiri.

Tetiba hari ni, jiran datang bagi lauk. Sekali pajeri nenas jugak. Hahaha antara jiran pun ada chemistry bukannya orang bercinta je tau.