Sunday, January 8, 2012

Kisah Budak ‘U’


KL bukanlah asing bagi saya, selalu jugalah datang masa tu tapi bila dah duduk berjauhan dengan keluarga, ada jugalah kejutan budayanya. Mujurlah ditempatkan di asrama berunsur keislaman. Walaupun peraturannya selalu dimulakan dengan tak boleh ni, tak boleh tu. Agak tension juga sebenarnya cara pengajaran yang memaksa ni. Syukurlah agak ‘terpelihara’ pandangan walaupun berpindah keluar ke rumah sewa. Teringat jugalah pesanan kakak-kakak usrah tu.

Dulu-dulu sepatutnya belajar 4 tahun tapi dipendekkan kepada 3 tahun dengan harapan cepat masuk pasaran kerja. Zaman saya, zaman percubaan, KBSRlah, KBSMlah. Kiranya tikus putihlah ni. Bila masa dipendekkan, jadi masa tu terlalu pack. Kadang-kadang terpaksa datang kelas malam sebab nak habiskan kredit. Kalau kelas tu ramai orang bolehlah ponteng gak. Ni berapa kerat je tak bleh nak skip.

Masuk bab buat assignment. Ada 7-13 soalan. Kita pilihlah salah satu dan memang kena kupas betul-betul untuk dibincangkan dalam tutorial. Kena buat kajian betul-betul ni, sebab orang lain akan tanya pada kita bertubi-tubi. Nak buat assignment ni susahnya bila buku-buku yang penting kita nak gunakan dah dipinjam orang. Kalau buku ada di ‘red spot’ lagilah payah sebab boleh pinjam 3 jam je. Maklumlah satu salinan je. Kena la tunggu orang tu habis guna. Fotostat, fotostat memang amalan biasa. Tiap-tiap kali pun memang berbaris menunggu.

Tu baru nak cari maklumat, nak menaip pun satu masalah juga ni. Dulu-dulu mana mampu beli komputer, memang ramai yang menuju ke makmal fakulti. Kat rumah sewa, adalah satu tapi tuan punyanya nak guna tak kanlah kita pula nak berebut dengan dia. Apalagi, ke CC la jawabnya. Berkongsi dengan budak-budak main games.

Pensyarah pula satu hal. Makin tinggi jawatannya, makin susah nak faham kuliahnya. Bayangkan cerita pasal penjajahan British, kemudian boleh pula melalut ke sukan bola sepak, macam mana nak tingkatkan prestasi. Lastnya nota kosong je, tak tahu apa nak catat. Idak pula siapa-siapa berani nak angkat tangan cakap tak faham hehehe.Masing-masing pandang sesama sendiri. Tak taulah kot ada makna di sebalik tu tapi seriously memang kitaorang blur time pensyarah ni.

Kena pilih satu subjek elektif juga. Saya pilih kerja masyarakat. Best juga melawat ke kampung-kampung di sekitar Selangor, tengok orang tanam cendawan. Sedap betul dapat merasa keropok cendawan. Kelas di hujung minggu.

Sebagai mahasiswa, kenalah sertai aktiviti kat sini. Merasai dan menikmati suasana U lah katakan. Mengikuti persatuan negeri sebab terasa dekat dengan diri. Jumpa orang sekapal. Bukannya berjawatan tinggi pun, tapi bolehlah mencantikkan resume dari kosong je. Macam-macam aktiviti, pergi jalan-jalan, gerai konvo, mesyuarat dll.

Bunyinya macam sibuk bebenor, kan ngalahkan pelajar perubatan. Tapi itulah kenyataan. Masa memang sentiasa penuh je. Di tahun-tahun akhir lagilah bz. Berada di dalam situasi bersejarah, ketika demo giat dijalankan. Cuma melahirkan rasa simpati tapi lebih kasihan pada diri sendiri. Assigment tak siap siapa yang rugi??

Zaman sekarang ni mungkin budak-budak ‘u’ ada banyak masa terluang. Komputer di tangan, tak payah bertunggu tangga di CC. Pergi mana-mana pun naik kereta sendiri. Saya, kalau tak ada van sapu tu, terpaksalah jalan kaki. Tambahan lagi kuasa teknologi, maklumat di hujung jari. Revolusi?? Mengenang kembali zaman tiada blog, twitter dan FB, betapa amannya dunia ini. Kini, mana satu betul, mana satu ilusi. Lu pikirlah sendiri!

Itulah kisahnya budak universiti. 96/99

2 comments:

Cendana Kasih said...

paling tak suka kelas Puan Syakilla, Sejarah Amerika Syarikat....adoii....sib baik la dapat B, itupun sbb dia dh bagi soalan sblm exam

Zaman kampus paling best kan, takde uniform, pegi kelas tak ikut jadual mcm sekolah, dpt tgk abang senior yg hensom2...hahaha...

korang mesti tak tau kisah aku ngan budak seni persembahan tu kan...hensome giler, aku minat abis kat dia, semua kelas dia aku ikut. Dia ambik geografi, aku ambik geografi, dia ambik filem, aku pun ambik filem...

tp last2 aku dh kawan ngan Syah...baru dia datang jumpa aku, tanya Siapa tu?? aku jawab itu tunang aku....so dia kata, "laaa..selama ni saya syok kat tunang orang rupanya!!" ermmm... itulah dia penangan kalo malu2 nk cakap SAYA SUKA AWAK atau SAYA NK KAWAN DENGAN AWAK !!!

zarina said...

Budak yg ensem giler tu aku perasan ada 2 orang, satu kedah, satu johor. Yg ko ckp ni rasanya budak johor, kan sebab dia amik seni persembahan. Maklumlah laki sikit...kekeke

Related Posts with Thumbnails