Wednesday, August 24, 2011

Karipap Panjang


Karipap mini ada, karipap bulat ada, karipap besor yang singgit satu tu pun ada... ni ha jumpa pulak karipap panjang. Sama je intinya macam karipap biasa tapi paten panjang.. bagus, ada kelainan. Dijual di Pasar Ramadan Chandan Puteri, digoreng panas. Alah bila buka puasa dah sejuk balik. RM2-5 biji dan ada gak jual frozen RM5-14 biji.

Puasa tahun ni dalam sejarah sebab pi Pasar Ramadan 3 kali je. Tapi keburukannya...membeli lebih banyak daripada biasa...hahaha. Rojak Singapore je dah dekat 10 hengget. Ayam pusing (kat kl dipanggil ayam golek) lagi, sebelah je dah 9 hengget. Belum masuk air lagi tu. Mengada-ngada pulaklah time ni nak membeli ayor ye tak. Saya benci Pasar Ramadan.

Wednesday, August 17, 2011

Bebas Dari Belenggu

Buku ini dipinjamkan oleh kawan.

Tajuk: Bebas Dari Belenggu

Penulis: Dr . Azhar Hj Sarip

nerbit: Karya Bestari, Shah Alam, Cetakan Pertama 2010

ISBN:978-967-86-0354-6

Harga:RM 15

Sinopsis: Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan Allah SWT? Yakinlah ... andai kita mendekatkan diri pada-Nya, kita akan mendapat ilhan untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.

Berhentilah bercerita tentang kegagalan lalu. Biarlah masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas. Lakarkan kejayaan baru dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali. Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk menukarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.

Komen: BEST. Di samping memberi motivasi, penulis menceritakan tentang pengalamannya bila berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai masalah. Jadi taklah boring sebab seakan-akan bercerita. Sesetengah tajuk ada yang telah dibaca dari majalah Mingguan Wanita tapi bila dikompilasikan begini lebih mudahlah untuk kita merujuknya. Antara tajuk menarik, ‘Berdoa Itu Satu Seni’, ‘Mencari Kemahiran Diri’, ‘Saiz Iman: XS,S,M,L,XL atau XXL’ dan ‘Sejarah Untuk Difahami Bukan Untuk Ditangisi’.

Untuk dikongsi bersama ( di muka surat prakata):

Bila Mulut Berkata

Mungkin kerana leka

sekali pena terlepas dari genggaman

ucapan oopps mendahului Ya ALLAH ...

Bila perut kekenyangan

Haa kenyangnya ... mengatasi Alhamdulillah

Bila terpegun dek keindahan

Subhanallah tertutup dengan cantiknya ...

Bila diuji dengan musibah

Kesiannya ... terucap hingga terlupa pada

Innalillahi wainna ilaihi roji’un

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa

Namun ingatlah...

Apabila Izrail datang mendekati

Biarlah kalimah lailahaillallah menjadi pengakhir bicara

Monday, August 15, 2011

Bas Oh Bas

Baru balik dari KL tadi, ada hal sikit. Pertama kali menjejakkan kaki di Puduraya selepas bertukar ‘baru’. Nampak gah, tiada lagi asap2 yang menyesakkan. Orang pun macam tak ramai dan duduk di kerusi yang disediakan. Tapi bila nak cari kaunter beli tiket, tak nampak pulak...nampak sign tingkat 1 tapi bila naik tempat parking pulak. Terpaksa tanya orang. Dapat tiket pukul 10 tapi dia kata pukul 9 dah kena tunggu sini. Fuyoo macam naik flight kena tunggu 1 jam sebelum masuk. Pukul 9 pergi kaunter 10 tanya pegawai tu nak naik bas mana kata budak kaunter tu lagi. Kaunter 10 tu kat mana? Kat sini.

Pukul 9 tu pergi la kat kaunter tu balik tanya dia mana pegawai tu. Kan saya dah kata pergi kaunter 10 kat bawah. Tadi kata kat sini. Malas nak bertekak turun kat platform 10 (bukan kaunter ya). Tunjuk tiket kat pekerja bas tu tanya nak naik kat mana. Dia cakap ni pukul 10. Sekarang baru pukul 9.15.

