Tuesday, December 6, 2011

Perlis Indera Kayangan

Jalan-jalan menuju ke Chuping, Perlis.

Dari Jitra, kawasan Kubang Pasu. Ada pasu kat tengah-tengah bulatan ni. Mercu tanda bagi kawasan ni lah kot.


Melalui Changloon. Semoga murah rezeki orang yang punya restoran ni. Hehehe. Nama sama. Tak sempat nak singgah.


Sudah sampai. Fakta yang menarik. Kalau tak sampai sini, memang tak taulah Chuping kawasan terpanas di Malaysia. Juga merupakan kawasan ladang tebu. Tebunya memang bezalah dengan tebu yang kita makan tu. Kalau dah sampai Chuping rugi kalau tak singgah ke Padang Besar. Memang dah dekat sangat dah. Tak sampai pun 1 jam perjalanan.


Subhanallah cantik sangat pemandangan masa dalam perjalanan. Cantiknya awan dan dikelilingi ladang tebu yang menghijau. Teringat subjek lukisan masa sekolah dulu, bila cikgu suruh lukis temanya perspektif - apa yang kita nampak dari sudut pandang mata kita, bila kita tengok sesuatu yang jauh di mana ada satu titik tumpu. Contohnya macam gambar kereta api, yang depan tu nampak kecil, kemudian gerabak belakang tu besar. Sama seperti lampu yang depan nampak rendah dan belakangnya nampak tinggi. Masa tu tak dapat bayang langsung macam mana nak lukis. Tapi bila tengok latar pemandangan masa ni, fuh terus melekat imejnya di dalam fikiran. Tapi tak reti jugalah nak lukis, dah namanya takde bakat la katakan.


Bila tengok ladang tebu ni mula terbayang pula cerita orang putih, cerita UFO yang mendarat di ladang jagung. Boleh lah ambil lokasi kat sini pula nanti buat penggambaran. Hahaha merepek.



Gambar di Padang Besar tak de. Sibuk membeli-belah. Kali kedua sampai di sini. Suasana kat situ masih sama, sesak dengan orang ramai.

Thanks to Yong sebab tangkap gambar yang cantik bangat ni.

4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

sibuk bershopping sampai tak sempat nak ambil gambo..byk ker bershopping..heheehhe

yongzu @ 9W2YZU said...

Cik Uda, adalah gambar kat Padang Besar.. tetapi bukanlah Uda yang ambil.. he he he...

p.s Kena tulis kredit kat siapa...;)

Cendana Kasih said...

waaa...nyongket jer koje ko ek???

insyaalah dalam bulan ni aku cadang nk pegi Kuala... so boleh la jumpa ko...tingin nk makan laksa special pakngah yang ada telo mata tu..hehehe...

tp tak decide date lagi...syah pun lom ambik cuti lagi...tp rasanya hari biasa kot...nanti aku roger ko yer...

zarina said...

Bsb: idak le byk nor..window shopping je lebey:-)
Yong: opps lupa tulis kredit...
Ck: biasa le kenduri, ambil kesempatan..ok call je nnti

Related Posts with Thumbnails