Sunday, December 25, 2011

Planner Islamiah 2012/1433-1434

Terbitan: Sterling Crown Sendirian Berhad

Harga: RM14.00. Kalau beli dekat Kedai Buku Popular, untuk ahli, dapat potongan 10% rasanya.

Warna: Coklat, biru dan hitam.



Hujung tahun dah mula keluar diari, planner dan kalendar. Setiap tahun, saya suka beli planner bercorak Islam ni. Kalau ada planner ni, bolehlah catat apa yang perlu dilakukan dalam 1 tahun tu. Bila nak renew road tax, lesen, insurans, janji temu dengan doktor, kenduri atau apa-apa pekerjaan yang memerlukan tarikh akhir supaya kita dapat merancang sebelum tiba hari yang sepatutnya.

Planner Islamiah ni menarik kerana dalamnya bukan sahaja ada kalendar, tapi ada peta KL Rail Transit System, waktu solat untuk negeri-negeri dan rencana-rencana bercorak keislaman antaranya ‘Puji-pujian Membawa Bencana’, ‘Kisah Masyitah’, ‘Amalan Sunat Dalam Bulan-bulan Islam’, ‘Rahsia Wuduk’ dan ‘Tips Perniagaan Mengikut Islam’. Setiap bulan juga ada ruangan tips dan mutiara kata sebagai motivasi.

Kadang-kadang saya buat macam diari juga dan catat apa perkara menarik pada hari tu. Boleh juga tulis sesiapa yang berhutang dengan kita dalam ni. Jadi senang nak rujuk balik.


Tahun ni juga dapat kalendar dari Perodua sebab ahli Kelab Perodua Malaysia (KAPMA). Dulu-dulu selalu dapat tapi kemudian derang dah tak keluarkan, tahun ni dapat balik. Cantik untuk diletak di meja, tapi akhirnya rujuk kat kalendar kuda juga. Kalendar kuda ni jelas, tarikhnya besar walaupun kalendarnya kecil dan setiap cuti umum tu diwarnakan. Begitu juga tarikh cuti sekolah. Jadi senang nak tengok dari jauh.

Dulu-dulu masa kerja, amalan biasa yang akan dilakukan bersama kawan-kawan sepejabat, dapat je kalendar terus belek dari Januari sampai Disember, tengok best tak cuti kali ni. Ada tak cuti umum yang boleh disambung dengan cuti hari minggu. Malaysia antara negara yang banyak cuti umumnya.

Wah, Tahun Baru Cina Januari tahun depan(2012) Isnin dan Selasa, campur hujung minggu jadi 4 harilah bercuti. Kawan-kawan Chinese mesti direct ambil seminggu tu. Bulan Februari, orang-orang Wilayah bercuti hari Rabu. Tak bestlah cuti tengah-tengah minggu, pasti monday blues di hari Khamis. Takpe, hari Ahadnya Maulidur Rasul dan mesti cuti hari Isnin, kan sambung pulak esoknya Thaipusam. Cuti panjang nampaknya bulan ni.

Bulan Mac tak ada cuti umum, ada cuti sekolah je. Tak best bulan ni, dahlah sampai 31 hb. Kalau orang yang dapat gaji hujung bulan, lama tu nak tunggu. Hari Pekerja jatuh hari Selasa. Tak best tak boleh sambung cuti. Wesak pula jatuh hari Sabtu. Kalau yang kerja hari Sabtu, seronoklah cuti. Tapi kalau yang kerja 5 hari seminggu, tak de maknanya. Biasanya pejabat pos cuti Sabtu minggu pertama setiap bulan. Tapi sebab Wesak minggu ni maknanya Sabtu minggu kedua pun cutilah juga biasanya. Siapa-siapa yang nak berurusan dengan pejabat pos ni kenalah ingat.

Raya Puasa bulan Ogos, untuk yang balik kampung naik flight confirm akan book tiket awal. Cantik juga, 4 hari cuti. So kalau nak cuti seminggu kena ambil 3 hari lagi. Merdeka minggu depannya hari Jumaat, sambung cuti terus di hari minggu.

Bulan November ada 2 cuti umum, Deepavali hari Selasa, Awal Muharram hari Khamis, minggu yang sama. Time macam ni yang malas. Kerja, cuti, kerja, cuti, kerja balik. Nak sambung cuti, tengah-tengah minggu pulak.

Opps begitu panjang analisis, agak-agaknya semua staff akan buat perkara yang sama, kan? Bos tengok pun bengkek je. Merry Christmas to my ex-boss Mr. Cheng. Macamlah dia baca blog ni, kan. Akan SMS dia nanti. Untuk semua, selamat bercuti esok. Untuk yang bekerja sendiri, takde maknanya cuti-cuti ni. Tak kerja, tak masyuk nanti.


3 comments:

Cendana Kasih said...

waaa...dah plan nk bercuti untuk tahun depan ke??

hamzah ian said...

cantik buku plan

zarina said...

CK: plannya dari awal tahun 2011 lagi :)

Related Posts with Thumbnails