Tapi tadi orang tu kata naik bas pukul 9. Pening! Tunggu kat bawah sekejap pas tu dengar ada orang jerit kuala kangsar, lumut, teluk intan. Ceh rupanya transit kat Hentian Duta dulu, apalah orang kaunter ni tak beritahu awal2.

Ohh dulu tambang bas belas-belas je sekarang naik rm22. Mak aih banyaknya naik.

Teringat kisah dulu-dulu naik bas masa balik kampung. Masa tu LRT baru ada. Kiranya dari PJ ke Puduraya senang naik bas je tak payah tukar LRT. Saja nak try naik LRT malaslah nak naik bas yang sesak sebab time orang nak keluar pejabat. Dengan yakinnya sampai di Masjid Jamek ambil tiket Pudu. Sekali bila turun, tercangak-cangak tengok apsal pulak ada rumah-rumah flat ni. Adus sesat. Nampak bas nak p puduraya terus naik. Jalan sesak , terlepas bas pukul 5. Lambat dalam 10 minit. Rupa-rupanya nak p Puduraya tu stesen Plaza Rakyat. Hahaha yakin sangat sampai tak bertanya orang. Sib baik dapat guna tiket yang sama naik bas pukul 6 sebab orang tak ramai.

Ada sekali tu pulak tiket balik KK dah habis. Memandangkan KK terletak di antara Ipoh dan Taiping boleh je naik mana-mana bas lepas tu baru ambil bas lain pulak. Pilih bas Taiping. Dalam perjalanan berhenti kat R & R singgah toilet. 10 minit tapi masa tu sesak memang ramai yang tunggu giliran nak masuk tandas. Sekali bila terpandang bas tu, tengok dia dah bergerak perlahan-lahan. “Bas jalan! Bas jalan!” ada orang teriak. Apa lagi kitaorang kejar bas tu dalam 5-6 orang kalau tak silap termasuk saya. Mungkin pemandu tu nampak kitaorang kejar gamaknya, dia berhenti. Siap kena sembur pemandu tu, Bodoh! Tak kira ke? Tobat dah lepas tu tak naik bas yang ke Taiping naik bas Ipoh je. Penat berlari mengejar tau, tapi kitaorang masing-masing gelak lepas tu.

Korang ada pengalaman menarik dengan bas?

Tuesday, August 9, 2011

Misteri nombor 0328486000

Semalam dapat 4 miscall dari nombor 03-28486000. Bila return call tak ada nada lak. Pastu try call dari telefon lain dia cakap 'nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan'. Tak puas hati, manalah tau ada orang call nak beritahu menang apa2 peraduan ke. Secret admirer ke..hehehe. Check dengan Telekom 103. Tanya dia, saya nak check nombor ni boleh tak bla bla bla. Pastu operator tu cakap, maaf cik nombor ni bukan nombor Telekom. Still tak puas hati. Try google. Fuyoo ramai gak dapat miscall dari nombor ni dan tak tau siapa. Tapi ada antara komen tu cakap dari CELCOM. Lor ingat kan dari siapa la penting sangat. Lain kali tinggal la mesej. Hari tu memang ada complaint kat Celcom pasal broadband. Mungkin dia nak sahkan report.

MISTERI SELESAI

Thursday, August 4, 2011

Kuih Lopes

Bulan puasa mulalah banyak keluar kuih-kuih tradisional. Sehari tak de kuih macam tak lengkap je hidangan hari tu.

Lopes, sejenis kuih yang dibuat daripada pulut, digaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan air gula.

3 pot pulut. Masukkan air pandan. Agak-agak ukurannya.

Pulut yang dah dimasak. Nak tau masak ke tak tengok dia macam belengas. Melekit-lekit. Kalau tengok warnanya nampak tak kuat hijaunya. Semata-mata pandan je ni. Kalau nak nampak hijau lagi tambah pewarna sikit. Ada tak agaknya lopes yang warna merah ke kuning. Tak pernah pulak orang buat, kan?

