Friday, October 7, 2011

Belasungkawa

Belasungkawa- dari perkataan Jawa. Pernyataan turut berdukacita, takziah.

Bagi yang celik IT mesti terasa kehilangan Steve Jobs, pengasas dan bekas CEO Apple. Bagi yang buta IT pula mungkin hanya mengenali logo epal yang digigit tanpa mengetahui siapa di belakangnya. Logo yang menarik dan ringkas tapi bermakna. Buah epal yang digigit adalah untuk menunjukkan Syarikat Apple tidak menjual buah epal tetapi menjual teknologi, gigitan atau bite bermaksud Byte. Kalau yang buta IT lagi, kena cakap iPhone, iPad, iPod baru tau la siapa Steve Job ni gamaknya.

Semalam juga, YAM Raja Perempuan Muzwin telah mangkat di IJN. Almarhumah merupakan mantan Raja Perempuan Perak iaitu permaisuri Almarhum YM Sultan Idris Shah (Sultan Perak ke-34) juga merupakan bonda kepada Sultanah Johor, YAM Raja Zarith Sofia. Jenazah akan dikebumikan di makam diraja Kuala Kangsar(sebelah Masjid Ubudiah) hari ini (7 okt) selepas solat asar. Al-Fatihah.

Orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang - orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk. Harap-harap jika saya meninggal dunia nanti orang ingat yang baik-baik. Maafkan segala yang perangai yang buruk-buruk. Perasan tak, selepas meninggal barulah kita cuba nak mengenali tentang seseorang itu. Sudah terlambat. Hargai waktu-waktu yang ada sebaik mungkin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails