Thursday, December 1, 2011

Inap Desa (Homestay)

Dulu-dulu setahu saya, homestay tu bermakna satu tempat di mana pelancong yang datang dapat belajar mengenali cara hidup penduduk di sesuatu tempat tu. Dari situ juga dia dapat merasa makanan-makanan kampung, permainan dan budaya kampung tu. Tapi sejak 7-8 tahun kebelakangan ni rasanya homestay tu dah lain maksudnya. Tempat menginap sementara . Walaupun ada hotel, motel, calet atau rumah rehat ramai yang memilih homestay kerana boleh muat lebih ramai orang dan kemudahan dalam tu pun lengkap, peti ais, tv, penghawa dingin, seterika, katil, tilam lebih. Pendek kata memang macam rumah sendirilah.


Homestay juga elemen penting dalam kenduri-kendara. Sekarang ni orang bertemu jodoh bukan macam orang dulu-dulu, jiran sebelah rumah, jiran depan rumah, kampung sebelah, paling jauh pun luar daerah dan masih dalam negeri yang sama. Tapi orang sekarang yang Utara bertemu yang Selatan, yang Timur bertemu yang Barat. Belum lagi Semenanjung terpaksa menyeberang ke Sabah dan Sarawak. Jadi kenalah menyewa homestay untuk saudara-mara nak menghantar pengantinnya. Lebih ramai lebih meriah, kan? Masa ni jugalah peluang nak jalan-jalan, kalau saja-saja nak pergi bercuti tu idakle rasanya.

Biasanya keluarga pengantin yang akan menyewa homestay untuk sanak-saudaranya. Sebelum tu biasanya memang buat surat dulu siapa yang nak ikut supaya dapatlah agak berapa ramai yang datang. Sebagai persediaan, lehap erkk juga dipanggil Toto, selimut, dan bantal kenalah bawa juga manalah tau tak cukup nanti.

Masa di Terengganu dulu, homestay dekat dengan pekan. Waduh-waduh seronok sangat membeli-belah di Pasar Payang. Papan tanda jelas, senang je nak cari. Rasa macam tiap-tiap hari keluar kekeke. Kenangan yang tak boleh dilupakan tak sedar lesen dah mati dekat sebulan masa tu. Mujurlah Ahad, pejabat pos buka. Jauh tu renew lesen. Harap-harap cadangan renew lesen masa hari jadi akan buat orang ingat untuk hidupkan lesen.


Masa di Kota Tinggi pun best juga. Mak cik perkenalkan tempat beli baju kurung murah. Apalagi sakan memborong. Sedara mara yang lain pun memborong, takkan kita berputih mata je tengok. Sama-sama beli dapatlah murah lagi. Geng lelaki terpaksalah menunggu dengan penuh sabar. Kesian. Bila jumpa masa Hari Raya masing-masing gelak sebab dah tau tu baju Kota Tinggi.

Masa dekat Melaka pun best, dapat kondo dekat tengah bandar...tapi sayangnya asyik sesat je..nak cari jalan balik kondo pun tak jumpa. Haish. Pusing-pusing buat perabih minyak je. Masa dekat Jitra baru-baru ni, dapat duduk motel. Kendurinya di Chuping, Perlis. Selesa juga, setiap bilik ada penghawa dingin dan tv. Cuma bilik airnya ada 2. Jenuh tu tunggu giliran memandangkan ada 4 buah keluarga dalam tu. Tapi tak kisah, bukannya nak duduk 2,3 hari cuma bermalam je. Selain mengeratkan silaturahim, merasalah jalan jauh sikit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails