Thursday, November 10, 2011

Bertunang

Pihak lelaki akan menghantar wakil untuk melamar dan meminang calon isteri. Kebiasaannya kedua-dua pihak akan mewakilkan saudara terdekat untuk jadi jurucakapnya. Sesiapa yang pandai berbahasa mulalah keluar ayat-ayat berbunga misalnya, kami ni datang membawa hajat untuk menyunting bunga di taman... bla bla bla. Biasalah, untuk mengekalkan kesantunan bahasa. Masa ni la pun baru nak menggunakannya.


Tepak sirih digunakan sebagai pembuka bicara. Biasanya orang Perak yang ada tepak ni dan bertekat emas. Kalau negeri lain pakai sirih junjung. Sesetengahnya ada yang letak gula dan garam dalam tepak ni (angkat bahagian tepak tu) dan pihak lelaki akan ambil gula dan garam tu dan letak RM10. Banyak benda-benda simbolik dalam adat ni tapi semakin lama semakin pupus ditelan zaman.

Kebiasaannya setelah cincin tersarung di jari manis orang yang dipinang, persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak untuk melangsungkan perkahwinan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Tempoh sebelum diijabkabulkan ini dinamakan waktu pertunangan.

Perlu diingat, status tunang bukanlah tiket untuk melakukan perkara-perkara yang dihalalkan dalam perhubungan suami isteri!!!


Hantaran yang dibawa juga biasanya nombor ganjil dan akan dibalas oleh pihak perempuan ikut nombor ganjil juga. Misalnya lelaki bawa 5 dulang, perempuan akan balas 7 dulang. Tetapi sekarang ni ada orang yang tak ikut sangat. Kadang-kadang ada saudara-mara yang nak menyumbang jadi hantaran, tak letak nanti, kecik la pulak hatinya. Pernah dengar cerita, pihak lelaki bawak sampai 43 dulang . Ha camne tu nak membalasnya.

Orang dulu-dulu, lebih kurang zaman 60-an, 70-an. Pihak lelaki akan bawa barang mentah sebagai hantaran dan pihak perempuan akan balas dengan bahan yang sudah dimasak. Simboliknya, lelaki bekerja, dialah yang akan menyara isteri dan sudah sepatutnya dia menyediakan bahan-bahan mentah. Ada yang bagi gula kabung dan dihias-hias dengan reben. Kadang-kadang buah kelapa muda pun ada. Gula juga akan dihias bunga, simboliknya agar cakap yang manis-manis je. Belah perempuan pulak, semuanya memang bagi kuih-muih, halwa maskat dan ada air sirap siap dalam jag lagi. Jag tu pun ditaruh reben. Kalau sekarang ni buat macam tu...mau gelak dek orang gamaknya...kekeke. Kalaulah dulu-dulu ada tangkap gambar, bolehlah letak kat sini.

Orang Perak juga biasanya hantarannnya ada pulut(pulut kuning) dan rendang. Simboliknya, pulut tu kan melekat-lekat, jadi mengharapkan hubungan akan berkekalan. Bangga juga jadi orang Perak yang penuh dengan adat kemelayuan. Oppss .... IC Pahang pulok dah.

2 comments:

Cendana Kasih said...

woiiii....ko bertunang ke?? tak kabo pun ari tuh..

zarina said...

sepupu

Related Posts with Thumbnails