Taruh pulut ni atas daun pisang yang dah dilayur. Opss sebelum tu percik-percikkan sikit air supaya dia tak melekat.

Gulungkan daun pisang tadi dan ambil tali rafia, ikat di hujungnya. Bab ni yang payah, kena tiap-tiap hari buat lopes baru pas ni.

Ikat pula di tengahnya supaya tak lah terburai nanti. Macam ikat parcel ya.

Ikat pula di hujung satu lagi. Ikat yang mula-mula tadi sebagai 'penanda'. Yang ni baru ikat betul-betul. Tekan-tekan pulut yang dihujung tu dengan hujung sudu supaya gulungannya nampak cantik berisi. Bila yang hujung tu dah kemas ikatnya, buka balik yang ikatan pertama dan tekan-tekan hujung pulut tu juga dan baru ikat dengan kemas.


Rebus dalam 20-30 minit sampai keras. Api jangan kuat sangat nanti luarnya masak tapi tengah mentah.

Dah siap, potong lopes ni dengan tali yang kita ikat tadi. Ada orang yang buat dengan benang. Buat apa susah-susah nak cari benang pulak, pakai je tali tadi. Golek-golekkan dalam kelapa yang digaul dengan sikit garam.

Siap dihidang dengan air gula.

* bulan puasa ni tak larat makan nasi pulak. Makan bubur lambuk je. Abislah kurus nanti masa raya.

Monday, August 1, 2011

Kucing tidur banyak!!!

Ada yang tidur lepas sahur tadi? Lebih baik tidur sekejap masa tengah hari nanti supaya dapat tenaga untuk solat tarawih malam nanti.


Buku ni beli masa jualan gudang. Menarik sebab ada fakta-fakta menarik tentang kucing dan penceritaannya secara ringkas. Kucing merupakan haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam), jadi mereka tidur 16 jam setiap hari. Oleh itu kucing yang berumur 7 tahun hanya berjaga kira-kira 2 tahun sepanjang hidupnya. Mau mati kucing ni kalau tak tidur sehari. Mungkinlah gamaknya.

Dekat Kuching, Sarawak ada muzium kucing ( The Cat Museum) yang cerita pasal kucing. Tapi dekat sana kucing dipanggil pusak. So kalau nak pergi sana kena cakap dekat taxi driver muzium pusak takut orang teksi hantar ke muzium negeri pulak. Saya tak pernah pergi Sarawak sebenarnya. Orang yang cerita..hehehe.

Tajuk: Fun Facts About Cats (Inspiring Tales, Amazing Feats and Helpful Hints)

Penulis: Richard Torregrossa

Penerbit:Health Communications, Inc., Florida. 1998

Harga: RM8

ISBN:1-55874-612-9

Sinopsis: The ideal gift for a cat lover! A charming collection of tales and trivia that will amuse, delight and enlighten even the most ardent cat admirer. With more than one hundred whimsical illustrations that capture cats’ playful, surprising and endearing antics, the delightful treasury brings feline behaviour-and misbehaviour-to life.




Kul 11 pagi dah terbongkang.

Sambunglah sampai ke tengah hari. Jaga sekejap pastu dalam 15 minit. Makan tengah hari.

Sambung balik tidur pukul 2 petang.

Dekat pukul 4 tambah pulak seekor lagi. Adik-beradik dia jugak.

Dulu-dulu kita selalu cakap, kucing tidur siang, malam berjaga sebab nak tangkap tikus. Ni pukul 12.30 malam pun dah nak beradu lagi. Ish ish ish kucing zaman sekarang.

Esok pagi, tidur lagi. Pagi-pagi elok bersiar-siar mencari rezeki. Tidur menggemukkan badan je. Ish ish ish kuat benor tidurnya. Tapi dia yang paling ganas sebenarnya. Tikus, tupai dapat je. Siap bawa anak ular dalam rumah. Sweet dream Gebu!


Related Posts with Thumbnails